Sakit tekak merupakan gejala yang selalu di alami oleh kanak-kanak dan orang dewasa namun tahukah anda terdapat makanan untuk sakit tekak yang boleh mengurangkan sakit tersebut?
Sakit ini akan menyebabkan kesakitan dalam menelan dan seterusnya kurang pengambilan makanan dan air yang boleh membawa kepada dehidrasi.
Mengenai Sakit Tekak
Sakit tekak atau dalam Bahasa Inggerisnya sore throat merujuk kepada rasa sakit, kering dan gatal pada bahagian tekak yang boleh disebabkan oleh beberapa perkara.
Namun, sakit tekak tidak semestinya berlaku di bahagian tekak sahaja tetapi keradangan boleh berlaku di mana-mana struktur dalam rongga tekak.
Individu yang mengalami sakit ini mestilah berjumpa dengan doktor untuk memastikan sakit yang dialami tersebut tidak menjadi parah.
Simptom Sakit Tekak
Simptom sakit tekak yang lazimnya berlaku adalah seperti:
- Rasa terbakar
- Rasa sakit di bahagian tekak ketika bercakap
- Rasa sakit tekak ketika menelan sesuatu
- Pembukaan mulut yang terhad
- Pertuturan terganggu
- Sakit di bahagian tekak ketika menguap
- Tekak kelihatan merah
- Berdengkur dan sukar bernafas
- Tonsil menjadi bengkak
Punca Sakit Tekak
Kebiasaannya sakit tekak adalah disebabkan:
- Jangkitan virus yang menyebabkan keradangan pada tonsil, farinks atau larinks.
- Alahan hidung
- Pencemaran udara, habuk (seperti habuk kayu) atau bahan kimia
- Intubasi atau bendasing di tonsils atau farinks
- Ketumbuhan di bahagian tekak
Makanan Untuk Sakit Tekak
Makanan yang boleh diambil untuk sakit ini adalah seperti berikut:
1- Madu
Madu mempunyai sifat antibakteria dan antiradang yang boleh membantu melicinkan tekak dan mengurangkan keradangan.
2- Sup
Sup ayam panas menyediakan nutrien penting untuk memperkuatkan sistem imun badan.
Selain itu, rebusan ayam mengandungi asid amino yang dikenali sebagai cysteine yang boleh membantu menipiskan lendir dalam paru-paru.
3- Teh herba
Teh herba membantu mengurangkan keradangan dan memberi kelegaan kepada tekak.
Selain itu, teh herba panas juga boleh membantu melicinkan tekak daripada lendir berlebihan.
4- Pisang
Kandungan potasium dalam pisang membantu mengurangkan bengkak dan keradangan dalam tekak.
Selain kaya dengan vitamin B6, pisang juga membantu meningkatkan mood dan mengurangkan stres, yang boleh menjadi faktor penyumbang kepada sakit tekak.
5- Oatmeal
Oatmeal bersifat lembut dan mudah ditelan baik untuk mereka yang mengalami sakit tekak.
Ia juga mempunyai sifat antiradang yang boleh membantu mengurangkan kerengsaan pada tekak.
6- Telur Rebus
Makan telur rebus boleh memastikan seseorang mendapat protein tanpa mengganggu tekak yang sensitif.
Kandungan zink dan selenium dalam telur juga membantu meningkatkan sistem imun lalu mempercepatkan pemulihan sakit tekak.
7- Yogurt
Probiotik dalam yogurt juga membantu mengimbangkan bakteria baik dalam perut, yang penting untuk sistem pencernaan yang sihat.
8- Air Suam
Pengambilan air suam dengan kerap boleh membantu membersihkan tekak, mengurangkan keradangan dan memastikan tekak kekal lembap.
9- Jus Buah
Jus buah seperti epal atau oren kaya dengan vitamin C, yang boleh meningkatkan sistem imun dan membantu dalam pemulihan pantas.
Selain itu, antioksidan dalam jus buah turut membantu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan tisu dalam badan termasuk tekak.
10- Teh madu dan halia
Teh yang dicampur madu dan halia bukan sahaja memberikan kelegaan kepada tekak yang sakit, tetapi juga mempunyai sifat antiradang dan antibakteria.
Madu dikenali sebagai bahan semula jadi yang dapat melegakan sakit tekak, manakala halia membantu mengurangkan keradangan.
Gabungan kedua-duanya dalam secawan teh panas bukan sahaja menyegarkan tetapi juga membantu dalam pemulihan sakit tekak.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai makanan untuk sakit tekak, sila layari https://hellodoktor.com/keadaan-telinga-hidung-tekak/tekak/makanan-untuk-sakit-tekak/.
Baca juga: 10 Gula Gula Sakit Tekak Untuk Melegakan Sakit Tekak