Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS): Syarat & Semakan Permohonan

MPPS
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) diperkenalkan untuk memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

Aspirasi kepada MPPS adalah:

  • Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi Pengetua / Guru Besar (PGB) mulai 2014.
  • Melaksanakan pakej kerjaya PGB yang baharu secara berperingkat, dengan lebih sokongan dan kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid.

Syarat permohonan

Berikut merupakan syarat umum dan syarat khusus bagi individu yang ingin memohon Program Kelayakan Professional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification For Educational Leaders (NPQEL):

Syarat Umum

  • Telah disahkan dalam perkhidmatan;
  • Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 85% berdasarkan wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/ Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tiga (3) tahun terakhir;
  • Bebas daripada tindakan tatatertib;
  • Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun;
  • Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
  • Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
  • Diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan.

Syarat Khusus

  • Bagi calon Pengetua:
    • telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 bagi urusan penempatan pemangkuan; atau
    • telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52/ DG54(KUP) bagi urusan penempatan setara/ hakiki.
  • Bagi calon Guru Besar:
    • telah berada sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred DG41; atau
    • telah dinaikkan pangkat ke Gred DG42/ DG44/ DG48(KUP).
  • Mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu:
    • Pengetua: Bidang Umum; dan
    • Guru Besar: Bidang Umum / Cina / Tamil.
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang) / Penolong Kanan (termasuk Penolong kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM (B) / jawatan-jawatan pentadbiran di PPD / JPN / Bahagian / Institut Aminuddin Baki / Institut Pendidikan Guru / Kolej Matrikulasi;
  • Mempunyai baki tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebelum bersara bagi penempatan ke jawatan PGB (tertakluk kepada tarikh kekosongan); dan
  • Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2013).

Cara Pendaftaran dan Permohonan

Permohonan mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan 1 Tahun 2025 telah dibuka menerusi Sistem Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) mulai 15 Julai 2024 sehingga 16 Ogos 2024.

Sehubungan itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan perlu memastikan maklumat dalam e-Operasi dan e-Pangkat dikemaskini sebelum mengemukakan permohonan menerusi sistem MPPS di https://tls.moe.gov.my/login.php.

Untuk panduan pendaftaran akaun dan cara memohon Program Kelayakan Professional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) di bawah Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) ini, sila rujukan lampiran PDF Manual Pengguna di bawah:

Semakan permohonan

Modul Penggantian Pemimpin Sekolah

Semakan Keputusan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan Tahun 2025 akan dibuka mulai 2 hingga 20 Disember 2024, pada 4:00 petang.

Tarikh akhir maklum balas setuju terima tawaran ialah pada 20 Disember 2024, 11:59 malam.

Untuk semakan, sila layari https://tls.moe.gov.my.

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan khusus mengenai Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS), sila hubungi pegawai yang bertugas seperti di bawah:

Penempatan:

Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
Tel: 03-8884 7959/7883/7868/7882

NPQEL:

Unit Penyelaras Program
Institut Aminudin Baki,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kompleks Pendidikan Nilai,
Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan
Tel: 06-7979200

Anda juga boleh emelkan sebarang aduan atau permasalahan kepada [email protected] (PENEMPATAN)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut