Aplikasi MYJalan KKR: Aduan Jalan Raya Berlubang / Rosak

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Aplikasi MYJalan telah dilancarkan oleh pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) yang merangkumi sistem aduan bagi menggalakkan orang ramai menyalurkan maklumat supaya kerosakan jalan raya atau perabot jalan dapat dibaik pulih.

Seperti mana yang kita tahu, tahap penyelenggaraan kebanyakan jalan-jalan di Malaysia amat mendukacitakan.

Setiap kali pengguna melalui jalan raya yang rosak, mereka sukar untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa yang berkaitan malah ada yang langsung tidak tahu saluran yang betul untuk menghantar aduan kerosakan jalan raya yang mereka lihat dengat mata mereka sendiri.

Pengenalan App MYJalan Untuk Aduan Jalan Rosak

Aplikasi MYJalan KKR adalah salah satu inisiatif bagi memudahkan pengguna jalan raya membuat aduan berkaitan kerosakan jalan.

Aplikasi ini bertujuan meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta dapat mengurangkan kes kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh kerosakan jalan.

Pembangunan aplikasi MYJalan bakal menjadi platform aduan setempat (one stop centre) bagi memudahkan pengguna membuat aduan.

Melalui aplikasi ini, semua jenis aduan jalan akan diterima walaupun yang bukan diselenggara KKR, selaras prinsip ‘No Wrong Door Policy’ atau dasar menyalur penambahbaikan, terutama ketika berlaku kecemasan.

Promosi: Beli tar cold mix untuk baiki kerosakan kecil jalan persendirian

Pelancaran Kempen MYJalan

Pelancaran Kempen MYJalan telah diadakan pada Ogos bagi mengambil kesempatan bulan kebangsaan, di samping memberi penghargaan kepada warga KKR yang terbabit dalam pembinaan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) menerusi program Setia Bakti Jalan Raya Timur Barat (JRTB) FT04.

Program ini bertujuan menghargai sumbangan dan jasa warga Jabatan Kerja Raya (JKR) yang terkorban akibat serangan komunis ketika pembinaan.

Melalui pelaksanaan kempen ini, rakyat diberi pendedahan dan kefahaman mengenai jenis-jenis jalan dan tanggungjawab pihak berkenaan.

Kempen ini adalah inisiatif jangka panjang dan akan membabitkan beberapa fasa pelaksanaan.

Cara Buat Aduan Jalan Raya Rosak / Berlubang

Untuk menghantar aduan, sila rujuk gambar di bawah:

aduan jalan raya rosak berlubang kkr myjalan
aduan jalan raya rosak berlubang kkr myjalan
aduan jalan raya rosak berlubang kkr myjalan
aduan jalan raya rosak berlubang kkr myjalan

Muat turun fail Panduan Pengguna (Pengadu) yang telah disediakan oleh pihak KKR.

Muat Turun Aplikasi

Rakyat Malaysia boleh mula memuat turun aplikasi MYJalan oleh KKR untuk menyalurkan sebarang aduan kerosakan jalan raya secara terus melalui peranti mudah alih anda.

Sila kli salah satu pautan di bawah untuk memuat turun apliksi ini secara percuma:

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut