Luas Bulatan: Formula & Cara Pengiraan

luas bulatan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Untuk mengira luas bulatan, terdapat cara pengiraan yang perlu diketahui oleh murid jika menjawab soalan berkaitan ini.

Sebelum mengira luas bentuk ini, adalah penting untuk mengetahui formula pengiraan bentuk ini.

Maksud Bulatan

Bulatan merupakan satu set titik yang sama jarak dari satu titik tetap atau pusat bulatan.

Jadi, bulatan ialah lokus bagi suatu titik yang bergerak supaya jaraknya dari satu titik tetap adalah sentiasa sama.

Bahagian Bulatan

Terdapat beberapa bahagian bulatan:

  • Pusat bulatan ialah suatu titik tetap dalam bulatan yang berjarak sama dari semua titik pada lilitan bulatan.
  • Lilitan bulatan ialah sempadan sebuah bulatan.
  • Jejari ialah garis lurus atau panjang garis lurus dari  pusat bulatan ke sebarang titik pada lilitan bulatan itu.
  • Diameter ialah garis lurus  atau panjang  garis lurus yang menyambungkan sebarang dua titik pada lilitan bulatan dan melalui pusat bulatan itu.
  • Perentas ialah garis lurus yang  menyambungkan sebarang dua titik pada lilitan bulatan.

Sektor ialah rantau dalam bulatan yang dibatasi oleh dua jejari dan lengkok bulatan.

  • Sektor minor ialah rantau yang lebih kecil daripada separuh luas bulatan.
  • Sektor major ialah rantau yang lebih besar daripada separuh luas bulatan.

Tembereng ialah rantau dalam bulatan yang dibatasi oleh satu lengkok dan satu perentas.

  • Tembereng major ialah rantau yang lebih besar daripada separuh luas bulatan.
  • Tembereng minor ialah rantau yang lebih kecil daripada separuh luas bulatan.

Semi bulatan ialah rantau yang dibatasi oleh diameter dan lengkok bagi suatu bulatan.

Sukuan bulatan ialah satu per empat daripada suatu bulatan.

Formula Pengiraan

Formula pengiraan luas bulatan ini adalah seperti berikut:

Luas bulatan = ๐… j2 atau ๐›‘ x j ร— j

๐œ‹ 22/7

Contoh Pengiraan

Contoh pengiraan bagi bentuk ini adalah seperti berikut:

1- Cari luas sebuah bulatan yang mempunyai jejari 5 cm.

Formula = ๐… j2

๐œ‹ 22/7

22/7 x 5 x 5 = 78.57 cm

2- Diberi luas bulatan ialah 616 cm2

Formula = ๐… j2

๐œ‹ 22/7

616 = 227 x j2

616 รท 22/7 = j2

โˆš j2 = โˆš 196

j = โˆš 196

j = 14

Info Lanjut

Info lanjut mengenai luas bentuk ini, sila layari tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=720rcUzw1yk

Baca juga: Luas Trapezium: Formula & Cara Pengiraan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut