MOBIM: Modul Bimbingan Mata Pelajaran Tahun 1

mobim
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah memperkenalkan MOBIM atau Modul Bimbingan.

Kaedah pengajaran ini dilaksanakan secara amali bagi membolehkan warga guru mendidik murid secara interaktif.

Ini bagi memastikan murid Tahun Satu di sekolah didedahkan dengan konsep lebih praktikal.

Maksud MOBIM

Modul ini adalah akronim kepada Modul Bimbingan yang dihasilkan bertujuan untuk membantu guru memantapkan pelaksanaan KSSR (Semakan 2017).

Modul ini khusus diperkenalkan kepada Tahun 1 di sekolah yang memberikan penumpuan kepada 4 subjek utama.

Walau bagaimanapun, KPM juga sedang merangka untuk membangunkan modul sama bagi murid Tahun Dua dan Tahun Tiga serta murid Tahap Dua.

Selain itu, modul ini juga adalah sebagai panduan pelaksanaan PdP berdasarkan peruntukan waktu yang ditetapkan.

Objektif Pelaksanaan

Antara objektif pelaksanaan modul ini adalah:

  • Membantu guru melaksanakan kurikulum dengan peruntukan waktu sedia ada.
  • Membantu guru memahami kurikulum dan menterjemah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dengan lebih berkesan.
  • Menyokong pelaksanaan kurikulum dengan pelbagai strategi termasuk elemen pembelajaran menyeronokkan.
  • Memudahkan guru merancang PdP yang lebih berstruktur melalui integrasi beberapa standard pembelajaran yang sesuai.

Fokus Pelaksanaan

Fokus modul ini adalah kepada empat mata pelajaran iaitu:

  • Bahasa Melayu Tahun 1
  • Bahasa Inggeris Tahun 1
  • Matematik Tabun 1
  • Sains Tahun 1

Sasaran Modul Bimbingan

Modul ini disasarkan untuk dilaksanakan kepada 31,116 Guru Tahun 1 bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Muat Turun Modul Bimbingan

Modul ini boleh dimuat turun mengikut mata pelajaran:

i) Bahasa Melayu Tahun 1

ii) Bahasa Inggeris Tahun 1

iii) Matematik Tahun 1

iv) Sains Tahun 1

Baca juga: Modul Pengurusan Murid public.moe.gov.my (SPATKPM)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut