Menyimpan makanan dalam peti sejuk adalah amalan biasa untuk memastikan kesegarannya dan mencegah keracunan makanan namun tahukah anda berapa lama makanan tahan dalam peti sejuk?
Penting untuk mengetahui tempoh penyimpanan yang sesuai bagi setiap jenis makanan, kerana penyimpanan yang terlalu lama boleh menyebabkan penurunan kualiti dan risiko kesihatan.
Menyimpan makanan terlalu lama bukan sahaja boleh menyebabkan makanan rosak, malah meningkatkan risiko keracunan makanan.
Berikut adalah panduan mengenai tempoh penyimpanan makanan dalam peti sejuk dan peti sejuk beku, serta tips penyimpanan yang betul.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Ketahanan Makanan
Beberapa faktor mempengaruhi tempoh ketahanan makanan di dalam peti sejuk, antaranya:
- Jenis Makanan: Makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan akan rosak lebih cepat.
- Suhu Peti Sejuk: Suhu ideal peti sejuk adalah antara 1°C hingga 4°C. Suhu yang lebih tinggi boleh menyebabkan bakteria membiak dengan lebih cepat.
- Cara Penyimpanan: Makanan yang disimpan di dalam bekas kedap udara akan tahan lebih lama berbanding makanan yang dibiarkan terdedah.
- Kebersihan Peti Sejuk: Peti sejuk yang bersih akan mengurangkan risiko pencemaran bakteria.
Dengan mengamalkan penyimpanan makanan yang betul, kita dapat memastikan makanan sentiasa segar, mengelakkan keracunan makanan, dan mengurangkan pembaziran makanan.
Tips Penyimpanan Makanan yang Betul
Untuk memastikan makanan disimpan dengan selamat dan mengekalkan kualitinya, ikuti tips berikut:
- Periksa Suhu Peti Sejuk: Pastikan suhu peti sejuk berada pada 1°C hingga 4°C untuk memastikan makanan disimpan pada suhu yang selamat.
- Simpan Makanan Mengikut Zon dalam Peti Sejuk:
- Bahagian Chiller: Sesuai untuk makanan yang tidak perlu dimasak seperti yogurt, keju, dan makanan sisa.
- Bahagian Tengah: Sesuai untuk susu, jus, dan telur.
- Bahagian Ais (Freezer): Sesuai untuk menyimpan daging mentah, ikan, dan makanan laut.
- Pintu Peti Sejuk: Sesuai untuk sos, minuman, dan makanan yang tidak mudah rosak.
- Balut dan Simpan dalam Bekas Kedap Udara: Balut makanan dengan baik atau simpan dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan bau dan pencemaran silang.
- Jangan Letak Makanan Panas: Biarkan makanan sejuk sepenuhnya sebelum menyimpannya dalam peti sejuk untuk mengelakkan peningkatan suhu dalam peti sejuk, yang boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria.
- Label dan Tarikh: Labelkan setiap bekas dengan nama makanan dan tarikh ia disimpan untuk mengelakkan kekeliruan dan memastikan makanan digunakan dalam tempoh selamat.
- Susun Makanan Mengikut Tarikh: Letakkan makanan yang lebih lama di bahagian hadapan supaya ia digunakan dahulu sebelum yang baru.
- Elakkan Terlalu Padat: Jangan isi peti sejuk terlalu penuh kerana ini boleh menghalang aliran udara sejuk, menjadikan makanan lebih cepat rosak.
Tempoh Makanan Tahan Dalam Peti Sejuk
Adalah penting untuk mengetahui tempoh makanan tahan dalam peti sejuk bagi memudahkan anda merancang inventori simpanan makanan anda dan mengelakkan pembaziran.
Terdapat 2 bahagian utama dalam sesebuah peti sejuk iaitu iaitu peti sejuk dan sejuk beku dan secara umumnya menyimpan makanann dalam bahagian sejuk membolehkan makanan anda bertahan lebih lama jika dibandingka makanan tersebut disimpan dalam bahagin peti sejuk sahaja.
Berikut merupakan tempoh makanan tahan dalam peti sejuk mengikut kategori dan jenis makanan:
1. Daging
Makanan mentah seperti daging, ayam, dan ikan mempunyai tempoh ketahanan yang berbeza:
- Lembu: 3 – 5 hari di bahagian sejuk biasa, 6 – 12 bulan di bahagian beku.
- Kambing: 3 – 5 hari di bahagian sejuk biasa, 6 – 9 bulan di bahgin beku
- Ayam: 1 – 2 hari di bahagian sejuk biasa, 9 – 12 bulan di bahagian beku.
2. Ikan
- Dicuci bersih: 1 – 2 hari di bahagian sejuk biasa, 2 – 3 bulan di bahagian beku.
3. Buah-buahan dan Sayur-sayuran
- Kacang, sayur hijau: (Segar) 3 – 4 hari di bahagian sejuk biasa, 8 bulan di bahagian beku.
- Lobak merah: 2 minggu di bahagian sejuk biasa, 10 – 12 bulan di bahagian beku.
- Saderi: 1 minggu di bahagian sejuk biasa, 10 – 12 bulan di bahagian beku.
- Salad: 3 – 7 hari di bahagian sejuk biasa, tidak sesuai disimpan di bahagian beku.
- Tomato: 2 – 3 hari di bahagian sejuk biasa, 2 bulan di bahagian beku.
- Bayam: 1 – 2 hari di bahagian sejuk biasa, 10 – 12 bulan di bahagian beku.
- Buah-buahan: Kebanyakan buah boleh bertahan 5-7 hari di bahagian sejuk biasa. Namun, buah-buahan seperti beri hanya bertahan 2-3 hari.
Baca lagi: 11 Makanan Sahur Yang Mengenyangkan & Tahan Lama
4. Produk Tenusu
Produk seperti susu, keju, dan yogurt mempunyai tempoh ketahanan yang lebih pendek:
- Susu: 5-7 hari selepas dibuka. 4 – 7 hari di bahagian sejuk biasa, 3 bulan di bahagian sejuk beku.
- Keju: 6 minggu di bahagian sejuk biasa, tidak sesuai di bahagian sejuk beku.
- Yogurt: 1-2 minggu di bahagian sejuk biasa,1 – 2 bulan di bahagian sejuk beku.
- Mayonis: 3 – 4 bulan di bahagian sejuk biasa, tidak sesuai di bahagian sejuk beku.
5. Telur
- Belum dipecahkan: 4 – 5 minggu di bahagian sejuk biasa, tidak sesuai di bahagian beku.
- Direbus: 1 minggu di bahagian sejuk biasa, tidak sesuai di bahagian beku.
- Kuning telur: 2 – 4 hari di bahagian sejuk biasa, tidak sesuai di bahagian beku.
- Putih telur: 2- 4 hari di bahagian sejuk biasa, 12 bulan di bahagian beku
6. Lauk-pauk
- Daging, telur, sup, sayur: 4 – 7 hari di bahagian sejuk biasa, 2- 3 bulan di bahagian sejuk beku.
- Makanan berkuah: 1 – 2 hari di bahagian sejuk biasa, 2- 3 bulan di bahagian sejuk beku.
- Ikan: 3 – 4 hari di bahagian sejuk biasa, 4 – 6 bulan di bahagian sejuk beku.
- Ayam: 3 – 4 hari di bahagian sejuk biasa, 1- 3 bulan di bahagian sejuk beku.
- Piza: 3 – 4 hari di bahagian sejuk biasa, 1 – 2 bulan di bahagian sejuk beku.
7. Sosej
- Belum dibuka: 2 minggu di bahagian sejuk biasa, 1 – 2 bulan di bahagian sejuk beku.
- Dibuka dari plastik: 1 minggu di bahagian sejuk biasa.
8. Makanan yang Telah Dimasak
Makanan yang telah dimasak boleh disimpan selama 3-4 hari di bahagian sejuk biasa. Untuk tempoh lebih lama, makanan ini boleh dibekukan sehingga 2-6 bulan bergantung kepada jenisnya.