MyDigital ID Penjawat Awam – Login & Daftar

mydigital ID penjawat awam
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Selari dengan pengenalan MyDigital ID pada Mac lalu, semua penjawat awam telah diwajibkan untuk mendaftarkan MyDigital ID mereka.

Malah, penjawat awam juga diberi keistimewaan untuk mendaftarka Identiti Digital Nasional atau MyDigital ID mereka lebih awam berbanding orang awam ketika ia baru diperkenalkan beberapa bulan lalu.

Kerajaan juga telah menubuhkan syarikat tujuan khas (SPV) dinamakan MyDigital ID Sdn Bhd yang dimilikisepenuhnya MIMOS, bagi memastikan kecekapan, keberkesanandan ketelusan dalam pelaksanaan program Digital Nasional ini.

Apa itu MyDigital ID?

MyDigital ID ialah satu bentuk pengenalan dan pengesahan diriindividu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam danswasta, untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukantransaksi secara dalam talian.

Pada 21 Nov 2023 yang lalu, PM Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan RM80 juta kepada MIMOS Berhad untuk menyegerakan pelaksanaan MyDigital ID dan memperkasakan transformasi digital serta membangunkan inisiatif digital, khususnya melibatkan urusan dengan kerajaan.

MyDigital ID ialah satu inisiatif Kerajaan bagi pengesahan identiti yang selamat dan sah untuk pengguna dalam talian.

Laman web rasmi MyDigital ID boleh diakses melalui alamat https://www.digital-id.my/

Sistem MyDigital ID telah dibangunkan oleh MIMOS sejak 2016 dan mempunyai 32 Paten.

Kelebihan & Fungsi Single Sign-On

MyDigital ID mempunyai pelbagai kelebihan seperiti berikut:

  • Selamat – MyDigital ID hanya mengenal pasti identiti pengguna dan tidak menyimpan sebarang data peribadi.
  • Mudah – Dengan MyDigital ID, tiada keperluan log masuk berbilang untuk pelbagai urusan dalam talian.
  • Pantas – Hanya beberapa saat diperlukan untuk mengesahkan identiti individu.
  • Pintar – MyDigital ID mengurangkan risiko penipuan dengan mengesahkan identiti tanpa melibatkan perkongsian dokumen.
  • Tepat – MyDigital ID memperoleh rujukan dan maklumat terkait daripada pangkalan data Kerajaan.
  • Utuh – MyDigital ID adalah sistem tersulit dilengkapi lapisan keselamatan yang teguh dan sukar digodam.
  • Unik – Seorang individu, satu identiti digital untuk mengakses pelbagai perkhidmatan dalam talian.
  • Dipercayai – MyDigital ID adalah inisiatif yang dilaksana, disokong dan diiktiraf Kerajaan

Melalui penggunaan MyDigital ID, penjawat awam boleh menggunakan fungsi Single Sign-On sebagai kaedah log masuk tunggal untuk log masuk semua perkhidmatan dalam talian tanpa memerlukan nama pengguna dan kata laluan selain MyDigital ID.

Baca lagi: MyDigital ID Malaysia – Pendaftaran & Semakan

Pendaftaran secara dalam talian

aplikasi mydigital ID

Pada awal pengenalan MyDigital ID, proses pendaftaran hanya boleh dilakukan secara manual menggunakan peranti atau kiosk MIMOS.

Ketika fasa awal ini, hanya 45,000 penjawat awam yang telah mendaftar MyDigital ID dan jumlah ini telah meningkat secara mendadak setelah kerajaan memperkenalkan proses pendaftaran secara dalam talian.

Penjawat awam dan orang ramai perlu memuat turun aplikasi MyDigital ID melalui PlayStore atau Apple Store bagi melakukan proses pendaftaran tersebut.

Video Panduan Mendaftar

Sila tonton video di bawah untuk panduan mendaftar MyDigital ID khas bagi penjawat awam:

Cara daftar myHRMIS Mobile Untuk Penjawat Awam

Untuk penjawat awam yang sudah sedia ada menggunakan aplikasi MyHRMIS Mobile, anda perlu menggunakan Mydigital ID untuk log masuk aplikasi MyHRMIS Mobile.

Pengguna kali pertama aplikasi MyHRMIS Mobile walaubagaimanapun masih boleh log in guna nombor kad pengenalan dan password.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar MyHRMIS Mobile bagi penjawat awam:

daftar myhrmis mobile
  1. Buka app Mydigital ID.
  2. Pada bahagian menu di sebelah kiri, pilih ‘Penjawat Awam’ bukan ‘Daftar Online’.
  3. Masukkan email rasmi.
  4. Tunggu 6 nombor OTP dari emel untuk teruskan ke langkah seterusnya eKYC.
  5. Isi bahagian nama, nombor IC, ambil gambar gambar IC depan & belakang dan akhir sekali snap gambar selfie.
  6. Selepas itu, tunggu eKYC untuk pengesahan nama & IC anda.
  7. Jika tidak berjaya, anda perlu snap semula gambar IC & selfie.

Kredit kepada Mohammad Khairul Azhan atas tutorial dan panduan untuk penjawat awam ini.

Kontroversi Keselamatan MyDigital ID

Pengenalan MyDigital ID juga telah menimbulkan pelbagai pertanyaan tentang tahap keselamatannya daripada orang ramai.

MIMOS menyatakan berkata sistem MyDigital ID tidak menyimpan sebarang data biometrik seperti cap jari, maklumat mata atau pengecaman muka dan tidakmenggunakan sebarang cip atau implan.

Agensi itu memaklumkan MyDigital ID juga tidak mengumpul, memantau atau menyimpan pangkalan data peribadi atau aktiviti pengguna dalam talian, selain tidak mendedahkan data peribadi secara terbuka dan ia juga tidak membolehkan penggunamemiliki lebih daripada satu identiti digital.

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perlaksanaan dan penggunaan MyDigital ID, sila hubungi pegawai yang bertugas melalui emel atau talian hotline berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut