Manjakani – Khasiat, Cara Penggunaan & Kesan Sampingan

manjakani
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Manjakani atau (Oak Gall) telah digunakan secara meluas dalam bahan ubat tradisional selama berkurun-kurun oleh orang Arab, Parsi, Indi, China, dan Melayu.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat dan kesan sampingan herba ini kepada kesihatan.

Baca juga:

Apa itu manjakani?

Manjakani terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu lebih-lebih lagi kaum wanita yang mengamalkan pemakanan jamu.

Ia sangat sinonim bagi wanita terutama bagi mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Harba ini terhasil dari beberapa peringkat. Ia adalah sejenis benjolan yang dihasilkan dari serangan serangga tebuan atau Cynipsh gallae tinctoriae.

Serangan ini akan menyebabkan kulit bertunas dan serangga mengeluarkan larva yang merupakan sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan biji.

Tindak balas kimia inilah menyebabkan terbentuknya bebola keperangan. Ia boleh digunakan sebagai herba selepas proses pengeringan.

Berikut adalah taksonomi manjakani:

  • Kingdom: Plantae
  • Divisi: Magnoliophyta
  • Kelas : Magnoliopsida
  • Subkelas: Hamamelididae
  • Order: Fagales
  • Famili: Fagaceae
  • Genus: Quercus
  • Spesies: Quercus infectoria Oliv

Kandungan nutrisi dalam manjakani:

  • Kalsium: 12.7mg
  • Fosforus: 11.1mg
  • Kalium: 223mg
  • Magnesium: 20.9mg
  • Zat Besi: 3.58mg
  • Mangan: 0.1mg
  • Zink: 0.3mg
  • Nikel: 0.2mg

Pokok manjakani dikatakan mempunyai ketinggian 1.8 meter. Daunnya menyerupai daun ubi kayu, batangnya tumbuh bersilang licin, berbentuk bulat dan berwarna hijau muda.

Herba yang digunakan dari manjakani iaitu biji. Biji manjakani berbentuk bulat, warna hijau kebiruannya yang akan berubah menjadi warna kelabu atau putih apabila ia kering. Sedangkan bahagian dalamnya berwarna putih kekuningan.

Cara penggunaan manjakani

Manjakani boleh diolah menjadi ramuan yang sangat mujarab kepada kesihatan wanita. Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan sama ada secara di rebus atau sangai.

Untuk proses rebusan, anda perlu basuh bersih terlebihh dahulu buah tersebut. Kemudian, rebus selama 30 minit dengan air putih (air masak). Tutup periuk rapat.

Air tersebut boleh diminum begitu sahaja atau bersama madu. Rasanya memang pahit tetapi sangat berkhasiat kepada tubuh badan.

Untuk proses sangai pula, manjakani perlu disangai tanpa minyak. Kemudian, blend halus untuk dimakan sebagai jamu yang dibancuh dengan air suam. Amalkan setiap setiap hari dan perbanyakkan minum air.

Khasiat manjakani pada kesihatan

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa manjakani sangat kaya dengan tanniin, vitamin A dan C, kalsium, asid Gallic, serat, protein, dan karbohidrat.

Banyak kelebihan herban ini pada kesihatan organ intim serta penyakit yang berkaitan dengan wanita.

Antara khasiat manjakani pada kesihatan adalah seperti yang berikut

  • Untuk kesihatan mulut
  • Anti-bakteria
  • Sebagai antikulat
  • Sebagai antiradang
  • Aktiviti antioksidan
  • Untuk penyembuhan luka
  • Kesan antidiabetik
  • Untuk mengetatkan faraj wanita
  • Bagus untuk kesihatan tulang
  • Mencegah kanser payudara dan rahim
  • Merawat alat sulit wanita
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mencegah bau yang tidak diingini pada Miss V
  • Mengurangkan lendir pada Miss V
  • Melancarkan pembuangan air besar
  • Menegangkan dan mencantikkan kulit
  • Merawat kulit kering dan berminyak
  • Menegangkan kembali otot-otot dan dapat memperbaiki payudara yang kendur
  • Membantu mencegah kencing manis
Bagus Agus Ke Khasiat Manjakani? Apa Kata Kak KM | The KL Sky Clinic Official

Kesan sampingannya

Pengambilan herba ini tidak sesuai bagi ibu hamil atau yang sedang menyusukan bayi.

Ibu hamil yang menggunakan herba ini berisiko untuk mengalami keguguran khususnya pada 3 bulan pertama tempoh yang kritikal tersebut.

Begitu juga halnya bagi ibu yang menyusu kerana kandungan nutrisi pada manjakani boleh memberikan kesan buruk terhadap pengurangan penghasilan susu badan atau mengeringkan susu badan.

Justeru, adalah lebih baik untuk anda elak pengambilan manjakani atau apa-apa jenis herba semasa dalam fasa tersebut.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan biji manjakani dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan.

Sumber:

  1. Oak Gall Manjakani (Quercus Infectoria). Bionutricia Extract
  2. Manjakani- Apa Bendanya? Anim Agro Technology
  3. The Effect of Extract of Oak Gall for Vaginal Tightening and Rejuvenation in Women with Vaginal Relaxation. Open Journal of Obstetrics and Gynecology 
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut