MamaKerja : Permohonan Insentif RM1000 Untuk Wanita Bekerja

Wah, untungnya! Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Insentif MamaKerja yang boleh meringankan beban wanita terutama bagi menampung kos penjagaan anak.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari, berkata ibu yang layak akan menerima insentif berjumlah RM1,000 secara ‘one off’.

Berikut dikongsikan syarat-syarat dan cara permohonan insentif ini.

Pengenalan Insentif MamaKerja

Insentif tunai RM1000 diperuntukkan untuk 5000 wanita Selangor, iaitu ibu yang bekerja bagi membantu meringankan beban penjagaan anak-anak.

Insentif ini bertujuan mengangkat martabat wanita bekerja yang mempunyai anak-anak berusia 12 tahun dan ke bawah.

Jumlah Insentif

Setiap pemohon yang layak akan menerima insentif sebanyak RM1000 sekaligus.

Kriteria / Syarat Kelayakan

  1. Wanita bekerja dan bermajikan.
  2. Merupakan rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun).
  3. Mengundi di Selangor.
  4. Berpendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah.
  5. Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  6. Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah.
  7. Bukan penerima bantuan ASUH PINTAR, TUNAS dan BINGKAS.

Tarikh Permohonan

Permohonan akan dibuka bermula 1 November 2023, jam 10.00 pagi.

Permohonan ini terhad kepada 5000 pemohon terawal yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Cara Permohonan Insentif MamaKerja 2023

Individu yang layak dan berminat boleh membuat permohonan melalui Aplikasi Selangkah atau melalui laman web rasmi MamaKerja (https://mamakerja.selangkah.my/ )

Dokumen penting yang perlu dimuatnaik untuk memohon adalah:

  1. Kad Pengenalan pemohon;
  2. Kad Pengenalan pasangan;
  3. MyKid atau Sijil Kelahiran anak / Sijil Pengangkatan;
  4. Salinan penyata gaji pemohon yang terkini;
  5. Salinan penyata gaji pasangan yang terkini atau pengesahan pendapatan
    sekiranya tiada slip gaji;
  6. Penyata KWSP pemohon terkini atau penyata EA;
  7. Salinan penyata bank;
  8. Dokumen pengesahan pengundi Selangor.
insentif wanita bekerja mamakerja

Tarikh Semakan / Penerimaan Bayaran

Keputusan permohonan akan dikeluarkan selepas tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan dihantar.

Penerima yang layak akan menerima bantuan tunai ke akaun masing-masing dalam tempoh 14 hari bekerja selepas status permohonan berjaya.

Soalan Lazim

Sila rujuk soalan lazim berkenaan insentif ini melalui lampiran poster di bawah:

insentif wanita bekerja mamakerja
insentif wanita bekerja mamakerja

Kenyataan Media – KERAJAAN SELANGOR BERI INSENTIF RM1,000 UNTUK SOKONG WANITA BEKERJA (26 OKTOBER 2023)

Kerajaan Negeri Selangor melancarkan Insentif MamaKerja yang melihat pelaksanaan perkara ke-4 dalam 5 Tekad, 100 Hari yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Insentif MamaKerja bertujuan mengangkat martabat wanita bekerja yang mempunyai anak-anak dan merupakan program baharu Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor yang dilaksanakan oleh EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat.

Bagi menjayakan program ini, RM1,000 akan diberikan kepada seramai 5,000 ibu bekerja bagi meringankan beban penjagaan anak-anak terutamanya dari segi kos. Itu menjadi dorongan penubuhan kerangka ekonomi penjagaan ataupun ‘care economy’ sebagai jawatankuasa baharu yang sedang direncanakan bagi menawarkan solusi mampan jangka panjang kepada aspek penjagaan anak-anak dan warga emas.

Hal ini demikian kerana sebahagian besar ibu terpaksa memilih antara menjaga anak ataupun bekerja disebabkan kos penjagaan di pasaran adalah tinggi.

Statistik terkini daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh di Selangor yang rendah iaitu 69.9 peratus berbanding lelaki sebanyak 83.5 peratus. Selain itu, Kajian Merdeka Centre dan The Asia Foundation di Selangor pada tahun 2020-2022 menunjukkan wanita bekerja menghadapi cabaraan kos penjagaan anak yang tinggi.

Justeru melalui tema “Selangor Penyayang: Memartabat Penjaga, Melindungi yang Dijaga”, insentif MamaKerja merupakan strategi yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan partisipasi wanita Selangor dalam tenaga buruh sekaligus mengiktiraf peranan wanita dalam menyumbang kepada kemajuan ekonomi negeri. Selain itu, insentif ini secara tidak langsung akan merangsang sektor penjagaan seperti taska, tadika dan transit yang menjadi sistem sokongan utama bagi wanita bekerja

SYARAT KELAYAKAN DAN CARA MEMOHON

Antara syarat kelayakan bagi memohon Insentif MamaKerja adalah seperti berikut:
a. Wanita bekerja dan bermajikan.
b. Merupakan rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun).
c. Mengundi di Selangor.
d. Berpendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah.
e. Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau
caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
f. Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah.
g. Bukan penerima bantuan ASUH PINTAR, TUNAS dan BINGKAS.

Permohonan bagi insentif MamaKerja akan dibuka pada 1 November 2023, jam 10.00 pagi, menerusi aplikasi Selangkah.

Pemohon perlu melengkapkan permohonan dengan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan iaitu:
a. Kad Pengenalan pemohon;
b. Kad Pengenalan pasangan;
c. MyKid atau Sijil Kelahiran anak / Sijil Pengangkatan;
d. Salinan penyata gaji pemohon yang terkini;
e. Salinan penyata gaji pasangan yang terkini atau pengesahan pendapatan
sekiranya tiada slip gaji;
f. Penyata KWSP pemohon terkini atau penyata EA;
g. Salinan penyata bank;
h. Dokumen pengesahan pengundi Selangor.

Penerima yang layak akan menerima bantuan tunai ke akaun masing-masing dalam tempoh 14 hari bekerja selepas status permohonan berjaya.

Maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini boleh didapati atau menerusi laman sesawang https://mamakerja.selangkah.my/. Sebarang pertanyaan berhubung insentif ini boleh diajukan kepada talian hotline Selcare 1-800-22-6600.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai tawaran harga terendah RM1 di Shopee melalui Super Seringgit

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai insentif ini, sila rujuk saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!