Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri pada 31 Mei 2021 yang lalu, telah diumumkan beberapa jenis bantuan untuk rakyat Malaysia termasuklah bantuan moratorium PKP 3.0.
Bantuan moratorium ini meliputi semua golongan terjejas terutamanya golongan B40.
Bantuan bank adalah dijamin bagi peminjam yang menghadapi kesukaran kewangan akibat pandemik.
Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang bantuan moratorium yang boleh dimohon dalam tempoh PKP 3.0.
Moratorium PKP 3.0 Juga Dibuka Untuk M40
Dalam sebuah makluman terkini, Tengku Zafrul telah memaklumkan bahawa golongan M40 juga layak menerima bantuan moratorium. ⠀
Jelas beliau, jika anda kehilangan pekerjaan, tidak kira anda M40 atau T20, anda layak untuk menerima moratorium secara automatik. ⠀
Jika anda menghadapi pengurangan pendapatan, tidak kira anda M40 atau T20, anda juga layak untuk menerima pengurangan ansuran bulanan. ⠀
2 Kategori Penerima Bantuan Bayaran Balik Pinjaman / Moratorium PKP 3.0
Berikut adalah 2 kategori pemohon yang layak menerima bantuan moratorium:
KATEGORI 1
- Golongan peminjam seperti individu yang kehilangan pekerjaan (B40, M40 dan T20)
- Golongan B40 (penerima BSH atau BPR)
- Perniagaan mikro dan PKS dalam sektor yang tidak dibenarkan untuk beroperasi akibat PKP (locked down sectors)
Jenis Bantuan Yang Layak Diterima:
Penerima dalam kategori 1 ini layak memilih sama ada:
- Moratorium automatik selama 3 bulan atau
- Pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan secara automatik.
KATEGORI 2
- Peminjam yang mengalami pengurangan pendapatan (B40, M40 dan T20)
Jenis Bantuan Yang Layak Diterima:
Mereka boleh mendapat pengurangan bayaran balik ansuran yang bersesuaian, selaras dengan pendapatan yang berkurang.
Pendekatan ini membolehkan peminjam membuat pilihan berdasarkan keadaan dan keperluan kewangan masing-masing. ⠀
Peminjam hanya perlu pilih dan dapat bantuan bayaran balik pinjaman yang bersesuaian daripada bank.
Kelulusan adalah secara automatik. ⠀
Baca juga: BPR Tambahan: Semakan Bayaran RM100, RM300 & RM500 Akhir Jun Ini
Maklumat Lanjut
Fakta yang tepat boleh dirujuk daripada sumber rasmi seperti dari Bank Negara Malaysia di laman web rasmi https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/ra_bm.html dan https://www.facebook.com/83552599871/posts/10159341710829872/? yang merupakan pengawal selia sektor perbankan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi bank masing-masing untuk mendapatkan lebih kepastian tentang cara membuat permohonan.
Sila rujuk senarai penuh: Bantuan PKP 3.0: Senarai Bantuan PEMERKASA+ Yang Diumumkan