Mimi Fly – Biodata & Lagu Raya Terkini “Serumpun”

Mimi Fly
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Baru-baru ini, nama Mimi Fly menjadi sebutan hangat dalam kalangan netizen kerana video klip lagu Raya beliau yang berjudul “Serumpun”. 

Lagu ini telah mencuri perhatian ramai kerana konsepnya yang unik dan kreatif. Dalam masa 16 jam selepas pelancarannya, lagu “Serumpun” telah berjaya lebih 80,000 tontonan di YouTube!

Nak tahu lebih lanjut mengenai penyanyi lagu ini, mari teruskan membaca. 

BACA: Puteri Balqis – Biodata, Perjalanan Hidup & Fakta Menarik

Siapa Mimi Fly

Mimi Fly, atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham adalah merupakan seorang penyanyi, penulis lirik, penggubah lagu, pereka tari dan pelakon yang semakin dikenali dalam industri hiburan Malaysia. 

Beliau telah mencuri hati ramai peminat sejak kemunculannya dalam dunia seni pada tahun 2008 dalam rancangan realiti TV “Gang Starz” musim kedua bersama kumpulannya, One Nation Emcees.

Selepas lapan tahun bersama kumpulan tersebut, Mimi mengambil langkah berani untuk memulakan kerjaya solo pada tahun 2015. 

Keputusan ini terbukti tepat apabila single pertamanya, “Enigma”, yang merupakan lagu tema untuk filem “Girlfriend Kontrak”, mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Sepanjang perjalanan kerjayanya, Mimi Fly telah bekerjasama dengan pelbagai artis dan komposer ternama. 

Kolaborasi-kolaborasi ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya dalam industri, tetapi juga membuktikan kebolehannya untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai genre dan gaya muzik.

Terbaru, Mimi Fly mengeluarkan lagu sempena Hari Raya yang bertajuk “Serumpun”. 

@mimiflyyy

Serumpun MV out now on Youtube ❤️ What a great team I’m grateful❤️ director @hafiz_a_rashid Producer @faizularashid Stylist @abushaefhamza Designer @behati.my @kel__wen @bulanbintanghq Glamteam @helmysharip @richmond.hair @faizal_azhr @foxbulanofficial @sharinahadzim Performers @arliana.mansor (choreographer) @boojaefadzil @kalaithedancerman @shobaaaaa @shrizz_ @d.hartt_ @dnldenn @mahanaymkay @Batrisyia And the rest of the talents that made this happen❤️ This is such a vibe @cuurley . We did that! ❤️ With friends 🥹🥹🥹 @ainramli “makngah dah sampai” 😂😂😂

♬ original sound – MimiFly – MimiFly

Biodata  Mimi Fly 

Berikut ialah biodata ringkas Mimi Fly:

  • Nama Penuh: Shamimi Amalina binti Norhisham
  • Nama Pentas: Mimi Fly
  • Tarikh Lahir: 15 Disember 1986
  • Tempat Lahir: Selangor, Malaysia
  • Umur: 38 tahun (pada 2025)
  • Pekerjaan: Penyanyi, penulis lirik, penggubah lagu, pereka tari, pelakon
  • Tahun Aktif: 2008 – kini
  • Aliran Muzik: Pop, R&B, Hip Hop
  • Instagram: @mimiflyyy
  • Tiktok: mimiflyyy

Pendidikan:

  • Sekolah Rendah: Sekolah Kebangsaan Sultan Alam Shah 1 (1993-1998)
  • Sekolah Menengah: Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta (1999-2003)
  • Pengajian Tinggi: Sarjana Muda Sains Biologi, Universiti Teknologi MARA, Kota Kinabalu, Sabah

Latar Belakang Keluarga:

  • Ibu: Puan Ramlah Jalee 
  • Bapa: Norhisham Nasir (meninggal dunia pada 28 Mei 2015)
  • Adik-beradik: Seorang abang dan seorang adik perempuan

Pencapaian Kerjaya

  • Memenangi tempat pertama dalam Gang Starz musim kedua (2008) bersama kumpulan One Nation Emcees
  • Mewakili Malaysia di D’Academy Asia musim pertama
  • Mendapat tempat kelima dalam Gegar Vaganza 6 (2019) bersama One Nation Emcees
  • Menghasilkan lagu tema untuk beberapa filem termasuk “Enigma” (Girlfriend Kontrak), “Hujan” (Bisikan), dan “On It” (Gol & Gincu Vol. 2)
  • Lagu “Pura-pura Bujang” ciptaan bersama mencapai lebih 22 juta tontonan di YouTube
  • Lagu  “Angkat” (2025) mencapai lebih 1.5 juta tontonan dalam masa kurang dari sebulan
  • Lagu terbaru “Serumpun” (2025) sempena Hari Raya Aidilfitri mencapai lebih 80,000 tontonan dalam kurang 16 jam. 

BACA JUGA: Kakcik Yah – Biodata Nenek 75 Tahun Jadi Content Creator Popular!

Kehidupan Peribadi

Mimi Fly telah dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor oleh ibunya yang merupakan seorang ibu tunggal bernama Puan Ramlah Jalee. Mimi juga mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan. 

Bapa Mimi, Norhisham Nasir telah meninggal dunia pada 28 Mei 2015 akibat kanser hati dan pendarahan di perut.

Mimi pernah berkahwin dengan Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015. Namun, perkahwinan tersebut tidak kekal lama dan mereka memfailkan perceraian pada November 2017. 

Lagu Terbaru “Serumpun”

  • Komposer: Bo Amir & Mimi Fly
  • Penulis lirik : Bo Amir & Mimi Fly

Mimi Fly terus mengukir nama dalam industri muzik Malaysia dengan pelancaran single terbarunya, “Serumpun”. Lagu ini dilancarkan pada 14 Mac 2025 dan merupakan single terbaru Mimi Fly selepas “Angkat”. 

Lagu ini telah menarik perhatian ramai kerana konsepnya yang unik serta menggabungkan elemen tradisional sambil mempromosikan perpaduan budaya. 

Walaubagaimanapun, Mimi Fly turut mendapat kritikan hebat disebabkan busana yang dikenakannya semasa dalam video klip lagu ini. 

Mimi Fly mengakui bahawa dia terlalu fokus pada karyanya sehingga mengabaikan perkara lain, dan memohon maaf kepada mereka yang tersinggung dengan penampilannya dalam video muzik “Serumpun”.

 Video muzik  Serumpun telahpun diprivasikan daripada tontonan umum atas sebab-sebab tertentu. 

Anda masih boleh mendengar lagu “Serumpun” oleh Mimi Fly di platform penstriman muzik seperti Spotify atau Youtube Mimi Fly (tanpa  video muzik ). 

Fakta Menarik

1. Mimi Fly merupakan peminat setia penyanyi Yuna. Dalam satu temubual dengan Harian Metro, beliau pernah berkata, “Siapa yang tidak mahu menjadi seperti dia dan saya tidak setakat mengagumi Yuna, malah menjadi peminatnya. Walaupun usia kami sebaya, namun saya berbangga untuk mengakui bahawa saya adalah peminat setia Yuna”. 

2. Mimi Fly memulakan kerjaya lakonannya menerusi filem kontroversi Klip 3GP pada tahun 2011, yang turut dibintangi oleh Tasha Shilla, Faralyna Idris, dan Zahiril Adzim. Selain itu, beliau membuat penampilan khas sebagai Inspektor Adira dalam drama kepolisan Gerak Khas musim ke-15

3. Mimi Fly telah mencipta beberapa lagu tema untuk filem, termasuk “Hujan” untuk filem “Bisikan” dan “On It” untuk filem “Gol & Gincu Vol. 2”. 

4. Mimi Fly pernah mengalami “creative block” selama empat tahun sebelum kembali aktif dengan lagu “Angkat” pada tahun 2024.  

5. Video muzik “Serumpun” telah diprivasikan atas sebab tertentu selepas pelancarannya.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut