MPFL 2024: Senarai Pasukan, Jadual Perlawanan & Keputusan Terkini [JULAI]

MPFL, Malaysia Premier Futsal League atau Liga Futsal Premier Malaysia adalah salah satu kejohanan futsal paling dinanti-nantikan di Malaysia.

Sejak diperkenalkan, MPFL telah berjaya menarik minat peminat futsal dari seluruh negara, sekaligus memupuk bakat-bakat muda tempatan. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Separuh Akhir Piala Thomas 2024 – [ LIVE ] Malaysia lwn China

MPFL 2024 – Liga Futsal Premier Malaysia

MPFL ialah liga futsal peringkat teratas kebangsaan di Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 2004. Ia diperkenalkan dengan matlamat untuk meningkatkan standard futsal di Malaysia. 

MPFL 2024: Senarai Pasukan & Jadual Perlawanan

Sejak musim pertamanya, MPFL telah menjadi platform penting bagi pemain futsal tempatan untuk menunjukkan bakat mereka dan bersaing di peringkat kebangsaan.

Kejohanan ini juga memainkan peranan besar dalam pembangunan futsal di negara ini, dengan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk persatuan sukan dan penaja utama.

BACA JUGA: Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia: Sejarah & Info

Konsep Perlawanan

Pada tahun ini MPFL tampil dengan format baru dengan memperkenalkan dua divisyen.

10 pasukan terbaik MPFL 2023 akan beraksi di Divisyen 1 yang mana ia akan dimainkan secara home dan away.

Manakala untuk Divisyen 2 pula baki empat pasukan dari MPFL 2023 akan bermain dengan tambahan daripada pasukan lain yang mana ia akan dimainkan secara sirkit dan tiada perlawanan ‘home away’.

Senarai Pasukan Bertanding

Terdapat 8 pasukan yang akan bersaing dalam Divisyen 1 MPFL 2024, iaitu:

  1. Johor Darul Ta’zim
  2. KL City FC
  3. Pahang Rangers FC
  4. Sabah FA
  5. Shah Alam City
  6. Terengganu
  7. Selangor FC
  8. Gombak TOT United FC
MPFL 2024: Senarai Pasukan & Jadual Perlawanan

Sementara itu, terdapat dua belas pasukan akan bersaing dalam Divisyen 2 MPFL 2024, iaitu:

  1. ATM
  2. Canaan FC
  3. Kedah
  4. Kelantan
  5. Kuala Lumpur
  6. Universiti Malaysia
  7. Melaka
  8. Negeri Sembilan United FC
  9. Nilai City SC
  10. PJ Champz FC
  11. PFA Odin Sarawak FC
  12. Pulau Pinang
MPFL 2024: Senarai Pasukan & Jadual Perlawanan

Pada tahun ini, terdapat 4 pasukan yang tidak bertanding dalam Liga Futsal Perdana Malaysia musim 2024. Pasukan tersebut ialah; Sarawak, Perak, Negeri Sembilan, PDRM. 

Tarikh MPFL 2024

MPFL Divisyen 1 akan bermula dari Februari hingga Ogos 2024, manakala Divisyen 2 pula bermula dari Februari hingga Julai 2024.

Jadual Perlawanan MPFL 2024 – Divisyen 1

Berikut ialah jadual perlawanan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1 2024 membabitkan lapan pasukan bermula Hari Perlawanan 1 (17 & 18 Februari 2024) sehingga Hari Perlawanan 14 (3 & 4 Ogos 2024).

Jadual Perlawanan MPFL 2024 – Divisyen 2

Carta Kedudukan MPFL Divisyen 1 – Terkini

Berikut ialah carta keputusan Divisyen 1 selepas Hari Perlawanan 9 pada Jumaat, 5 Julai; Ahad, 7 Julai & Isnin, 8 Julai 2024.

Perlawanan seterusnya pada Sabtu, 13 Julai 2024 & Ahad, 14 Julai 2024.

MPFL 2024: Senarai Pasukan & Jadual Perlawanan

Carta Kedudukan MPFL Divisyen 2 – Terkini

Berikut ialah carta kedudukan MPFL selepas Hari Perlawanan 4 dan Perlawanan Pindaan pada Jumaat, 5 Julai 2024.

Perlawanan seterusnya pada Sabtu, 13 Julai 2024 & Ahad, 14 Julai 2024.

Maklumat Lanjut

Dapatkan info lebih lanjut mengenai keputusan terkini dan maklumat terbaru dengan mengikuti media sosial rasmi berikut:

Rujukan:

  1. Football Association of Malaysia
Bantu kami share artikel ini: