myCPD KKM 2.0 : Login & Semakan (mycpd2.moh.gov.my)

Pihak KKM telah memperkenalkan sistem MyCPD bagi memudahkan setiap stafnya menguruskan mata CPD yang dikumpul.

CPD merupakan akronim bagi Continuing Professional Development (CPD), di mana ia melibatkan aktiviti pembelajaran (sama ada melalui latihan, kursus, seminar dan sebagainya) yang perlu diikuti bagi memastikan proses pembelajaran secara berterusan dapat dilaksanakan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sistem MyCPD KKM.

Apakah MyCPD KKM 2.0?

Continuing Professional Development (CPD) merupakan satu program pembelajaran berterusan secara sistematik yang menyumbang kepada pertambahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang mana boleh meningkatkan profesionalisme pegawai di dalam bidang masing-masing.

Bidang perubatan sentiasa berkembang dengan hasil penyelidikan dan penemuan terkini yang memerlukan para profesional kesihatan sentiasa mempertingkatkan ilmu selari dengan kemajuan yang dicapai supaya dapat memberikan rawatan perubatan yang terbaik dan terkini kepada masyarakat.

Dengan penggunaan sistem MyCPD oleh KKM ini, maka staf KKM yang telah mengikuti seminat, latihan atau kursus yang menawarkan mata CPD akan data menguruskan mata CPD dengan lebih mudah dan sistematik.

Penggunaan CPD ini menggalakkan setiap staf sentiasa berusaha menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang masing-masing.

Nilai Tambah CPD

Mengapakah mata CPD ini penting:

  1. Pembaharuan Sijil Amalan Tahunan / Annual Practicing Certificate (APC)
  2. Keperluan Tujuh (7) hari latihan bagi penjawat awam (sama tara bagi 40 mata kredit kumulatif setahun bagi pengguna myCPD KKM)
  3. Pembaharuan pendaftaran dalam National Specialist Registry (NSR) bermula pada 2023
  4. Key Performance Indicator (KPI) – objektif kualiti dan kompetensi dari pengguna, penceramah dan penganjuran aktiviti CPD
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
  6. Pembangunan kerjay di dalam profesion
mycpd kkm

Cara Daftar

Adakah anda pertama kali menggunakan myCPD?

Ikuti langkah-langkah berikut untuk proses pendaftara akaun myCPD KKM:

  1. Layari laman myCPD di alamat https://www.mycpd2.moh.gov.my/
  2. Perhatikan kotak pada sebelah kiri dan atas di tab User
  3. Klik “Bahasa Melayu” sekiranya anda ingin menukar ke bahasa Melayu
  4. Klik pada tulisan “Daftar” (atau “Register” dalam bahasa Inggeris
  5. Pilih kategori anda daripada 4 kategori yang disenaraikan:
    • Daftar Pengguna (Sektor Awam)
    • Daftar Pengguna (Sektor Swasta)
    • Daftar Provider (Sektor Awam)
    • Daftar Provider (Sektor Swasta)
  6. Anda akan dibawa ke halaman “Borang Pendaftaran Pengguna Baru”
  7. Lengkapkan segala butiran yang diminta
  8. Klik butang Hantar
  9. Emel pengesahan pendaftaran akan dihantar kepada anda sekiranya permohonan anda telah diterima oleh sistem myCPD KKM

Cara Login MyCPD 2.0

Cara login lebih kurang sahaja langkah-langkah ketika melakukan pendaftaran.

  1. Layari laman myCPD_2.0 KKM
  2. Sila pergi ke bahagian Pengguna atau Provider.
  3. Pilih Bahasa Melayu atau English.
  4. Masukkan ID Pengguna atau Nama Pengguna.
  5. Isikan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  6. Tekan Masuk.
  7. Selesai.

Untuk navigasi sepenuhnya, sila rujuk MANUAL PENGGUNA di bawah:

Garis Panduan Baru Berkuatkuasa 1 Julai 2023

MAKLUMAN : MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA(MPM) TELAH MENGELUARKAN GARIS PANDUAN BARU BAGI PENGAMAL PERUBATAN YANG BERKUATKUASA PADA 1 JULAI 2023.

GARIS PANDUAN BOLEH DI MUAT TURUN DI PAUTAN BERIKUT : https://www.mycpd2.moh.gov.my/attachment/docs/D401941.pdf

mycpd kkm garis panduan 2024 2023
mycpd kkm garis panduan 2024 2023

MUAT TURUN DOKUMEN BERKAITAN:

1[2023] MATA KREDIT CPD BAGI OPTOMETRIS DAN JURUOPTIK BERDAFTAR
2[2023] PEMAKLUMAN PENGGUNAAN SISTEM MATA KREDIT CPD BAHARU BAGI OPTOMETRIS DAN JURUOPTIK BERDAFTAR
3[2023] MANUAL PENDAFTARAN CPD PENGGUNA SWASTA
4[2023] PEMAKLUMAN TUNTUTAN MATA KREDIT CPD BAHARU BAGI PEGAWAI FARMASI DAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI
5[2023] KEPERLUAN PENDAFTARAN KATERGORI HCP BAHARU PENGAMAL PERGIGIAN DAN JURUTERAPI PERGIGIAN
6[2023] CPD CREDIT POINTS SYSTEM FOR DENTAL PRACTITIONERS
7[2023] MANUAL PENGGUNA HCP BAHARU PENGAMAL PERGIGIAN BERDAFTAR

Soalan Lazim MyCPD KKM 2.0

1) Mengapa katalaluan saya tidak sah?

Ini kerana sistem baru tidak lagi menggunakan katalaluan lama, katalaluan baru boleh didapati secara emel.

Sila klik pada pautan “lupa katalaluan” atau “forgot password”, kemudian masukkan id pengguna/no kad pengenalan dan tekan butang untuk dihantarkan ke emel anda.
Emel yang dihantarkan akan mempunyai capaian untuk katalaluan baru ke sistem myCPDv2.

2) Saya sudah klik pada pautan “Lupa Kata Laluan” dan setelah memasukkan ID Pengguna saya dan klik butang hantar tetapi didapati emel yang didaftarkan tidak lagi aktif/saya tidak menggunakannya lagi. Apa perlu saya lakukan?

Jika ini berlaku, mohon hubungi Sub Admin atau Admin Utama berdekatan di tempat bertugas anda.

Senarai Sub Admin dan Admin Utama boleh didapati di laman utama myCPDv2 dengan mencari menu “Admin Utama di setiap JKN” atau “Sub Admin di setiap PTJ”).

(“Main Admin for each JKN” atau “Sub Admin for each PTJ”).
Di ruang carian masukkan lokasi JKN atau PTJ anda. Senarai Admin Utama dan Sub Admin berdaftar akan disenaraikan.
Admin Utama dan Sub Admin boleh menetapkan semula (reset) katalaluan baru untuk anda gunakan untuk mencapai terus ke sistem myCPDv2.

3) Pertama kali menggunakan myCPD versi 2.0 (Pengguna baru) , apa perlu saya buat?

Jika ini pertama kali ingin menggunakan sistem myCPDv2, anda boleh daftar sebagai pengguna baru dengan memilih pautan “Daftar” (“register”) dan memilih pendaftaran mengikut sektor awam ataupun swasta yang berkenaan

4) Bagaimana saya boleh/hendak reset katalaluan saya?

Mohon hubungi Sub Admin atau Admin Utama berdekatan di tempat bertugas anda.

Senarai Sub Admin dan Admin Utama boleh didapati di laman utama myCPDv2 dengan mencari menu “Admin Utama di setiap JKN” atau “Sub Admin di setiap PTJ”).

(“Main Admin for each JKN” atau “Sub Admin for each PTJ”).
Di ruang carian masukkan lokasi JKN atau PTJ anda. Senarai Admin Utama dan Sub Admin berdaftar akan disenaraikan.
Admin Utama dan Sub Admin boleh menetapkan semula (reset) katalaluan baru untuk anda gunakan untuk mencapai terus ke sistem myCPDv2.

5) Pegawai IT di fasiliti saya menyuruh saya hubungi Helpdesk untuk reset katalaluan saya, boleh ke?

Boleh, tetapi disarankan anda hubungi dahulu dengan Admin Utama atau Sub Admin anda untuk tindakan yang lebih cepat.
Jika masih ada permintaan untuk reset katalaluan melalui helpdesk, mohon emelkan ke [email protected] dan akan dilayan di antara masa tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.

Talian helpdesk di ibu pejabat akan mengambil masa yang lama kerana kami melayan panggilan seluruh Malaysia yang berjumlah lebih 200,000 pengguna.

6) Bolehkah pengguna swasta gunakan myCPD ini?

Ya, boleh! Sila daftar sebagai pengguna sektor swasta KECUALI bagi doktor/pegawai perubatan swasta yang perlu menggunakan sistem Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) untuk tuntutan CPD.

10) Saya telah menuntut CPD saya, tetapi kenapa tidak dipaparkan di logbook saya?

Sila pastikan status tuntutan CPD tersebut telah disahkan oleh supervisor anda.
Jika status masih ‘Pending Approval’, mohon maklumkan kepada supervisor anda untuk tindakan seterusnya.

11) Saya telah menuntut CPD saya dan telah diluluskan, tetapi kenapa masih tidak dipaparkan di logbook saya?

Sila pastikan bila tarikh tuntutan tersebut di buat. Jika tarikh tuntutan antara bulan Mac sehingga Jun 2017, berkemungkinan besar tuntutan tersebut tidak
direkodkan sebetulnya oleh sistem lama.

Ini kerana sepanjang masa tersebut server sistem lama sedang mengalami isu “tepu” dan juga proses migrasi sedang dilanksanakan.

Notis migrasi telah dimaklumkan di portal myCPD lama dan juga portal rasmi KKM pada Januari – Mac 2017.

Oleh itu, pengguna dinasihatkan mengisi semula tuntutan yang tidak dipaparkan itu.

12) Telah hantar ke emel, tetapi tak jumpa / tak dapat lagi maklumbalas emel (gmail). Dah banyak hari tunggu emel pengesahan, macam mana ni?

Jika anda menggunakan emel Google (gmail) mohon rujuk folder “SPAM” kerana gmail akan menghantar emel pertama yang tidak dikenali ke folder ini.
Emel maklumbalas boleh dibuka dari sini utk reset katalaluan anda.

Jika anda menggunakan emel 1GovUC, mohon rujuk penyelaras emel di fasiliti anda untuk bantuan.

Jika tidak boleh juga, mohon hubungi Sub Admin di fasiliti anda untuk reset katalaluan untuk mencapai masuk ke dalam sistem

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!