Maksud Emoji: Maksud Sebenar Emoji Yang Selalu Digunakan

maksud emoji
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sebahagian daripada kita suka menghantar mesej melalui telefon bimbit menggunakan emoji namun tahukah anda apa maksud emoji yang dihantar tersebut?

Kadang kala, setiap emoji mempunyai maksud yang berbeza daripada apa yang disangkakan oleh sesetengah individu.

Definisi Emoji

Emoji merupakan sistem di dalam telefon pintar yang dicipta untuk menggambarkan perasaan manusia.

Apabila teknologi telefon pintar kini semakin canggih, semakin banyak emoji dihasilkan yang menggambarkan perasaan dan tingkah laku manusia.

Namun, emoji juga kadang kala menggambarkan sifat dunia sebenar dan orang ramai lazimnya membuat kesimpulan maknanya melalui gambaran tersebut.

Kini, emoji yang digunakan dalam media sosial khususnya aplikasi WhatsApp merupakan satu cara yang paling mudah dan berkesan untuk menyampaikan mesej tanpa perlu penjelasan yang panjang.

Sejarah Emoji

Emoji sebenarnya bermula daripada emotikon yang dipopularkan daripada tulisan Jepun iaitu ‘kao’ (wajah) dan ‘moji’ (karektor) serta direpresentasikan dalam bentuk teks dengan menggunakan tanda baca, dan nombor.

Ianya mula diperkenalkan oleh Shigataka Kurita pada akhir tahun 1990-an untuk digunakan oleh pengguna telefon pintar buatan Jepun.

Kini bentuk emoji telah bertukar kepada kod universal American Standard Code for Information Interchange melalui kombinasi gambar, karektor, nombor dan huruf.

Emoji juga diguna pakai dalam semua bentuk perkakasan elektronik seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya sehingga menyebabkan emoji menjadi popular di seluruh dunia.

Penggunaan emoji bukan sahaja berlaku dalam perbualan digital, malah melangkaui e-mel, rangkaian media sosial, pesanan ringkas, panggilan telefon digital dan panggilan video.

Emoji yang popular digunakan mempunyai maksud yang tersendiri seperti berikut:

1- Emoji tanda ‘peace’

Sebenarnya, emoji ini bermaksud kemenangan seperti kita boleh menggunakan emoji ini untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak diminati yang telah menjaringkan gol.

2- Emoji wajah sedih

Ramai menganggap ianya merupakan emoji sedih tetapi ia sebenarnya bermaksud wajah yang sedang berasa lega, bukan bermaksud sedih atau kecewa.

3- Emoji The Shocked Face

Tanda X pada emoji ini nampak seperti seseorang yang sudah mati tetapi emoji ini menunjukkan reaksi terhadap sesuatu yang sangat mengejutkan.

4- Emoji Kemenangan

Menurut emojipedia, emoji ini dengan menandakan wap yang ditiup dari lubang hidung membawa makna satu kelegaan atau kemenangan, bukannya geram atau marah seperti mana yang selalu disalah anggap.

5- Emoji Muka Kecewa

Emoji ini seperti nampak wajah kecewa, tapi sebenarnya ia bermaksud baru berpenat lelah.

Titisan air itu berada di sisi wajah menandakan ia adalah peluh dan bukannya air mata.

6- Emoji ‘The Rockstar’

Emoji ini sebenarnya menunjukkan bentuk tanduk bukannya yang selalunya dipakai untuk aktiviti sukan terutamanya peluncur.

7- Emoji The Folded Hands

Lazimnya orang ramai menggunakan emoji ini untuk meminta maaf, namun emoji ini memberi makna bahawa seseorang itu sedang berdoa atau berharap.

8- Emoji Urut Kepala

Emoji ini membawa maksud seseorang itu ingin bersendirian dan bukannya sedang mengurut kepala.

9- Emoji Makanan Lazat

Emoji ini menunjukkan sesorang menikmati makanan yang lazat dan bukannya memberi reaksi kepada sesuatu yang ‘menggoda.’

10- Emoji Bowing Down

Emoji ini bermaksud hanya tunduk untuk menghormati atau meminta maaf di dalam budaya Jepun dan ia bukannya menunjukkan seseorang itu sedang memikirkan sesuatu.

11- Emoji Aiskrim

Emoji ini selalu dikaitkan dengan sesuatu yang kotor atau bermaksud ‘najis’ namun ia adalah emoji aiskrim.

12- Emoji The Japanese Ogre

Emoji ini bukannya bermaksud syaitan, hantu atau apa-apa topeng namun ia sebenarnya  seekor raksasa Jepun yang biasanya terdapat dalam seni dan kesusasteraan Jepun.

13- Emoji OK

Emoji ini adalah seorang wanita yang membuat isyarat OK menurut Unicode.

14- Emoji Menyerah

Emoji ini bukannya bermaksud penyembahan tetapi ianya bermaksud menyerah.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai emoji ini, sila baca di pautan:

Baca juga: Cara Buat Sticker WhatsApp, Contoh Sticker Menarik & Comel

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut