MAPPA 2024: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam

MAPPA 2024: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam, 16 Ogos 2024

Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) telah menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh penjawat awam di Malaysia sejak tahun 2000. 

Pada tahun 2024, MAPPA kali ke-19 akan diadakan dengan penuh semangat dan harapan baru untuk perkhidmatan awam negara.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Harga Petrol Terkini RON95 RON97 Diesel (18 – 24 Julai 2024)

Apa Itu Majlis Perdana Perkhidmatan Awam?

MAPPA 2024: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam 2024, Ogos Ini!

MAPPA merupakan akronim bagi Majlis Perdana Perkhidmatan Awam. 

Ia mula diperkenalkan sejak tahun 2000 sebagai salah satu platform untuk seluruh penjawat awam menghayati aspirasi dan hasrat pucuk kepimpinan tertinggi negara melalui amanat yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri.

Untuk tahun 2024, hasrat disampaikan melalui amanat khas yang akan disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. 

Sepanjang dua dekad penubuhannya, MAPPA telah memainkan peranan penting dalam:

  • Menyampaikan visi dan misi kerajaan kepada penjawat awam
  • Mengumumkan dasar-dasar baru yang memberi impak kepada perkhidmatan awam
  • Memberikan pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang penjawat awam
  • Memperkukuhkan semangat dan motivasi dalam kalangan penjawat awam

Objektif MAPPA 2024

MAPPA 2024: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam 2024, Ogos Ini!

MAPPA dilaksanakan dengan tujuan:

  1. Menyediakan wadah perkongsian misi dan aspirasi Malaysia MADANI oleh YAB Perdana Menteri bersama-sama penjawat awam dalam mendepani pelbagai cabaran dan rintangan semasa negara.
  2. Memberi peluang kepada seluruh penjawat awam bagi menghayati hasrat terkini pucuk kepimpinan tertinggi negara dalam memenuhi ekspektasi rakyat yang semakin meningkat.
  3. Melonjakkan motivasi penjawat awam untuk berusaha bersungguh-sungguh demi kelangsungan agenda Malaysia MADANI.
  4. Meneguhkan hubungan yang simbiotik antara anggota pentadbiran dan penjawat awam dalam upaya memacu negara mencapai aspirasi yang dihasratkan.

BACA JUGA: Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2024

Tarikh & Lokasi MAPPA 2024

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam akan berlangsung pada 16 Ogos 2024 (Jumaat) dan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

Masa adalah, 8 pagi sehingga 12 tengahari.

MAPPA 2024 adalah kali ke-19 yang diadakan dan bakal menyaksikan kehadiran pegawai awam dari pelbagai skim perkhidmatan, wakil Kesatuan Sekerja dan wakil pesara secara fizikal dan dalam talian. 

Tema

Tema Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19 (MAPPA XIX) adalah: “Perkhidmatan Awam MADANI”.

Tema ini mencerminkan aspirasi untuk membentuk perkhidmatan awam yang mampan dan berdaya tahan, bertanggungjawab dan berintegriti, dinamik dalam menghadapi cabaran, adaptif terhadap perubahan, nekad dalam mencapai kecemerlangan dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

MAPPA 2024: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam 2024, Ogos Ini!

MAPPA 2024: Apa Yang Boleh Dijangka

MAPPA ke-19 ini akan menjadi tumpuan utama bukan sahaja penjawat awam, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia. 

Berikut ialah beberapa perkara yang boleh dijangkakan akan diumumkan semasa MAPPA 2024:

1. Pengumuman Kenaikan Gaji

Salah satu pengumuman yang paling dinanti-nantikan dalam MAPPA 2024 adalah berkaitan kenaikan gaji penjawat awam. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah memberikan petunjuk awal bahawa perincian kadar baharu kenaikan gaji akan diumumkan semasa majlis ini.

Beberapa fakta penting berkaitan pengumuman ini:

  • Kenaikan gaji dijangka melebihi 13 peratus
  • Ia akan melibatkan kira-kira 1.5 juta penjawat awam
  • Kenaikan ini akan berkuat kuasa bermula 1 Disember 2024
  • Kali terakhir kenaikan gaji penjawat awam diumumkan adalah pada tahun 2013

Pengumuman ini pastinya akan memberi impak besar kepada ekonomi negara dan kesejahteraan penjawat awam.

2. Inisiatif dan Dasar Baru

Selain daripada pengumuman kenaikan gaji, MAPPA 2024 juga dijangka akan menjadi platform untuk mengumumkan pelbagai inisiatif dan dasar baru untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam. 

Berdasarkan trend MAPPA terdahulu, kita mungkin dapat menjangkakan pengumuman berkaitan:

  • Pembaharuan dalam sistem penilaian prestasi
  • Peningkatan dalam latihan dan pembangunan kerjaya
  • Inisiatif untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan
  • Langkah-langkah untuk mendigitalkan perkhidmatan awam

Pra Pendaftaran MAPPA 2024

Anda boleh membuat daftar pra pendaftaran MAPPA 2024 di pautan berikut: https://www.iemg.intan.my/event/qe33Hik5xrFdLIeN 

Masuk adalah PERCUMA.

MAPPA 2024: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam 2024, Ogos Ini!

Aturcara Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19

9.00 pagi : Ketibaan Dif-dif Jemputan dan Kenamaan.

9.15 pagi : Ketibaan YB Timbalan-timbalan Menteri.

9.25 pagi : Ketibaan YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz Ketua Pengarah    Perkhidmatan Awam.

9.30 pagi : Ketibaan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali Ketua Setiausaha Negara.

9.40 pagi : Ketibaan YB Ahli Jemaah Menteri.

9.50 pagi : Ketibaan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (Timbalan Perdana Menteri ), YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof (Timbalan Perdana Menteri).

10.00 pagi : 

  • Ketibaan YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perdana Menteri), 
  • Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Perkhidmatan Awam 
  • Ikrar Perkhidmatan Awam 
  • Bacaan Doa 
  • Persembahan Multimedia Tema MAPPA  
  • Amanat YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri  
  • Wacana YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri  
  • Lawatan ke Reruai Pameran 

12.30 tengah hari : 

  • Makan tengah hari 
  • YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri meninggalkan majlis 
  • YAB Timbalan-Timbalan Perdana Menteri meninggalkan majlis 
  • Dif-dif kenamaan dan jemputan meninggalkan majlis 
  • Majlis bersurai 

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan info terkini, anda boleh hubungi:

Jangan lupa ikuti media rasmi MAPPA 2024 seperti di bawah:

Bantu kami share artikel ini: