Sempena penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) 2025 yang akan berlangsung pada 25 Mei 2025 di Kuala Lumpur, beberapa lencongan dan penutupan jalan sementara akan dilaksanakan di sekitar ibu negara bagi memastikan kelancaran perjalanan delegasi serta aspek keselamatan sepanjang acara berlangsung.
Mesyuarat berprestij ini dijangka menghimpunkan Menteri-Menteri Luar dari negara-negara anggota ASEAN dan rakan luar, sekaligus meningkatkan kehadiran kenderaan rasmi serta kawalan keselamatan di beberapa lokasi strategik.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mengambil maklum tentang laluan alternatif yang disediakan sepanjang tempoh mesyuarat tersebut.
Baca juga: RTS Link: Projek Kereta Api Johor – Singapura
Siaran Media Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) 2025
MESYUARAT MENTERI-MENTERI LUAR NEGERI ASEAN (AMM), KUALA LUMPUR
25 MEI 2025
Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN (AMM) akan diadakan pada 25 Mei 2025 di Kuala Lumpur, Malaysia, sebagai persediaan kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN–GCC ke-2, dan Sidang Kemuncak ASEAN–GCC–China.
Mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri, dan akan menghimpunkan Menteri-Menteri Luar Negeri Negara-Negara Anggota ASEAN untuk membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang utama, selaras dengan tema Pengerusi ASEAN Malaysia, “ASEAN 2025: Keterangkuman dan Kemampanan”.
Mesyuarat ini akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pembinaan Komuniti ASEAN, termasuk taklimat oleh Sekretariat ASEAN mengenai perkembangan berkaitan Triti Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia – TAC) . Para Menteri juga akan membincangkan susulan terhadap Kajian Pemimpin-Pemimpin ASEAN mengenai Konsensus Lima Perkara mengenai Myanmar, yang diterajui oleh Malaysia.
Selain itu, Mesyuarat ini akan menyentuh mengenai keterlibatan ASEAN dengan rakan luar di bawah agenda Hubungan Luar ASEAN, serta mengadakan perbincangan mengenai keanggotaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN, termasuk penerimaan garis panduan bagi pematuhan Timor-Leste terhadap instrumen undang-undang ASEAN di bawah kerangka Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN.
Hasil perbincangan Mesyuarat ini akan menjadi asas kepada perbincangan di Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN–GCC ke-2, dan Sidang Kemuncak ASEAN–GCC–China, yang dijadual berlangsung pada 26 hingga 27 Mei 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025, kekal komited dalam memajukan Komuniti ASEAN yang bersatu padu, inklusif dan berpandangan jauh, yang responsif terhadap keperluan rakyat serta berdaya tahan menghadapi cabaran serantau dan global.
PUTRAJAYA
25 Mei 2025
Senarai Lokasi Lencongan Jalan Raya (Berperingkat)
Berikut adalah lokasi lencongan jalan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) yang terlibat:
Lencongan Jalan Raya Secara Berperingkat: 4 – 12 Julai 2025
Tempoh Pelaksanaan:
- Raptai Pergerakan Motoked: 4 Julai (Jumaat) hingga 6 Julai (Ahad) 2025
- Penugasan Penuh: 7 Julai (Isnin) hingga 12 Julai (Sabtu) 2025
Kawasan Terlibat:
- 15 jalan utama sekitar Lembah Klang
- 3 lebuh raya utama
Kenderaan Berat: Kenderaan perdagangan dan berat disarankan agar tidak memasuki kawasan pusat bandar Kuala Lumpur sepanjang tempoh lencongan dilaksanakan.
Saranan Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik. Pengguna jalan raya digalakkan untuk:
- Perancang perjalanan lebih awal.
- Menggunakan pengangkutan awam.
- Elak menggunakan laluan terlibat dan guna jalan alternatif.
- Patuh arahan petugas trafik di lapangan.
Butiran Lencongan Jalan Mengikut Hari
7 Julai 2025 (Isnin): 7 pagi hingga selesai ketibaan (secara berperingkat)
Laluan dari KLIA ke hotel:
- Lebuh Raya KLIA
- Lebuh Raya Elite (KLIA–Putrajaya)
- Lebuh Raya MEX
- Lebuh Raya KL–Seremban (Sg. Besi–Pusat Bandar)
- Lingkaran Putrajaya
- Jalan Istana
- Jalan Damansara
- Jalan Tun Abdul Razak
- Jalan Ampang
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan Bukit Bintang
- Jalan Imbi
8 Julai 2025 (Selasa): 10 pagi hingga selesai ketibaan; 5 petang hingga selesai ketibaan
Laluan hotel ke KLCC:
- Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang
- Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng
- Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC
9 Julai 2025 (Rabu): 7 pagi hingga selesai ketibaan; 4 petang hingga selesai ketibaan
Lebuh raya & jalan terlibat:
- Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang
- Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng
- Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC
10 Julai 2025 (Khamis): 7 pagi hingga selesai ketibaan; 5 petang hingga selesai ketibaan; 7 malam hingga selesai ketibaan; 10 malam hingga selesai ketibaan
Lebuh raya & jalan terlibat:
- Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang
- Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng
- Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC
11 Julai 2025 (Jumaat): 7 pagi hingga selesai ketibaan
Lebuh raya & jalan terlibat:
- Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang
- Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng
- Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC
Baca juga: VEP – Permit Masuk Kenderaan Asing JPJ Malaysia
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan laluan trafik jalan raya, anda boleh semak menerusi: