Maksud B40, M40, T20, Miskin Tegar – Kategori Pendapatan Terkini

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

MAKSUD PENGKELASAN ISI RUMAH MENGIKUT KATEGORI : MISKIN TEGAR, B40, M40 DAN T20

Apabila kerajaan mengumumkan tentang bantuan kewangan yang akan diberikan kepada rakyat Malaysia, Perdana Menteri sering gunakan istilah seperti miskin tegar, B40 dan M40.

@ecentral.my

Apa maksud B40, M40, dan T20 ni? Cuba korang tengok jadual agihan pendapatan paling latest ni. Korang dalam kategori yang mana? #b40 #m40 #t20 #agihanpendapatan #gaji

♬ Vlog ・ Chill out in the lounge at night(1279860) – Ninja Muzik Tokyo

Apakah maksud kategori Miskin Tegar, B40, M40 dan T20? Kita pula berada di kategori mana?

Jom kita kenali pengelasan isi rumah bagi rakyat Malaysia.

Maksud Pengkelasan Isi Rumah B40, M40 & T20

Mungkin ada yang telah familiar dengan istilah ini, di mana setiap isi rumah rakyat Malaysia boleh dikelaskan dalam salah satu kategori mengikut pendapatan bulanan.

PENGKELASAN ISI RUMAH BERDASARKAN PENDAPATAN

Pendapatan isi rumah bulanan penengah (min) bagi kumpulan:

  • B40: Terendah 40% atau bottom 40% 
  • M40: Kumpulan pertengahan 40% atau middle 40% 
  • T20: Kumpulan tertinggi 20% atau top 20%

Jumlah Pendapatan B40, M40 dan T20

Pada tahun 2022, purata pendapatan bulanan isi rumah ialah RM8,479, meningkat 2.4% setiap tahun berbanding RM7,901 pada tahun 2019.

Purata pendapatan ini mengambil kira isi rumah yang secara puratanya mempunyai 3.8 orang ahli, dengan purata 1.8 orang sebagai penerima pendapatan dalam sesebuah keluarga.

Pendapatan penengah pula ialah RM6,338 pada tahun 2022, mencatatkan peningkatan sebanyak 2.5% berbanding RM5,873 pada tahun 2019.

Ini menunjukkan bahawa separuh daripada isi rumah mempunyai pendapatan kurang daripada nilai ini. Negeri-negeri yang mempunyai pendapatan penengah tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM10,234), Putrajaya (RM10,056), dan Selangor (RM9,983)

Pembahagian isi rumah kepada tiga kumpulan pendapatan utama adalah seperti berikut:

  • B40 (40% terbawah): Pendapatan purata RM3,440, dengan julat sehingga RM5,249.
  • M40 (40% pertengahan): Pendapatan purata RM7,694, dengan julat antara RM5,250 hingga RM11,819.
  • T20 (20% teratas): Pendapatan purata RM15,867, dengan julat melebihi RM11,820​

Peningkatan purata dan penengah pendapatan menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik pada 2022, walaupun terdapat ketidaksamaan yang ketara antara kumpulan pendapatan.

Isi rumah dalam kumpulan B40 terus menghadapi cabaran ekonomi yang lebih besar, dengan pendapatan yang lebih rendah dan terhadnya akses kepada peluang untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Perbelanjaan isi rumah yang tinggi terutama dalam perumahan dan makanan turut memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah.

Purata perbelanjaan bulanan isi rumah pada tahun 2022 ialah RM5,150. Perbelanjaan tertinggi melibatkan perumahan, air, elektrik, gas, dan bahan api sebanyak 23.2%, diikuti oleh makanan dan minuman sebanyak 16.3%, serta pengangkutan sebanyak 11.3%

Pada tahun 2022, 6.2% daripada isi rumah berada di bawah kategori kemiskinan mutlak, menurun daripada 8.2% pada tahun 2021. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) juga meningkat kepada RM2,589, yang menjadi penanda aras untuk menilai kemiskinan di Malaysia.

Mohd Uzir berkata, bilangan isi rumah miskin tegar yang berpendapatan di bawah RM1,198 pula menurun kepada 0.2 peratus (18,445 isi rumah) berbanding 0.4 peratus pada 2019.

“Insiden kemiskinan mutlak pada 2022 membabitkan anggaran 487,576 isi rumah. Insiden kemiskinan di bandar meningkat daripada 3.9 peratus pada tahun 2019 kepada 4.5 peratus pada tahun 2022, manakala bagi kawasan di luar bandar pula mencatatkan penurunan daripada 12.4 peratus kepada 12.0 peratus pada tempoh yang sama,” katanya.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) via Astro Awani

Ringkasannya, dalam Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah, 2022 terkini yang dikeluarkan pada 28 Julai 2023, dinyatakan bahawa kategori pendapatan bagi B40, M40 dan T20 adalah seperti berikut:

  • B40 : RM5,250 ke bawah
  • M40 : Antara RM 5250 – RM11,819
  • T20 : RM11,820 ke atas
Maksud B40, M40, dan T20 / Sumber infografik : Jabatan Perangkaan Malaysia (2022)

Dalam data terdahulu (2019), pendapatan B40 terdiri daripada beberapa kumpulan kecil iaitu

  • B1 : RM2,500 ke bawah
  • B2 : RM2,501 – RM3,170
  • B3 : RM3,171 – RM3,970
  • B4 RM3,971 – RM4,850

Pendapatan M40 juga terdiri daripada beberapa kumpulan kecil iaitu:

  • M1 : RM4,851 – RM5,880
  • M2 : RM5,881 – RM7100
  • M3 : RM7,101 – RM8,700
  • M4 : RM 8,701 – RM10,970

Bagi pendapatan T20 pula, terbahagi kepada 2 iaitu

  • T1 : RM10,971 – RM15400
  • T2 : RM15,041 ke atas

Maksud Kategori Miskin Tegar

Golongan miskin tegar merujuk kepada individu yang berpendapatan bulan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Miskin tegar juga boleh termasuk dalam golongan rentan yang terdiri daripada wanita, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), orang miskin dan belia.

Terkini mengikut purata pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini bagi tahun 2022 adalah RM2,589 ke bawah.

Jika dipecahkan mengikut negeri, PGK bagi setiapnya adalah :

  • Johor : RM2,627
  • Kedah: RM2,271
  • Perak : RM2,297
  • Selangor : RM2830
  • Perlis : RM2,140
  • WP Labuan: RM2,576
  • Melaka : RM2,670
  • Pahang : RM2,480
  • Sabah : RM2742
  • Negeri Sembilan : RM2,402
  • Kelantan : RM2,297
  • Sarawak : RM2,618
  • Terengganu: RM 2,751
  • Pulau Pinang : RM2,250
  • WP Kuala Lumpur : RM2816
  • WP Putrajaya : RM2450

Terdahulu menurut JKM, kategori miskin ialah pendapatan ketua isi rumah (KIR) kurang daripada RM980 sebulan dan untuk miskin tegar pula mesti kurang daripada RM560 sebulan.

Jika anda tergolong dalam kategori ini, anda boleh mendaftar di e-Kasih untuk membolehkan anda menerima pelbagai bantuan dan manfaat daripada Program Bantuan anjuran Kerajaan dan Badan-badan berkaitan.

maksud b40 m40 t20

Sejarah Pengelasan Isi Rumah

Jika dibandingkan dengan tahun 2016, pendapatan isi rumah telah meningkat. Namun, kos sara hidup juga kian meningkat saban tahun. Oleh itu, kerajaan perlulah melihat pendapatan bulanan serta jumlah tanggungan isi rumah bagi memastikan bantuan dapat diberikan secara memadai.

Pada tahun 2020, kerajaan perincikan lagi kategori pengelasan isi rumah dengan menambah lagi 10 sub kategori.

Menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahad, perincian ini dilakukan bagi memastikan perancangan, pemantauan dan program yang lebih bersasar dapat dilaksanakan.

Ia juga bertujuan untuk mengurangkan jurang pendapatan antara isi rumah.

Seperti yang kita tahu, kos sara hidup pada setiap negeri adalah berbeza.

Oleh sebab itu, pendapatan isi rumah penengah juga tidaklah sama buat setiap negeri.

Contohnya bagi yang menetap di Selangor dan Kuala Lumpur, kos sara hidup tentunya lebih tinggi.

maksud b40 m40 t20

Kredit Foto : Jabatan Perangkaan Malaysia 

Baca juga : Residensi Prihatin: Program Rumah Pertama Golongan B40 di Wilayah Persekutuan

Adakah Pengkelasan Isi Rumah Dikemaskini Dari Semasa Ke Semasa?

Ya. Dalam beberapa tahun, banyak perkara boleh berubah termasuklah pendapatan isi rumah.

Buktinya dari tahun 2016 hingga 2020, kerajaan telah mengemaskini pengelasan isi rumah sebanyak 2 kali.

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia 

Oleh itu, kerajaan perlulah kemaskini maklumat ini bagi memastikan rakyat mendapat bantuan dan subsidi yang berpatutan.

Dengan perkongsian ini, anda dapatlah tentukan kategori isi rumah mengikut pendapatan bulanan isi rumah.

Ini juga bakal memudahkan anda untuk mengemukakan permohonan bantuan yang diumumkan oleh kerajaan.

Oleh sebab itulah bancian penting untuk diisi setiap tahun bagi mengemaskini data pendapatan bulan bagi rakyat Malaysia.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia di pautan berikut: https://www.dosm.gov.my/portal-main/pocket-stats

Atau emelkan sebarang pertanyaan anda melalui emel berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut