Makanan untuk Melegakan Sakit Kepala: Tips Pemakanan Sihat

makanan untuk sakit kepala
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kali ini, mari lihat beberapa tips pemakanna dan jenis-jenis makanan untuk mengelakkan sakit kepala bagi sesetengah individu.

Sakit kepala boleh menjadi gangguan yang menyakitkan dan menjejaskan aktiviti harian dan ia boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti makanan, tekanan, dehidrasi, kurang tidur, ketegangan otot, atau perubahan hormon.

Selain ubat-ubatan, pemakanan juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan atau mencegah sakit kepala.

Beberapa jenis makanan dan nutrien tertentu telah dikaitkan dengan pengurangan kekerapan dan intensiti sakit kepala.

Penghidratan yang Mencukupi

Penghidratan yang Mencukupi

Selain makana, dehidrasi juga boleh menjadi pencetus sakit kepala.

Kekurangan cecair dalam badan boleh menyebabkan penyempitan saluran darah di otak, yang membawa kepada sakit kepala.

Oleh itu, memastikan tubuh sentiasa terhidrat adalah langkah pertama yang penting.

  • Air: Minum air yang mencukupi sepanjang hari adalah penting. Sasarkan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari, atau lebih jika anda aktif atau berada dalam cuaca panas.
  • Minuman Elektrolit: Jika anda mengalami sakit kepala selepas bersenam atau kehilangan banyak cecair, minuman elektrolit boleh membantu memulihkan keseimbangan garam dan mineral dalam badan.

Nutrien Penting

Beberapa nutrien dari makanan memainkan peranan dalam fungsi otak dan boleh membantu untuk mengurangkan sakit kepala:

  • Magnesium: Kekurangan magnesium telah dikaitkan dengan sakit kepala migrain. Makanan yang kaya dengan magnesium termasuk sayuran berdaun hijau (seperti bayam dan kale), kekacang, bijian (seperti biji labu dan biji bunga matahari), dan coklat gelap.
  • Riboflavin (Vitamin B2): Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan riboflavin yang tinggi boleh membantu mengurangkan kekerapan dan tempoh sakit kepala migrain. Sumber makanan yang baik termasuk daging tanpa lemak, telur, susu, badam, dan sayuran hijau.
  • Koenzim Q10: Antioksidan ini terlibat dalam pengeluaran tenaga sel dan mungkin bermanfaat untuk mencegah migrain. Ia boleh didapati dalam ikan berlemak, daging organ, dan bijirin penuh.

Artikel berkaitan: 8 Makanan Untuk Sakit Sendi : Nutrisi Harian Untuk Sendi Lebih Sihat

Makanan yang Mungkin Membantu

Selain nutrien tertentu, beberapa jenis makanan berikut mungkin membantu memberikan kelegaan untuk sakit kepala:

  • Ikan Berlemak: Ikan seperti salmon, tuna, dan mackerel kaya dengan asid lemak omega-3, yang mempunyai sifat anti-radang. Keradangan boleh menyumbang kepada sakit kepala, jadi memasukkan ikan berlemak dalam diet anda mungkin membantu.
  • Halia: Halia mempunyai sifat anti-radang dan anti-loya. Teh halia atau menambah halia segar dalam masakan anda boleh membantu meredakan sakit kepala, terutamanya yang disertai dengan loya.
  • Buah-buahan: Beberapa buah-buahan seperti ceri dan beri mengandungi sebatian antioksidan dan anti-radang yang boleh membantu mengurangkan sakit kepala.

Makanan / Minuman yang Perlu Dielakkan

sakit kepala elak kafein

Sesetengah makanan dan minuman boleh mencetuskan sakit kepala pada sesetengah individu dan oleh itu setiap individu mestilah mengenalpasti makanan yang boleh menyebabkan terjadinya sakit kepala supaya ianya dapat dielak.

Beberapa makanan atau minuman yang biasa menyebabka sakit kepala termasuklah:

  • Kafein Berlebihan atau berhenti pengambila kafein yang terlalu drastik: Walaupun sedikit kafein boleh membantu meredakan sakit kepala, pengambilan berlebihan atau berhenti secara tiba-tiba boleh menyebabkan sakit kepala penarikan.
  • Alkohol: Terutama wain merah, boleh mencetuskan sakit kepala pada sesetengah orang.
  • Makanan proses: Makanan yang mengandungi bahan tambahan seperti monosodium glutamat (MSG), nitrat, dan pemanis tiruan boleh menjadi pencetus sakit kepala.
  • Keju: Mengandungi tyramine, sebatian yang boleh mencetuskan sakit kepala migrain pada sesetengah individu.

Penting untuk diingat bahawa tindak balas terhadap makanan adalah berbeza antara setiap individu.

Mencatat diari makanan dan gejala sakit kepala anda boleh membantu anda mengenal pasti sebarang pencetu sakit kepala daripada makanan tertentu.

Walaupun perubahan diet boleh menjadi pelengkap yang berguna untuk pengurusan sakit kepala, adalah penting untuk berunding dengan doktor atau pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat yang lebih sesuai untuk diri anda.

Bila perlu berjumpa doktor

Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan. Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut:

  • Demam.
  • Pening kepala yang kuat pada umur melebihi 40 tahun.
  • Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
  • Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
  • Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
  • Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
  • Selepas kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala.
  • Kejang tengkuk/leher.
  • Khayal/lali.
  • Sawan.
  • Rasa lemah dan kebas.
  • Kabur penglihatan atau buta.
  • Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
  • Loya, muntah.
  • Hilang selera makan dan susut berat badan.
  • Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut