Makanan Hatyai – Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Makanan Hatyai – Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!

Hatyai sememangnya syurga makanan bagi pelancong yang gemar mencuba pelbagai jenis makanan. Terdapat banyak pilihan makanan tempatan yang tidak boleh dilepaskan apabila berkunjung ke Hatyai. 

Bagi pelancong Muslim, jangan risau. Pilihan makanan halal di Hatyai memang banyak sangat dan mudah didapati. Di mana-mana ada makanan halal, sedap murah dan autentik!

Untuk memudahkan anda memilih restoran makanan Hatyai yang halal dan wajib dicuba, berikut dikongsikan beberapa pilihan restoran makanan Hatyai yang halal dan mesra Muslim. 

Jom baca!

BACA JUGA: 10 Tempat Menarik Di Bangkok yang Wajib Dikunjungi

1. Kai Tod Decha

Restoran Halal Kai Tod Decha di Hatyai merupakan salah satu tempat makan yang terkenal dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan, khususnya bagi penggemar makanan Thai. 

Lokasinya amat strategik, berdekatan lapangan terbang Hatyai. Ini menjadikannya pilihan tempat makan yang paling ideal sebaik sahaja tiba di Hatyai. 

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: Kai-Tod Decha (Bangloh) Chee Uthit Branch

Restoran ini popular dengan menu ayam goreng Thainya yang sangat sedap. Selain itu, menu lain yang menjadi pilihan ramai ialah Tom Yum, nasi khao mok dan sotong goreng tepung. Terdapat juga pelbagai pilihan makanan laut dan sayur-sayuran yang boleh anda cuba apabila berkunjung ke sini. 

Purata kos setiap hidangan berada dalam lingkungan 60-150 baht. Memang berpatutan, dan sedap!

2. Restoran Hamid Hatyai

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: Hamid Restaurant Hatyai
Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: Hamid Restaurant Hatyai

Restoran Hamid ini pemiliknya memang Muslim, jadi status halal makanan nya memang tidak diragukan lagi, inshaAllah. Restoran ini juga salah satu port makan popular di Hatyai untuk mereka yang mencari makanan Hatyai yang halal dan sedap.

Ia menawarkan pelbagai jenis makanan Thai, hidangan fusion, dan pencuci mulut yang lazat. Harga hidangan adalah sekitar 85-200 baht. 

Wajib cuba!

3. Dapor Muslim

Port makan di Hatyai yang halal seterusnya ialah Dapor Muslim. Restoran ini menjadi pilihan utama bagi pengunjung Muslim yang ingin menikmati hidangan autentik Thai dan makanan tempatan tanpa perlu bimbang tentang status halal. 

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: Dapor Muslim (ครัวมุสลิม)

Terletak berhadapan dengan stesen kereta api Hat Yai, restoran sederhana ini menawarkan pelbagai makanan Hatyai yang menarik seperti kerang bakar, ikan siakap masam, mi sup dan macam-macam lagilah. Di sini juga ada disediakan bilik solat. Bolehlah singgah solat sambil pesan makanan. 

4. Khlong Hae Floating Market

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: Khlong Hae Floating Market

Kalau pergI Thailand tak singgah pasar terapung memang tak lengkaplah percutian anda. Pasar terapung Khlong Hae ini merupakan salah satu tarikan utama di Thailand, di mana para peniaga menjual pelbagai jenis makanan dan barangan dari bot-bot kecil di atas sungai.

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: Khlong Hae Floating Market

Selain itu, ia juga merupakan port makanan halal. Anda boleh menikmati pelbagai makanan jalanan halal di sini seperti mi som tam, khao yam, phad thai, khanon mod, tom yam seafood, takoyaki, air kelapa segar dan sebagainya. 

Harga makanan juga berpatutan, biasanya antara 20 hingga 100 baht sahaja. Sambi membeli makanan, anda boleh berjalan-jalan di sekitarnya dan menyaksikan suasana pasar terapung yang meriah. 

5. Restoran Khlong Hae Buffet Seafood Halal Steamboat

Bagi penggemar steamboat, restoran ini menawarkan pelbagai pilihan makanan laut segar dan bahan-bahan lain untuk steamboat anda, semuanya dijamin halal!

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: Khlong Hae Buffet Seafood Halal

Dengan harga lebih kurang 299 baht per seorang, pelanggan boleh makan sepuasnya dengan harga yang berpatutan. 

Restoran ini terletak berhampiran dengan Khlong Hae Floating Market, jadi anda boleh singgah ke sini sekiranya ingin merasai makanan laut dan sedia ada yang ditawarkannya. 

6. Ayutthaya Noodle Halal Hatyai

Terkenal dengan hidangan boat noodle yang autentik, Ayutthaya Noodle Halal menawarkan pengalaman makan mi yang unik untuk setiap pengunjungnya. 

Ada pelbagai rasa yang anda boleh cuba seperti kari dan tomyam. Selain itu, pelanggan boleh memilih antara daging lembu atau ayam untuk mengiringi hidangan mi mereka.

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: ก๋วยเตี๋ยวเรืออยุธยาฮาลาล Ayutthaya Noodle Halal

Berbeza dengan konsep mangkuk kecil yang biasa dilihat di Malaysia, hidangan mi di sini disajikan dalam portion besar dan dipenuhi dengan daging. Harga berpatutan, bermula dari 70 baht sehingga lebih kurang 100 baht (RM13).

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: ก๋วยเตี๋ยวเรืออยุธยาฮาลาล Ayutthaya Noodle Halal

Selain mi, ada juga menu yang lain yang anda boleh cuba seperti nasi goreng, roti-roti, tomyam Thai dan sebagainya. Jangan lupa singgah tau!

7. Dimsum Chabura Hatyai

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: Dimsum Chabura Hatyai

Teringin nak makan dimsum halal di Thailand, singgahlah di Dimsum Chabura. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis dimsum halal yang lazat, menjadikannya tempat ideal untuk sarapan atau makan tengah hari yang ringan.

Pengunjung boleh memilih dari menu atau mengambil sendiri pilihan dimsum yang diingini dan menghantarnya ke kaunter untuk dipanaskan. 

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: Dimsum Chabura Hatyai

Nak makan dimsum, tapi nak juga makan makanan lain? Jangan risau. Di sini juga ada menjual pelbagai jenis hidangan lain. Contohnya nasi goreng, spaghetti, pulut mangga, dumpling, pad kra pao dan sebagainya.

Restoran ini sering menjadi tumpuan ramai, terutama untuk sarapan pagi. Jadi pastikan anda datang awal. Lokasinya berdekatan dengan 7-Eleven, memudahkan pengunjung untuk mendapatkan snek tambahan setelah menikmati dim sum.

8. Gu Roti ChaChak

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: Tourism Authority of Thailand

Gu Roti Cha Chak adalah salah satu kedai makanan Hatyai yang halal dan cukup popular di Thailand. Ia terkenal dengan hidangan pelbagai jenis seperti roti kosong, roti telur, foytong roti, roti salad,  roti pisang, dan sebagainya. Teh tarik Thai (cha chak) adalah pelengkap yang anda wajib cuba disini. 

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: Gu Roti ChaChak

Kedai ini menarik perhatian pengunjung, terutamanya pelancong Muslim, kerana ia menawarkan hidangan halal yang lazat dengan suasana yang santai dan selesa. Servis pun boleh tahan laju. 

Menu lain turut ada dijual di sini selain roti, contohnya seperti lekor, tomyam, kentang goreng, lauk pauk dan sebagainya. 

9. Greenway Food Station

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: Greenway Food Station (กรีนเวย์ฟู้ดสเตชั่น)

Sebuah lagi pilihan port makan halal di Hatyai yang cukup terkenal dan menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa adalah Greenway Food Station. 

Restoran ini terletak di 1406 3 Kanjanavanich Road, Hatyai, restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 5 petang hingga 10 malam, kecuali pada hari Isnin. 

Di Greenway Food Station, terdapat banyak gerai makanan yang menawarkan pilihan halal, menjadikannya destinasi ideal untuk pengunjung Muslim. 

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: Greenway Food Station (กรีนเวย์ฟู้ดสเตชั่น)

Antara makanan Hatyai halal yang boleh dinikmati di sini termasuk ayam goreng thai, nasi goreng, pad thai, sate ayam dan daging thai, som tam (kerabu betik), pelbagai pilihan makanan laut serta pencuci mulut seperti pulut mangga, roti pisang dan kuih-muih manis. 

10. SA-BIANG Café & Cuisine

Port makanan Halal di Hatyai yang seterusnya ialah SA-BIANG Café & Cuisine. Kafe halal ini menawarkan suasana santai dengan menu yang pelbagai, sesuai untuk mereka yang mencari tempat makan yang lebih moden dan selesa. 

Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 8:00 pagi hingga 9:00 malam, menjadikannya pilihan yang ideal untuk anda singgah sarapan, makan tengah hari, atau makan malam. 

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: ร้านสะ-เบียงฮาลาล SA-BIANG Café & Cuisine : HALAL
Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: ร้านสะ-เบียงฮาลาล SA-BIANG Café & Cuisine : HALAL

Menu di SA-BIANG merangkumi pelbagai hidangan Thai yang autentik, termasuk nasi dan pelbagai lauk-pauk yang boleh dinikmati secara berkongsi. Harga hidangan adalah berpatutan, dan restoran ini mengutamakan penggunaan bahan-bahan segar.

11. Lae Pha Cafe (Chestnut Hill Eco Resort) @ Hatyai

Kalau nak makan makanan Hatyai sambil ‘healing’, anda boleh singgah di Lae Pha Cafe ini. Kafe unik ini menawarkan pengalaman makan yang tenang di tengah-tengah alam semula jadi. 

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: แลผาคาเฟ่ @ Chestnut Hill Eco Resort

Terletak di kawasan perbukitan, kafe ini menawarkan pemandangan alam semulajadi yang indah, memberikan suasana santai yang jauh daripada kesibukan bandar.

Kafe ini terkenal dengan hidangan yang menekankan konsep makanan sihat dan segar. Ada banyak pilihan makanan tempatan yang anda boleh cuba di sini. Pizza pun ada!

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: แลผาคาเฟ่ @ Chestnut Hill Eco Resort

Bukan itu sahaja, Lae Pha Café ini juga terkenal dengan kopi organik yang dihasilkan menggunakan biji kopi tempatan. Selain itu, kafe ini juga menyediakan teh herba dan jus buah-buahan yang dihasilkan daripada buah tempatan yang segar.

Harga makanan dan minuman di sini adalah sedikit lebih tinggi berbanding kafe biasa, tetapi berpatutanlah untuk pengalaman makan di kawasan ekopelancongan. 

NOTA: Bagi pengunjung Muslim yang ingin memastikan hidangan yang diambil adalah halal, disarankan untuk bertanya kepada pihak kafe mengenai status halal bahan-bahan yang digunakan, terutamanya yang berasaskan daging. 

12. Pakalooza Cafe

Pakalooza Cafe juga salah satu pilihan kafe sebuah kafe yang terletak di Hat Yai, Thailand, dan terkenal dengan suasana santai serta pilihan makanan Hatyai yang menarik. 

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber:  Pakalooza Cafe

Kafe ini menawarkan pelbagai hidangan yang sesuai untuk sarapan, makan tengah hari, dan snek, termasuk pilihan makanan halal. Antara menu popular di Pakalooza termasuk pelbagai jenis kopi, smoothie, dan hidangan ringan seperti sandwich dan salad.

13. HLNG Cafe @ Phatthalung

HLNG Cafe @ Phatthalung juga antara restoran halal di Thailand yang terkenal dengan hidangannya yang lazat dan landskap tamannya yang cantik. 

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: HLNG Cafe @ Phatthalung

Menu popular di kafe ini termasuk burger, donat, nasi goreng dan pelbagai lagi pilihan dessert serta makanan berat yang menyelerakan.

Satu lagi tarikan utama di HLNG Cafe adalah coconut shake. Minuman ini dihasilkan dari kelapa muda segar yang dicampur dengan susu dan ais, memberikan rasa yang creamy dan menyegarkan. Memang padu!

14. Asean Night Bazaar Hatyai

Asean Night Bazaar pula menawarkan pelbagai pilihan makanan jalanan Hatyai yang anda boleh cuba. Ia merupakan tempat makan halal di Hat yang ideal untuk diteroka cita pada waktu malam.

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: Tripadvisor

Antara makanan Hatyai yang halal anda boleh beli di sini ialah miang kham, telur sotong, ubi keledek, sate, pad thai, tomyam, colek buah, pulut mangga,  dan macam-macam lagi! Hampir semua makanan jual dekat sini halal tau. 

15. Bangbao Halal Food

Bangbao Halal Food menawarkan suasana yang selesa dan mesra, menjadikannya tempat makan yang sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul. 

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: Bangbao Halal Food

Di sini, pengunjung dapat menikmati pelbagai pilihan makanan Hatyai yang halal. Ada tomyam, sup daging, makanan berlauk dan sebagainya. Harganya pun murah-murah. 

16. Nomjeen Na Phuket@Hatyai

Nomjeen Na Phuket juga salah satu restoran halal yang terletak di Hatyai, Thailand. Restoran ini terkenal dengan hidangan tradisional Thailand yang dihidangkan dengan rasa autentik, khususnya menu mi “nomjeen”.

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: Nomjeen Na Phuket@Hatyai

Salah satu menu popular di sini ialah Kanom Jeen atau Siamese Laksa. Kalau order ni dapat ‘sebakul’ ulam-ulamannya. Memang terbaik!

Selain itu, anda juga boleh mencuba Nasi Goreng Thailand, Tom Yum, sup pedas dan masam, Pad Thai, Larb (salad daging tradisional yang pedas, yang sering dihidangkan dengan herba segar dan limau nipis), dan sebagainya. 

17. Kaitod Meena

Selain Kaitod Decha, Kaitod Meena juga salah satu pilihan kedai makan halal di Hatyai yang menjual ayam goreng Thai. 

Makanan Hatyai - Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Sumber: Kaitod Meena

Restoran ini sering menjadi tumpuan pengunjung kerana ayam gorengnya yang rangup di luar tetapi lembut di dalam, dengan perapan rempah yang memberikan rasa autentik Thai. 

Selain ayam goreng, terdapat pelbagai menu lain seperti nasi, som tam (salad betik), dan sup tom yum, yang semuanya sedap dan sesuai dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan.

18. Kak Yah Sup Kawah/Ka Yoh Jao Kao halal Restaurant

Kak Yah Sup Kawah merupakan salah satu gerai makanan halal yang popular di Hatyai. Seperti namanya, gerai ini memang terkenal dengan sup kawahnya yang kaya dengan rasa rempah ratus Thai. 

Sumber: Ka Yoh Jao Kao halal Restaurant

Gerai ini sering menjadi pilihan pelancong dari Malaysia kerana status halalnya serta rasa yang cukup memenuhi citarasa tempatan. 

Sup kawahnya biasanya terdiri daripada daging lembu yang dimasak empuk dalam kuah yang beraroma, bersama pelbagai ramuan seperti serai, lengkuas, dan daun limau purut.

Sumber: Ka Yoh Jao Kao halal Restaurant

Selain sup kawah, Kak Yah Sup Kawah juga menawarkan beberapa hidangan lain yang popular seperti nasi campur dan pelbagai lauk-pauk tempatan. 

Bagi yang mencari makanan tradisional Thai di Hatyai, Kak Yah Sup Kawah adalah salah satu tempat yang wajib dicuba!

Kesimpulan

Mencari makanan halal di Hatyai tidak susah mana pun. Ada banyak restoran halal yang boleh didapati terutamanya di kawasan-kawasan “tourist spot”.  Selain rasanya yang sedap, kebanyakan restoran juga mengenakan harga yang berpatutan. 

Sebenarnya ada banyak lagi kedai makanan Hatyai yang halal belum termasuk dalam senarai di atas ni. Ada masa nanti, pihak kami akan kemaskini sambung lagi senarai di atas untuk rujukan semua ya.

Akhir kata, selamat menikmati percutian anda di Hatyai!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut