Sepanyol lwn England [ LIVE ] Final EURO 2024 – Waktu Malaysia

Sepanyol lwn England [ LIVE ] Separuh Akhir EURO 2024 – Spain vs England

EURO 2024 atau UEFA Euro 2024, adalah merupakan sebuah kejohanan bola sepak kebangsaan lelaki yang dianjurkan oleh Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA). 

Kejohanan bola sepak kebangsaan Eropah ini diadakan 4 tahun sekali di negara-negara Eropah yang berbeza, sebagai tuan rumah. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai perlawanan separuh akhir antara Sepanyol (Spain) dan England pada 15 Julai 2024 ini.

BACA JUGA: Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia: Sejarah & Info

Pengenalan UEFA Euro 2024

Kejohanan Eropah UEFA 2024 adalah merupakan kejohahan edisi yang ke-17. Ia telah dijadualkan berlangsung selama sebulan bermula dari 14 Jun hingga 14 Julai 2024.

Kejohanan ini menyaksikan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh benua bersaing untuk merebut gelaran juara. EURO 2024 tahun ini berlangsung di Jerman (tuan rumah), menawarkan pelbagai perlawanan menarik dan mendebarkan. 

Kini, kejohanan telah mencapai peringkat suku akhir dengan lapan pasukan terkuat yang berjaya melayakkan diri.

Pasukan Yang Layak Ke Peringkat Akhir (Final Euro 2024)

Aksi final akan berlangsung pada 15 Julai 2024 pada jam 3.00 pagi waktu Malaysia.

Pasukan yang akan bertanding – Sepanyol & England.

Final UEFA EURO 2024
Sepanyol lwn England
15 Julai 2024
3 pagi (Waktu Malaysia)

Suku Akhir EURO 2024: Senarai Pasukan, Jadual Perlawanan, Pautan Live Update

Bila Dan Di Mana Perlawanan Akhir Euro 2024 Akan Berlangsung?

Perlawanan akhir akan berlangsung pada 15 Julai 2024 pada jam 3.00 pagi waktu Malaysia, di Olympiastadion Berlin. Pasukan pengadil untuk perlawanan akhir UEFA EURO 2024 akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sepanyol (1964), Itali (1968) dan Perancis (1984) telah berjaya memenangi perlawanan akhir EURO sebagai negara tuan rumah. 

Adakah tahun ini akan menyebelahi nasib Jerman? Kita saksikan nanti. 

Perlawanan akhir sebelum ini telah dianjurkan oleh 13 tempat berbeza di 12 negara. Penentuan EURO 2020 adalah perlawanan akhir EURO ke-16.

  • 1960 : Parc des Princes, Paris (Perancis)
  • 1964 : Estadio Santiago Bernabéu, Madrid (Sepanyol)
  • 1968 : Stadio Olimpico, Rom (Itali)
  • 1972 : Roi Baudouin, Brussels (Belgium)
  • 1976 : Stadion FK Crvena zvezda80 Belgrade : Stadio Olimpico, Rom (Itali) 
  • 1984 : Parc des Princes, Paris (Perancis) 
  • 1988 : Olympiastadion, Munich (Jerman) 
  • 1992 : Ullevi, Gothenburg (Sweden) 
  • 1996 : Stadium Wembley, London (England) 
  • 2000 : Feitterjenoord Stadium, Belanda) 
  • 2004 : Estádio do Sport Lisboa e Benfica, Lisbon (Portugal) 
  • 2008 : Ernst-Happel-Stadion, Vienna (Austria) 
  • 2012 : NSK Olimpiyskyi, Kyiv (Ukraine) 
  • 2016 : Stade de France, Saint-Denis (Perancis)
  • 2020 : Stadium Wembley, London (England)

BACA JUGA: Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Final LIVE Perlawanan Malaysia

Pautan Live Update

Untuk maklumat terkini mengenai perlawanan, keputusan, dan statistik, anda boleh mengikuti pautan live update di laman rasmi UEFA EURO 2024.

Anda juga boleh menikmati semua perlawanan secara LIVE di dua saluran sukan khusus di Astro GO – SPOTV Stadia (CH 808), SPOTV2 Stadia (CH 809). 

Selain itu, terdapat juga  liputan menyeluruh selain daripada perlawanan langsung seperti Road to EURO, EURO Encore, rancangan The Star Contenders dan banyak lagi. 

Suku Akhir EURO 2024: Senarai Pasukan, Jadual Perlawanan, Pautan Live Update

Jangan lupa saksikan EURO 2024 peringkat suku akhir. Nantikan info terkini mengenai keputusan perlawanan suku akhir, separuh akhir dan juga perlawanan peringkat akhir yang akan dikemaskini khas untuk  peminat bola sepak.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi UEFA EURO 2024.

Bantu kami share artikel ini: