Minyak Kasturi: Hukum Memakainya Sebagai Wangian Mengikut Perspektif Islam

Minyak Kasturi: Hukum Memakainya Sebagai Wangian Mengikut Perspektif Islam
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Minyak kasturi telah berabad-abad dikenali sebagai bahan semulajadi yang berkhasiat dalam bidang kecantikan mahupun kesihatan.

Minyak ini mempunyai bau yang sangat menyenangkan dengan ciri khas aromanya yang lembut, ia turut dijadikan sebagai wangian. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.

BACA JUGA: Minyak Lintah – Khasiat & Kegunaannya Untuk Lelaki

Minyak Kasturi

Berdasarkan artikel yang diterbitkan oleh LifeBuoy, Minyak kasturi boleh dihasilkan daripada dua sumber utama iaitu daripada haiwan dan juga tumbuhan. 

Minyak Kasturi daripada Rusa

Minyak Kasturi: Hukum Memakainya Sebagai Wangian Mengikut Perspektif Islam

Minyak kasturi yang diperoleh daripada rusa yang dihasilkan daripada  kelenjar nodul rusa jantan, yang lazimnya terletak di antara perut dan bahagian genital, leher, kepala, dan bahagian atas badan. 

Spesies rusa yang menghasilkan minyak ini ialah musk deer yang banyak dijumpai di India, Cina, Mongolia, Siberia, dan Manchuria.

 Namun, populariti minyak ini telah mengakibatkan musk deer semakin banyak diburu sehingga populasi mereka semakin terancam. 

Justeru, minyak kasturi dari rusa semakin sukar untuk ditemui dan umumnya dijual dengan harga yang sangat mahal.

Minyak Kasturi daripada Tumbuhan

Minyak Kasturi: Hukum Memakainya Sebagai Wangian Mengikut Perspektif Islam

Jenis kedua ialah minyak kasturi yang diperoleh daripada tumbuhan. Minyak kasturi jenis ini diperoleh daripada kulit pohon kasturi, yang mempunyai aroma khas, segar, dan tahan lama. 

Umumnya, minyak kasturi ini diolah menjadi ekstrak untuk digunakan dalam produk wangi-wangian dan kecantikan. 

Seiring dengan masa dan kemajuan teknologi, minyak kasturi juga boleh diperoleh secara sintetik di dalam makmal dengan menggunakan beberapa jenis tumbuhan seperti Angelica archangelica, Olearia argophylla, dan Mimulus moschatus.

Khasiat dan Kegunaan Minyak Kasturi

Minyak Kasturi: Hukum Memakainya Sebagai Wangian Mengikut Perspektif Islam

1. Kecantikan & Kesihatan Kulit 

Dengan menggunakan produk mengandung minyak kasturi, ia boleh membantu mengatasi masalah jerawat, ekzema, psoriasis dan sebagainya.

Kandungan antibakterial dan antiinflamasi di dalamnya membantu mengurangkan kemerahan dan pembengkakan yang disebabkan oleh jerawat, atau masalah kulit lain.

2. Memudarkan Parut

Selain itu, minyak ini juga boleh membantu mengurangkan kesan parut jerawat dan meningkatkan kehalusan tekstur kulit. Ia mengandungi retinol yang membantu mempercepatkan regenerasi sel dan memulihkan kesan akibat masalah kulit yang terjadi. 

3. Melembapkan Kulit

Minyak kasturi juga mempunyai kandungan yang berkhasiat iaitu omega 6 yang berfungsi menjaga keseimbangan kapasiti air di lapisan kulit untuk membantu melembapkan kulit kering dan memastikan kulit sentiasa halus. 

4. Mengurangkan Kesan Penuaan

Minyak kasturi mengandung Linoleic acid (omega 6) dan Alpha-linoleic acid (omega 3) yang bermanfaat untuk menghilangkan kedutan apabila digunakan secara rutin. Ia banyak digunakan dalam produk anti-aging kerana kandungannya tersebut. 

5. Digunakan Sebagai Antiseptik

Minyak ini juga boleh digunakan sebagai antiseptik bagi mengelakkan terjadinya jangkitan pada luka seperti gigitan ular dan seumpamanya. 

6. Merangsang Pertumbuhan Rambut

Bagi mereka yang mengalami masalah rambut seperti keguguran atau kelemumur, produk rambut yang mengandungi minyak ini dapat membantu merangsang pertumbuhan rambut dan meningkatkan kekuatan akar rambut.

7. Mempunyai Bau yang Menenangkan

Aroma minyak kasturi diketahui memberikan kesan relaksasi dan menenangkan. Oleh itu, penggunaannya dalam aromaterapi dapat membantu mengurangkan stres dan meningkatkan kesejahteraan emosi.

8. Penggunaan dalam Produk Kosmetik dan Wangian

Minyak ini juga sering digunakan sebagai bahan dalam produk-produk kosmetik seperti losyen, krim malam atau serum kecantikan. Ini kerana sifatnya yang baik untuk kulit serta kemampuannya untuk meningkatkan efektiviti produk kosmetik.

Sebagai wangian yang memberikan aroma yang unik dan tahan lama, ia adalah pilihan popular dalam industri wangian.

Hukum Memakainya Sebagai Wangian Mengikut Perspektif Islam 

Minyak Kasturi: Hukum Memakainya Sebagai Wangian Mengikut Perspektif Islam

Berdasarkan penjelasan melalui laman sesawang Mufti WP, telah berpendapat para ulama’ bahawa kasturi itu halal lagi bersih. 

Dibolehkan untuk memakannya dan mengambil manfaat daripadanya dalam apa keadaan sama ada dalam bentuk makanan dan juga perubatan sama ada darurat ataupun tidak.

Ini kerana seseungguhnya darah yang pada asalnya telah bertukar (berlaku proses istihalah) kepada sesuatu yang baik dan menjadi bersih. 

Dalam sebuah hadith Nabi SAW:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ذَكَرَ امْرَأَةً مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ حَشَتْ خَاتَمَهَا مِسْكًا وَالْمِسْكُ أَطْيَبُ الطِّيبِ

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menyebut mengenai wanita daripada Bani Israel yang mengisi cincinnya dengan kasturi dan kasturi adalah wangian yang sangat harum.

Riwayat Muslim (2252)

Dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:

أَطْيَبُ الطِّيبِ الْمِسْكُ
Maksudnya: Wangian yang paling harum baunya adalah al-Misk (kasturi).

Riwayat Al-Tirmizi (991). Telah berkata Abu Isa al-Tirmizi bahawa hadith ini Hasan Sahih.

Haruman atau wangian yang terhasil dari darah rusa, kijang ataupun antelop dikenali dengan wangian kasturi. Di dalam Bahasa Arab ianya disebut dengan al-Misk (الْمِسْكُ).

Dari sudut istilahnya, telah berkata al-Bunani yang menaqalkannya daripada al-Hafiz Ibn Hajar bahawa al-Misk itu adalah darah yang terkumpul pada bahagian pusat rusa/kijang/gazelle/antelop pada satu masa yang diketahui daripada tahun tertentu.

Apabila terkumpulnya darah tersebut, maka ianya akan membengkak maka rusa akan berasa sakit sehingga membawa kepada gugurnya gumpalan tersebut.

Cara Penggunaan

Cara menggunakan minyak ini adalah mengikut jenisnya. Biasanya ia digunakan dengan mengoles secara tipis di kawasan yang dikehendaki. Ia boleh digunakan pada kulit muka atau badan, bergantung kepada masalah yang ingin diselesaikan.

BACA JUGA: Minyak Angin – Khasiat & Kegunaan Untuk Bayi dan Dewasa

Kesan Sampingan Minyak Kasturi

Walaupun minyak ini dikenali sebagai bahan semulajadi, beberapa individu mungkin mengalami reaksi alergi ringan seperti ruam atau gatal-gatal. Adalah disyorkan untuk melakukan ujian kecil di kawasan kecil kulit sebelum penggunaan meluas.

Kesimpulan

Minyak kasturi menawarkan banyak kegunaan dan khasiat untuk pengguna. Bagi yang ingin mencuba, pastikan anda memilih produk yang berkualiti daripada pengeluar yang terpercaya untuk mengelakkan kesan sampingan yang berbahaya.

Rujukan:

  1. Mengenal Minyak Kasturi dan Beragam Manfaatnya – LifeBuoy
  2. AL-KAFI #486: HUKUM MEMAKAI WANGIAN YANG DIHASILKAN DARIPADA DARAH KIJANG/ANTELOP – Mufti WP
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut