Senarai Lokasi Mesin Tukar Duit Syiling Di Setiap Negeri

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sekiranya anda seorang pengumpul duit syiling, sebenarnya terdapat banyak mesin tukar duit syiling yang terdapat di setiap negeri di Malaysia.

Namun, tidak ramai yang tahu lokasinya.

Antara cara menabung yang paling mudah adalah dengan menabung duit syiling yang biasanya diperolehi sebagai baki daripada pembelian barangan, makanan dan minuman.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit, begitulah perumpamaan orang yang suka menabung setiap duit syiling yang diperolehi.

Jangan terkejut, selepas beberapa bulan atau tahun jumlahnya mungkin mencecah ratusan atau ribuan ringgit.

Apa itu Coin Deposit Machine (CoDM)?

Mesin Tukar Duit Syiling

Anda boleh ke kaunter bank untuk mendeposit duit syiling anda.

Namun, ianya mungkin mengambil masa lebih lama dan rumit kerana anda perlu datang ke cawangan bank berdekatan, mengambil nombor giliran dan beratur.

Sebenarnya ada cara lebih senang iaitu dengan mendepositkan sahaja wang syiling anda ke dalam mesin tukar duit syiling yang dikenali sebagai Coin Deposit Machine (CoDM).

Masukkan sahaja duit syiling anda dan mesin tersebut akan melakukan kiraan secara automatik dengan cukup pantas.

CARA TUKAR DUIT SYILING GUNA MESIN DI BANK

Dah masuk hujung tahun, tabung duit syiling yang kita kumpul pun pun mungkin dah penuh. Tak payah susah-susah nak kira, bawa saja semua duit syiling ke mesin duit syiling yang ada di bank.

Mesin akan kira siap-siap dan duit pun terus masuk dalam akaun. Senang kan. Kalau kali pertama nak tukar boleh baca dulu langkah yang dikongsi oleh Anan Adli ini.

1. Pergi ke cawangan yang ada mesin ini. Tak semua cawangan Maybank ada. Untuk cawangan yang ada mesin ni, anda boleh rujuk kat bawah nanti.

2. Masukkan syiling anda. Tak perlu asingkan pun duit syiling tu. Mesin ini akan asingkan setiap syiling. Syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit baru dan lama dia terima. Tapi duit negara lain dia tak terima ya.

3.Tekan butang ‘A’ utk start. Mesin akan start masukkan syiling. Setelah seketika mesin akan stop. Tekan balik butang ‘A’ utk continue. Duit-duit yangg tak diterima ketika itu akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin. Ambil dan cuba masukkan balik.

4.Setelah selesai, tekan butang ‘B’. Mesin akan keluarkan 2 resit. Satu untuk anda simpan, satu lagi pihak bank akan ambil. Anda kena isikan nama, nombor akaun dan juga no. telefon.

5.Tunjukkan resit tersebut kat kaunter khidmat pelanggan. Anda akan diberikan form untuk diisi. Isi nama, no akaun dan jumlah wang syiling yangg dah di deposit tadi.

Mesin Tukar Duit Syiling coin deposit machine
Mesin Tukar Duit Syiling coin deposit machine

6. Beri form dan resit tersebut ke kaunter khidmat pelanggan. Siap! Wang anda akan masuk ke akaun petang nanti (kalau pergi pagi).

Mesin Tukar Duit Syiling coin deposit machine

Lokasi Coin Deposit Machine (CoDM) Sekitar Kuala Lumpur & Seluruh Malaysia

Berikut merupakan senarai CoDM yang disenaraikan mengikut jenis bank.

Pastikan anda mempunyai akaun dengan bank-bank yang dinyatakan untuk menggunakan mesin CoDM ini kerana duit syiling yang didepositkan akan dimasukkan amaunnya terus ke akaun bank anda.

CoDM CIMB

  • Bumiputera Commerce Tower, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
  • Bukit Tinggi, Klang, Selangor
  • Desa Jaya, Kepong
  • Bandar Utama, Selangor
  • Sentul Raya, Kuala Lumpur
  • Taman Maluri, Kuala Lumpur
  • Wisma Square Point, Kota Bahru, Kelantan
  • Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Jalan SS6/14, Kelana Jaya, Selangor
  • Taman Mutiara Cheras, Kuala Lumpur
  • Wisma Koponas, Kuala Lumpur
  • Ground & 1st Floor, No. C6 & C7, Block C, Jalan P8C/1, Presint 8, 62250 Putrajaya
  • Pensions Malay Chamber of Commerce, Seremban, Negeri Sembilan
  • Ipoh Garden, Perak
  • Section 52, Petaling Jaya, Selangor
  • Rawang, Selangor
  • Jalan Besar, Banting, Selangor
  • Section 18, Shah Alam, Selangor
  • UMNO Building Alor Setar, Kedah
  • Bandar Puchong Jaya, Selangor
  • Wisma Pauson, Balakong, Selangor
  • Prangin Mall, Jalan Dr Lim Chwee Leong, Penang, 10100 Penang, Malaysia
  • Jalan Bank, Kuantan, Pahang
  • Pandan Indah, Selangor

Untuk senarai penuh lokasi CoDM di seluruh negara, sila lawati laman web CIMB di alamat https://www.cimb.com.my/bm/personal/help-support/faq/self-service-banking/

Maybank

  • Jalan Tun Perak, KL Main
  • Persiaran Perbandaran, Shah Alam, Selangor
  • Jalan Hang Tuah, Melaka
  • Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru, Johor
  • Jalan Dato ‘Bandar Tunggal, Seremban, Negeri Sembilan
  • Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar, Kedah
  • Jalan Satok, Kuching, Sarawak
  • Beach Street, Kota Kinabalu, Sabah
  • Bandar Baru Selayang, Selangor
  • Jalan Yong Shook Lin, Pj New Town, Selangor
  • Jalan Bandar Rawang 2, Rawang, Selangor
  • Jalan Rahmat, Batu Pahat, Johor
  • Chain Ferry Road, Prai, Penang
  • Jalan Lagenda 1, Sungai Petani, Kedah
  • Taman Equine, Seri Kembangan, Selangor
  • Station 18, Ipoh Perak
  • D’Wangsa Klsc Wangsa Maju, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
  • Jalan Tengku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
  • Kuala Terengganu Branch 92 Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terenggganu, Terengganu, Malaysia
  • Paka Business Center, Paka, Terengganu
  • Jalan Munshi Abdullah, Melaka
  • Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor
  • Kuah Town Center, Langkawi, Kedah
  • 7 & 9, Jalan 9/9C, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi 43650 Bangi Selangor
  • Taman Kajang Prima, Kajang, Selangor
  • G-Floor Bangunan Umno, Jalan Dato ‘Nik Mustapha 17500 Tanah Merah Kelantan
  • Jalan USJ 10/1G, Subang Jaya, Selangor
  • Taman Pandan Damai 2, Kuantan, Pahang
  • Jalan Mahmood, Kota Bharu, Kelantan
  • Jalan Jelutong, Penang
  • Jalan Silibin, Ipoh Perak
  • Jalan PJS 11/28a, Bandar Sunway, Selangor
  • The Curve, Mutiara Damansara, Selangor

Untuk senarai penuh mesin deposit syiling Maybank di seluruh Malaysia, sila lawati laman web Maybank https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/about_us/locate_maybank.page

RHB Bank

  • Taman Suntex, Cheras, Selangor
  • Bangsar, Kuala Lumpur
  • Klang, Selangor
  • Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
  • BG-5 & B-1-5, Ground Floor & 1st Floor, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya
  • Jalan Mamanda 7, Ampang, Selangor
  • Mid Valley, Kuala Lumpur
  • Melaka
  • Tangkak, Johor
  • Jalan Lintas, Sabah
  • Rawang, Selangor
  • Setia Alam, Selangor
  • Alor Setar, Kedah
  • Kuching, Sarawak

CoDM AFFIN BANK

  • Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur
  • No 1, Jalan TK1/11A Taman Kinrara, Seksyen 1 Batu 7 1/2, Jalan Puchong 47100 Puchong Selangor
  • Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur
  • 175 & 177 Ground Floor, Jalan 8/1 Seksyen 8 43650 Bandar Baru Bangi Selangor
  • 55, Jalan Perdana Heights 2/2, Perdana Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Untuk senarai penuh lokasi mesin deposit syiling (CoDM) Affin Bank di seluruh Malaysia, sila lawati laman web http://58.26.229.149/General/

CoDM AGROBANK

  • No 204, Jalan Pertang, Kuala Klawang, N.Sembilan
  • Greentown Trade Center, Ipoh, Perak
  • No 2-G & 2-1, Reko Sentral, Jalan Reko Sentral 4, Off Jalan Reko, Kajang, Selangor
  • Pt 1662 & pt 1663, Bangunan YAKIN, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kenali, Kubang Kerian, Kelantan
  • No, 57, Jalan Tun Ismail, Kuantan
  • 25, Jalan Indera Kayangan, Kangar, Perlis
  • Kota Tinggi Trade Center, Johor.

CoDM ALLIANCE BANK

  • Leboh Ampang, Kuala Lumpur
  • Jalan Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
  • Jalan Padungan, Kuching, Sarawak
  • Jalan Sultan, Petaling Jaya Selangor
  • 46 and 48 Persiaran Greenhill, Ipoh Perak
  • Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
  • Jalan Sungai Besi Indah 1/21, Seri Kembangan, Selangor
  • Jalan SS 2/55, Damansara Jaya, Selangor
  • Ground Floor, 1, Lorong Kasawari 4B, Taman Eng Ann, 41150 Klang, Selangor.
  • Jalan Permas, Masai, Johor
  • Lot 4, 5 & 6, Block K, Sinsuran Complex, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.

CoDM CITIBANK

  • Jalan Ampang, Kuala Lumpur
  • Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, Penang
  • Jalan Tebrau, Johor Bahru, Johor
  • Jalan Batu Tiga Lama, Klang, Selangor.

Untuk senarai penuh lokasi mesin deposit syiling (CoDM) Citibank di seluruh Malaysia, sila lawati pautan https://www.citibank.com.my/

CoDM PUBLIC BANK

  • Jalan Ampang, Kuala Lumpur
  • 2, Jalan Sepadu B 25/B, Taman Perindustrian Axis, Section 25, Shah Alam, Selangor
  • Pantai Baru Highway, Api-api Center, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
  • 49, 51 & 53, Jalan SS21/60, Damansara Utama, Selangor
  • 1 & 3, Jalan Puteri 2/3, Bandar Puteri, Puchong, Selangor
  • Lot A-5 & A-6, Donggongon New Township, Jalan Tapikong, 89500, Penampang, Sabah
  • Jalan Dato ‘Lee Fong Yee, Seremban, Negeri Sembilan
  • 1 & 3, Jalan Solaris 1, Solaris Mont ‘Kiara
  • Show, Sabah
  • Kota Belud, Sabah
  • Jalan Kebun Sultan Kota Bharu, Kelantan
  • 1 & 3, Jalan Bunga Tanjung 6A, Taman Muda, Ampang, Selangor
  • Jalan Persisiran Perling, Johor Bahru
  • Beaufort, Sabah
  • Stutong Parade, Kuching, Sarawak
  • Jalan 14/48A Sentul Raya off Jalan Sentul, Kuala Lumpur
  • Inanam, Kota Kinabalu, Sabah
  • 1, Jalan Company 2, Seri Kembangan, Selangor
  • 443 & 444, Jalan Tunku Ibrahim, Sik
  • 4, 6, 8 & 10, Persiaran Bercham Selatan 2, Ipoh, Perak
  • 48 & 50, Jalan PJS 11/28A, Bandar Sunway, Selangor
  • City Parade Center Point, Kota Kinabalu, Sabah
  • Jalan Silibin, Ipoh, Perak
  • Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, Perak
  • Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur
  • Jalan Rasah, Seremban, Negeri Sembilan

Untuk senarai penuh lokasi mesin tukar duit syiling (CoDM) Public Bank di seluruh Malaysia, sila lawati pautan https://www.pbebank.com/Personal-Banking/Branch-Locators.aspx

CoDM AmBank

  • Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
  • Taman Kepong, Kuala Lumpur
  • Bandar Puteri, Puchong, Selangor
  • Taman Kinrara, Puchong, Selangor
  • Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur
  • Wisma Sh Ng, Klang, Selangor
  • Wisma Palmbase, Port Klang, Selangor
  • Jalan Pusat BCH1, Rawang, Selangor
  • Taman Tunku Aminah, Skudai, Johor
  • Alamanda Shopping Center, Putrajaya
  • Jalan Perusahaan, Seri Kembangan, Selangor
  • Taman Connaught, Kuala Lumpur
  • Taman Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan

Untuk senarai penuh lokasi mesin deposit syiling (CoDM) Ambank di seluruh Malaysia, sila lawati laman web https://www.ambankgroup.com/eng/locator

CoDM BANK MUAMALAT

  • Jalan Sukan, Laman Seri Business Park, Shah Alam, Selangor
  • Taman Melawati, Kuala Lumpur
  • Rawang, Selangor
  • Wisma Great Eastern, No.105, 107 & 109, Jalan Yam Tuan, Seremban, N.Sembilan

CoDM BANK ISLAM

  • Medan MARA, Kuala Lumpur
  • Jalan Dato Sheikh Ahmad, Seremban, Negeri Sembilan
  • Jalan Prima, Sri Gombak, Selangor
  • Bandar Baru Bangi, Selangor
  • Jalan Panglima Bukit Gantang, Ipoh, Perak
  • Jalan Padang Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian, Kelantan

Untuk senarai penuh lokasi mesin deposit syiling Bank Islam di seluruh Malaysia, sila lawati laman web https://www.bankislam.com/need-assistance/branch-locator/

CoDM STANDARD CHARTERED

  • Puchong, Selangor
  • Subang Jaya, Selangor
  • Klang, Selangor
  • Johor Bahru, Johor

CoDM OCBC

  • Taiping, Perak
  • Alam Damai, Cheras Kuala Lumpur
  • Kluang, Johor
  • Muar, Johor

COIN DEPOSIT MACHINE BANK RAKYAT

  • Jalan Sultan Abdul Samad 5, Banting, Selangor
  • Jalan Delima 2, Pontian, Johor
  • UMNO Building, Baling, Kedah
  • Jalan BBN 1/2F Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
  • Lot 1467 & 1468, Jalan Hospital, 95000 Sri Aman, Sarawak
  • Jalan Batu Rakit, Gong Badak, Terengganu
  • Bandar Tanah Merah, Kelantan
  • Jalan Intan 5, Teluk Intan, Perak
  • Jalan Pantai Baru, Sembulan, Sabah
  • Jalan Kubang Kurus, Kemaman, Terengganu
  • Jalan Besar Yong Peng, Johor
  • Jalan Dato Abdullah, Raub, Pahang
  • 22 & 24, Jalan Diplomatik 3-1, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
  • Jalan Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor
  • Pandan Village, Kuala Lumpur (Pilot)
  • Taman Melawati, Kuala Lumpur (Pilot)
  • Section 9 Shah Alam, Selangor (Pilot)

COIN DEPOSIT MACHINE HSBC

  • Leboh Ampang, Kuala Lumpur
  • Jalan Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
  • Jalan Padungan, Kuching, Sarawak
  • Jalan Sultan, Petaling Jaya Selangor
  • 46 and 48 Persiaran Greenhill, Ipoh Perak
  • Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

COIN DEPOSIT MACHINE KUWAIT FINANCE HOUSE

  • MNI Twins, Kuala Lumpur
  • Ground Floor, No. 3 & 5, Jalan Plumbum S7/S, Section 7 Commercial Center, Section 7, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
  • Jalan Satok, Kuching, Sarawak
  • Jalan Molek 2/2, Johor Bharu, Johor

COIN DEPOSIT MACHINE UOB

  • 61-62, Jalan Loke Yew, 28700 Bentong, Pahang
  • Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor
  • 495 Jalan Lima, Taman Ampang Utama, Jalan Ampang, 68000 Ampang

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan mesin tukar duit syiling di seluruh negeri di Malaysia, sila hubungi cawangan bank terdekat anda.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut