My AIA : Cara Daftar & Login AIA Takaful Berhad Online

Sekiranya anda merupakan seorang pelanggan AIA Takaful Berhad, anda digalakkan untuk mendaftarkan akaun di portal My AIA yang menawarkan pelbagai fungsi.

Kebiasaannya apabila anda melanggan mana-mana polisi Takaful atau insurans, anda akan diberikan sijil polisi termasuk buku yang menerangkan lebih mendalam mengenai polisi yang dilanggan.

Namun, ada kalanya anda mungkin tidak menyimpan buku dan sijil dengan baik dan tidak menemuinya apabila sangat memerlukannya.

Apa itu My AIA?

Dengan My AIA, perkara ini tidak menjadi masalah kerana anda boleh menyemak dan melihat sijil polisi anda pada bila-bila masa, terus daripada akaun anda secara atas talian.

Melalui portal ini, anda boleh menyemak polisi anda tanpa perlu merujuk kepada agen anda terlebih dahulu.

my aia

Aplikasi Telefon Mudah Alih

Lebih menarik, anda bukan sahaja dapat menikmati segala kemudahan yang disediakan melalui laman web mereka sahaja sebaliknya boleh juga memuat turun aplikasi telefon mudah alih mereka untuk mengakses akaun anda daripada peranti mudah alih anda.

Demi keselamatan anda, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi daripada sumber yang sahih sahaja bagi mengelakkan risiko akaun dalam talian anda digodam da dicuri penjenayah.

Untuk memuat turun aplikasi ini, sila klik pada pautan di bawah:

  1. Google Play – Untuk pengguna Android
  2. Apple Store – Untuk pengguna iOS
  3. App Gallery – Untuk pengguna Huawei

Cara Daftar Akaun My AIA

  1. Layari laman rasmi di alamat https://www.aia.com.my/en/my-aia/myaia-login.html
  2. PIlih jenis polisi dan masukkan nombor polisi yang sudah anda langgan
  3. Masukkan Nombor kad pengenalan anda
  4. Klik butang Next
  5. Semak jenis polisi, nombor polisi, nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda
  6. Kod pengesahan anda dihantar ke telefon anda. Masukkan kod pengesahan ini.
  7. Klik Verify, kemudian Next.
  8. Masukkan User ID pilihan.
  9. Tetapkan Password pilihan anda. Kemudian masukkan sekali lagi kata kunci yang sama untuk pengesahan.
  10. Masukkkan alamat emel yang sahaja.
  11. Tandakan pada kotak Terma dan Syarat.
  12. Klik butang Submit

Nota: Harap maklum bahawa pendaftaran hanya boleh dibuat sekiranya anda merupakan pelanggan polisi sahaja.

Sila rujuk manual penuh melalui video dan lampiran PDF di bawah:

Cara Login

Anda boleh login ke akaun anda sama ada melalui laman web atau melalui aplikasi yang telah dimuat turun.

  1. Masukkan User ID dan Password yang sudah didaftarkan.
  2. Klik Login
  3. Tandakan pada kotak dan klik butang Submit
  4. Anda akan menerima SMS yang mengandungi Kod Pengesahan aplikasi
  5. Klik Yes
  6. Klik Set Pin Code
  7. Tetapkan 6 digit nombor PIN anda
  8. Masukkan sekali lagi 6 digit PIN anda untuk pengesahan
  9. Klik Save

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila hubungi:

Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
AIA Bhd.
1300-88-1899

Untuk pelanggan di luar Malaysia
603 2056 1111

AIA PUBLIC Takaful Bhd.
1300-88-8922

AIA General Berhad
1300-88-1899

AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
1300-22-7771

AIA Auto Assist / Roadside Assist
1-800-88-8733

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!