Mandi Wajib Selepas Sahur / Azan Subuh – Bolehkah Berpuasa?

Mandi Wajib Selepas Sahur: Bolehkah Berpuasa & Apa Hukumnya?
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Mandi Wajib Selepas Sahur: Bolehkah Berpuasa & Apa Hukumnya?

Mandi wajib adalah salah satu kewajiban dalam agama dalam Islam yang wajib dilakukan dalam beberapa situasi, seperti setelah berhubungan suami istri, suci daripada haid, setelah mimpi yang mengakibatkan keluarnya mani dan sebagainya. 

Apabila tibanya bulan Ramadan, di mana umat Islam wajib berpuasa bermula daripada masuk waktu subuh sehingga terbenamnya matahari, muncul persoalan seperti: apakah hukum mandi wajib selepas sahur dan bolehkah berpuasa?

Jom baca penjelasan di bawah. 

BACA JUGA: 25 Ucapan Salam Ramadan & Selamat Menyambut Bulan Puasa 2024

Mandi Wajib Selepas Sahur Di Bulan Puasa : Penjelasan Dr Zulkifli

Menurut penjelasan yang diterangkan dalam laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum mandi wajib selepas terbit fajar pada bulan ramadhan disebabkan persetubuhan pada malam hari atau sebelum waktu fajar adalah diharuskan dan ianya tidak membatalkan puasa.

Daripada Aisyah dan Ummu Salamah R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

كَانَ يُدْرِكُهُ الفَجْرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ أهْلِهِ، ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW pernah mendapati fajar telah terbit dan ketika itu beliau dalam keadaan junub setelah bercampur dengan isterinya. Kemudian beliau mandi dan berpuasa.”

Riwayat al-Bukhari (1927) dan Muslim (1106). Hadis ini ialah hadis Muttafaq ‘alaih.

Syarat-syarat Sah Berpuasa

Terdapat enam syarat wajib puasa iaitu:

  1. Beragama Islam: Ibadah puasa hanya diwajibkan ke atas umat Islam
  2. Baligh: Umumnya, umur baligh bermula antara umur 9 dan 16 tahun bagi lelaki dan perempuan. Anak kecil yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, namun adalah sangat digalakkan untuk mengajari mereka untuk berpuasa.
  3. Berakal: Orang yang waras, mampu berfikir dan tidak gila.
  4. Bermukim: Orang musafir tidak diwajibkan berpuasa. Namun begitu sekiranya mereka memilih untuk tidak berpuasa, maka diwajibkan puasa yang ditinggalkan itu diganti.
  5. Suci dari haid dan nifas: Wanita dalam keadaan tidak suci kerana haid atau nifas tidak wajib berpuasa. Namun begitu, mereka wajib menggantikan puasa mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
  6. Kemampuan berpuasa: Islam tidak membebankan umatnya yang uzur, sakit dan tidak mampu untuk berpuasa. Namun begitu, mereka wajib menggantikan puasa mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Perkara Yang Membatalkan Puasa

  1. Makan dan minum. Batal sama ada sedikit atau banyak.
  2. Memasukkan sesuatu ke rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka.
  3. Sengaja muntah.
  4. Persetubuhan. Sekalipun tidak mengeluarkan air mani.
  5. Merancap. Yakni mengeluarkan air mani.
  6. Datang darah haid atau nifas.
  7. Gila dan murtad.

Kelebihan Berpuasa

  1. Dengan menahan diri dari perkara-perkara yang dilarang semasa berpuasa, seseorang dapat meningkatkan ketakwaannya dan mendekatkan diri kepada Allah.
  1. Berpuasa melatih seseorang untuk memiliki disiplin diri. Dengan menahan diri dari makan dan minum selama berjam-jam, seseorang belajar mengawal nafsu dan keinginan yang dapat membantu dalam mengembangkan kawalan diri yang lebih baik dalam kehidupan seharian.
  1. Puasa mempunyai pelbagai manfaat kesihatan fizikal, seperti membantu menurunkan berat badan, meningkatkan metabolisme, memperbaiki kadar gula darah, meningkatkan fungsi jantung, dan sebagainya. 
  1. Melalui puasa, seseorang dapat belajar mengenai sikap empati terhadap mereka yang kurang bernasib baik. 
  1. Dengan memberi tumpuan kepada ibadah dan meningkatkan kualiti spiritual, puasa dapat membantu memberikan ketenangan. 

Kelebihan-kelebihan ini boleh dirasai secara berbeza oleh setiap individu, tetapi secara keseluruhan, berpuasa merupakan amalan yang memberikan kesan positif yang signifikan dalam kehidupan seseorang.

RUJUKAN:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut