MyDigital ID HRMIS – Login & Soalan Lazim (FAQ)

MyDigital ID HRMIS
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kerajaan telah memperkenalkan MyDigital ID tidak lama dahulu dan telah mewajibkan penggunaannya untuk log masuk ke dalam sistem HRMIS.

MyDigital ID adalah sistem pengenalan diri yang sah dan selamat untuk kegunaan dalam talian termasuk perkhidmatan Kerajaan seperti MyHRMIS Mobile dan banyak lagi.

Pelaksanaan HRMIS menjadi landasan bagi membolehkan semua data dan maklumat berkaitan sumber manusia sektor awam disepadukan.

Bagi kakitangan kerajaan pengunaan MY Digital ID adalah wajib terutamanya untuk log ke apss Mobile phone HRMIS, ini kerana apps HRMIS hanya boleh dilog masuk melalui My Digital ID sahaja.

Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman kita bersama.

Apa itu HRMIS?

HRMIS adalah singkatan bagi Human Resource Management Information System atau Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia.

Sistem pengurusan sumber manusia sektor awam yang bersepadu, komprehensif dan berteraskan kompetensi bermula dari proses perancangan strategik tenaga manusia dan pengambilan pegawai sehingga pegawai bersara.

HRMIS dibangunkan selaras dengan visi pengurusan sumber manusia sektor
awam bagi mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi dan dinamik
dalam membangunkan pegawai perkhidmatan awam yang berfikiran aras tinggi (high
order thinking skill) dan ke hadapan (future-thinking), tangkas (agile) serta
berkemahiran digital (digital capabilities).

Fungsi HRMIS

HRMIS merupakan sistem maklumat Pengurusan Sumber Manusia (PSM)
bersepadu yang membantu menjayakan perancangan strategik PSM seperti pelan
penggantian, penentuan saiz perkhidmatan awam dan pembangunan karier penjawat
awam. Ia merangkumi keseluruhan proses pengurusan dan pembangunan sumber
manusia iaitu:

(i) Data Perjawatan;
(ii) Perolehan Sumber Manusia;
(iii) Pengurusan Rekod Peribadi;
(iv) Penilaian Kompetensi;
(v) Pembangunan Sumber Manusia;
(vi) Pengurusan Prestasi;
(vii) Pengurusan Kerjaya;
(viii) Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran;
(ix) Pengurusan Komunikasi dan Tatatertib Pekerja;
(x) Formulasi dan Penilaian Strategi, dan
(xi) Penamatan Perkhidmatan

Pelaksanaan HRMIS menjadi landasan bagi membolehkan semua data dan maklumat berkaitan sumber manusia sektor awam disepadukan.

Dengan penggunaan MyDigital ID, pengguna hanya perlu menggunakan satu akaun sahaja untuk log masuk ke semua sistem HRMIS kerajaan.

Kewajipan Penggunaan MyDigital ID Bagi Pengguna HRMIS Mobile

Bagi menggalakkan orang ramai mendaftarkan MyDigital ID mereka, kerajaan telah mewajibkan pengguna perkhidmatan dalam talian mereka menggunakan MyDigital ID untuk log masuk.

Sebagai contoh, tarikh akhir kemudahan log masuk ke aplikasi MyHRMIS Mobile menggunakan ID HRMI adalah sehingga 26 Mei 2024.

Mulai 27 Mei 2024, log masuk ke aplikasi MyHRMIS Mobile hanya boleh menggunakan MyDigital ID.

Kewajipan menggunakan MyDigital ID untuk log masuk ke dalam sistem HRMIS ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengintegrasikan penggunaan MyDigital ID untuk portal-portal kerajaan yang lain seccara beransur-ansur.

𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗙𝗨𝗡𝗚𝗦𝗜 𝗠𝗬𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗜𝗗 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗔𝗣𝗟𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗜𝗛 𝗠𝗬𝗛𝗥𝗠𝗜𝗦 𝗠𝗢𝗕𝗜𝗟𝗘

Mulai 27 Mei 2024, kemudahan log masuk ke aplikasi MyHRMIS Mobile menggunakan lD HRMIS sedia ada akan ditutup dan pengguna hanya boleh menggunakan MyDigital ID untuk log masuk.

Walau bagaimanapun, akses kepada aplikasi HRMIS 2.0 melalui laman web masih boleh menggunakan ID HRMIS seperti biasa.

Untuk pengetahuan lanjut, sila rujuk soalan lazim atau hubungi MIMOS di [email protected]

MyDigital ID HRMIS - Login & Soalan Lazim (FAQ)

Daftar MyDigital ID

Belum mendaftarkan akaun MyDigital ID anda?

Sila rujuk artikel MyDigital ID Malaysia – Pendaftaran & Semakan kami untuk mendaftarkan akaun anda segera!

Untuk maklumat lanjut, rujuk laman web https://www.digital-id.my/

MyDigital ID

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkenaan MyDigital ID, anda boleh berhubung dengan pihak MIMOS melalui kaedah berikut:

Emel : [email protected]
Hotline : 03 – 8687 2772

Anda juga boleh menghhubungi pihak pentadbiran HRMIS seperti berikut:

Tel: 03 8321 1400
Faks: 03 8324 2420

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut