Lobak merah (Daucus carota) adalah sayuran akar yang popular kerana rasanya yang manis dan pelbagai khasiat kepada kesihatan.
Ia berasal dari keluarga Apiaceae dan dikenali dengan warna jingga terang, walaupun terdapat variati lain seperti ungu, kuning, putih dan merah. Rasa lobak merah cenderung manis dan bertekstur ranggup apabila dimakan mentah.
Lobak merah kaya dengan nutrisi penting seperti beta-karoten, serat, vitamin A, K1, C, dan antioksidan lain. Beta-karoten ialah sebatian yang memberikan warna jingga pada lobak merah dan berfungsi sebagai prekursor vitamin A, yang penting untuk kesihatan mata, imuniti, dan kulit.
Sayuran ini juga selalu digunakan dalam pelbagai masakan, termasuk salad, sup, jus, dan makanan panggang. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tentang 15 khasiat lobak merah kepada kesihatan tubuh badan.
Baca juga:
- 15 Khasiat Kacang Kuda Untuk Kesihatan Tubuh
- Keto Diet : Manfaat, Keburukan & Cara Diet Yang Betul
- Bawang Putih : Kandungan Nutrisi, Khasiat & Kegunaan
1. Menyokong Kesihatan Mata
Lobak merah kaya dengan beta-karoten, sebatian yang ditukar oleh tubuh. menjadi vitamin A. Vitamin A sangat penting untuk kesihatan retina mata dan membantu mencegah rabun malam.
Kajian oleh American Academy of Ophthalmology menunjukkan bahawa pengambilan makanan kaya beta-karoten dapat mengurangkan risiko degenerasi makula berkaitan usia dan katarak.
2. Menyokong Sistem Imun
Beta-karoten dalam sayur ini juga berfungsi sebagai antioksidan yang membantu meningkatkan imuniti tubuh.
Selain itu, kandungan vitamin C dalam lobak merah menyokong penghasilan sel darah putih, yang merupakan barisan hadapan dalam melawan jangkitan.
3. Membantu Kesihatan Kulit
Vitamin A dan antioksidan dalam sayur ini membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV.
Selain itu, ia juga membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan tompok hitam. Kajian mendapati bahawa makanan kaya beta-karoten membantu meningkatkan keanjalan kulit dan memberikan kulit wajah yang berseri.
4. Menurunkan Risiko Penyakit Jantung
Lobak mengandungi serat larut, yang membantu menurunkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Menurut kajian European Journal of Nutrition, pengambilan lobak merah secara konsisten dapat menurunkan risiko serangan jantung.
5. Menyokong Kesihatan Sistem Pencernaan
Kandungan serat dalam sayur ini membantu melancarkan sistem pencernaan dan mencegah sembelit.
Sebiji lobak merah dengan saiz sederhana mengandungi 1.7 g serat atau antara 5–7.6% daripada keperluan harian seseorang (bergantung jantina dan umur). Manakala, 1 cawan lobak merah yang dicincang mengandungi 3.58 g serat.
Serat prebiotik dalam lobak juga menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus, yang penting untuk keseimbangan mikrobiota usus.
6. Membantu Mencegah Kanser
Lobak mengandungi falcarinol, sejenis sebatian yang menunjukkan sifat antikanser. Kajian oleh Nutrition and Cancer mendapati bahawa, falcarinol membantu menghalang pertumbuhan sel kanser, terutamanya kanser usus besar dan payudara.
7. Menyokong Kesihatan Otak
Di samping iti, lobak juga mengandungi luteolin, sejenis flavonoid yang mempunyai sifat anti-radang. Luteolin membantu melindungi otak daripada keradangan, meningkatkan memori, dan mengurangkan risiko penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer.
Kajian oleh Frontiers in Aging Neuroscience menunjukkan bahawa luteolin dalam lobak merah meningkatkan fungsi kognitif.
8. Mengawal Paras Gula Darah
Dengan indeks glisemik yang rendah, lobak adalah pilihan yang sesuai untuk pesakit diabetes. Antioksidan dalam lobak merah membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan mengawal paras gula darah.
Menurut kajian, diet rendah GI yang termasuk lobak merah dapat mengurangkan risiko komplikasi diabetes.
9. Menyokong Kesihatan Tulang
Bagi yang ada masalah tulang atau mahukan kesihatan tulang berpanjanga, makan lobak adalah alternatif yang terbaik.
Hal ini kerana, lobak kaya dengan vitamin K, kalsium, dan fosforus, yang semuanya penting untuk kesihatan tulang. Vitamik K membantu dalam pembekuan darah dan pembentukan tulang, manakala kalsium dan fosforus memastikan tulang kekal kuat dan padat.
10. Meningkatkan Kesihatan Hati
Antioksidan dalam lobak membantu melindungi hati daripada kerosakan akibat radikal bebas dan toksin.
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan lobak merah secara berkala dapat membantu menurunkan tahap enzim hati yang tinggi, yang merupakan petunjuk kepada kesihatan hati yang lebih baik.
11. Membantu Penurunan Berat Badan
Rendah kalori tetapi tinggi serat, lobak membantu memberikan rasa kenyang lebih lama. Ini menjadikannya makanan yang sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Kandungan air yang tinggi dalam lobak merah juga membantu menghidrat tubuh.
12. Meningkatkan Kesihatan Mulut dan Gigi
Mengunyah lobak merah mentah membantu merangsang pengeluaran air liur, yang berfungsi sebagai pembersih semula jadi untuk mulut. Lobak merah juga mengandungi mineral yang membantu menguatkan enamel gigi.
13. Membantu Mencegah Anemia
Kandungan zat besi dan vitamin C dalam lobak merah membantu meningkatkan penyerapan zat besi, sekaligus mencegah anemia.
Vitamin C juga berperanan dalam meningkatkan penghasilan sel darah merah.
14. Menyokong Kehamilan yang Sihat
Lobak merah mengandungi folat, yang penting untuk perkembangan janin untuk mencegah kecatatan tiub saraf.
Vitamin A dalam lobak merah juga menyokong perkembangan organ-organ utama janin, termasuk mata dan kulit.
15. Menyokong Detoksifikasi Tubuh
Serat dalam lobak merah membantu membersihkan saluran pencernaan daripada toksin. Selain itu, kandungan antioksidan seperti beta-karoten dan vitamin C membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam tubuh, menyokong proses detoksifikasi semula jadi.
Kesimpulan
Kesimpulannya, lobak merah bukan sekadar sayuran biasa. Ia adalah makanan super yang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan dan kecantikan. Dengan kandungan nutrisi yang kaya seperti beta-karoten, serat, vitamin A, C, dan K, lobak merah membantu menyokong kesihatan mata, kulit, hati, otak, dan banyak lagi.
Anda boleh mempelbagaikan penyediaan sayuran ini dalam pelbagai cara seperti makan mentah, kukus, bakar, rebus, atau dijadikan sebagai bahan dalam sup atau rebusan. Namun makan secara mentah atau kukus mengandungi lebih banyak nutrisi yang baik untuk kesihatan diri.
Sumber:
- Carrots 101: Nutrition Facts and Health Benefits. Heathline
- Phytochemicals in Daucus carota and Their Health Benefits—Review Article. National Center for Biotechonology Information