Le Tour de Langkawi 2023 : Jadual Perlumbaan & Trek Laluan

Le Tour de Langkawi kini kembali bagi edisi tahun 2023.

Ianya merupakan sebuah acara lumba basikal yang sudah lama dianjurkan di Malaysia dan mempunyai reputasi yang baik dalam kalendar basikal antarabangsa.

Trek atau laluan acara Le Tour de Langkawi akan melalui beberapa negeri di Semenanjung Malaysia yang berjaya menarik penyertaan pasukan-pasukan profesional dari seluruh dunia.

Saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang dijadual berlangsung dari 23 hingga 30 Sept ini tanpa melibatkan peringkat perlumbaan di Pulau Langkawi bukan kali pertama berlaku sepanjang 26 tahun edisi penganjurannya.

Malah, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata setiap penganjur masih mengekalkan nama Langkawi sebagai ikon jelajah berbasikal berstatus Pro Series dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu.

Pada masa yang sama, taraf perlumbaan LTdL 2023 ini kekal berstatus ProSeries – penarafan saingan jelajah berbasikal jalan raya pada Tier 2 oleh badan induk sukan berbasikal dunia, UCI.

Latarbelakang Le Tour De Langkawi

Tour de Langkawi ialah perlumbaan basikal berbilang peringkat yang diadakan di Malaysia dan ia dinamakan sempena kepulauan Langkawi, di mana edisi pertama bermula dan berakhir.

Perlumbaan ini telah diadakan setiap tahun sejak 1996, terutamanya pada bulan Februari.

Ia biasanya terdiri daripada segmen (peringkat) selama 10 hari selama 10 hari, tetapi telah dikurangkan kepada lapan peringkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Walaupun laluan berubah setiap tahun, pendakian Genting Highlands, yang paling sukar dalam acara ini , sentiasa disertakan.

Tour de Langkawi diluluskan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sebagai perlumbaan jalan raya 2.HC dalam kalendar Jelajah Asia UCI.

Perlumbaan ini akan menjadi sebahagian daripada UCI ProSeries baharu pada tahun 2020.

Tema Edisi 2023

Tema bagi edisi kali ini adalah “Beat The Heat” yang mencerminkan ujian getir menanti pelumba menerusi pendakian penuh mencabar ke puncak Genting Highlands dan kayuhan menguji ketahanan dalam cuaca panas terik.

Format Acara LTDL 2023

Semua peringkat ditetapkan masa sehingga penamat.

Masa untuk setiap peringkat selesai dikompaun; pelumba yang mempunyai masa agregat paling rendah adalah pendahulu perlumbaan dan boleh memakai jersi kuning.

Selain jersi kuning, terdapat lagi beberapa jersi yang menjadi buruan peserta antaranya seperti Raja Pecut, Raja Bukit, Pelumba Asia Terbaik, Pasukan Terbaik dan Pasukan Asia Terbaik.

Shopee menawarkan basikal lipat (20-inch folding bike) dengan harga serendah RM200 sahaja. Dapatkannya di SINI.

Jadual & Trek Laluan

Le Tour de Langkawi 2023

Perlumbaan basikal lebuh raya LTdL 2023 akan melalui lapan peringkat perlumbaan yang akan merentasi 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia dengan jarak keseluruhan sejauh 1,280 kilometer (km)

  • Peringkat 1 (Sabtu, 23 September) -Kerteh ke Kuala Terengganu – 184.4km
  • Peringkat 2 (Ahad, 24 September) -Kuala Terengganu ke Kota Bharu – 186.2km
  • Peringkat 3 (Isnin, 25 September)- Jeli ke Baling – 177.1km
  • Peringkat 4 (Selasa, 26 September) -Bukit Mertajam ke Meru Raya – 140km
  • Peringkat 5 (Rabu, 27 September) -Slim River ke Genting Highlands – 133.3km
  • Peringkat 6 (Khamis, 28 September)-Karak ke Melaka – 176.6km
  • Peringkat 7 (Jumaat, 29 September)-Muar ke Seremban 2 – 125.7km
  • Peringkat 8 (Sabtu, 30 September)-Setia Alam ke Kuala Lumpur – 157km

Stage 1 (23 September 2023)

Stage 01 : 23 Sept
Kerteh – Kuala Terengganu

Stage 02 : 24 Sept
Kuala Terengganu – Kota Bharu

Stage 2 (24 September 2023)

Le Tour de Langkawi
Le Tour de Langkawi

Stage 3 (25 September 2023)

Pada peringkat ke-3 hari ini, para pelumba akan membelah Banjaran Titiwangsa dimana jarak laluan yang bakal ditempuhi oleh para pelumba adalah sejauh 183.1km Para pelumba akan dilepaskan di hadapan UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN, JELI & akan mengakhiri perlumbaan di JALAN SYED SHEH, BALING.

Pada peringkat ke-3 ini, para pelumba akan melalui 2 zon pecutan & 4 zon pendakian. Berikut adalah zon-zon tersebut:

Sprint 1 JELI

KOM 1 JELI (Cat 2 / 774m)

KOM 2 PUNCAK TITIWANGSA (Cat 1 / 1066m)

Sprint 2 TASIK TEMENGGOR

KOM 3 SRI BANDING (Cat 2 / 633m)

KOM 4 SUNGAI RUI (Cat 3 / 455m)

Start Location : UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN, JELI

Finish Location : JALAN SYED SHEH, BALING.

Distance : 183.1km

Neutral zone : 8.3km

Flag off : 10.00

Race finish (ETA) : 14.52

**RANCANG PERJALANAN ANDA UNTUK MENGELAKKAN TERPERANGKAP DI DALAM KESESAKKAN LALU LINTAS.

Stage 4 (26 September 2023)

Selasa 26 September 2023

Peringkat ke-4 PETRONAS Le Tour de Langkawi 2023 edisi ke 27

BUKIT MERTAJAM – MERU RAYA

Pada peringkat ke-4 hari ini, jarak laluan yang bakal ditempuhi oleh para pelumba adalah sejauh 140.2km dimana para pelumba akan dilepaskan di hadapan KOMPLEKS SUKAN MBSP, BUKIT MERTAJAM & akan mengakhiri perlumbaan di BANDAR MERU RAYA, IPOH.

Pada peringkat ke-4 ini juga, para pelumba akan melalui 3 zon pecutan & 1 zon pendakian. Berikut adalah zon-zon tersebut:

Sprint 1 BAGAN SERAI

KOM 1 KUALA KANGSAR (Cat 3 / 160m)

Sprint 2 TALANG

Sprint 3 SUNGAI SIPUT

Start Location : KOMPLEKS SUKAN MBSP, BUKIT MERTAJAM

Finish Location : BANDAR MERU RAYA, IPOH.

Distance : 140.2km

Neutral zone : 8.2km

Flag off : 10.00

Race finish (ETA) : 13.32

**RANCANG PERJALANAN ANDA UNTUK MENGELAKKAN TERPERANGKAP DI DALAM KESESAKKAN LALU LINTAS.

Stage 5 (27 September 2023)

PENUTUPAN JALAN SEMPENA KEJOHANAN LE TOUR DE LANGKAWI (LTdL) 2023 PERINGKAT KE-5 PADA 27 SEPTEMBER 2023

Peringkat Ke 5 | 27 Sept. 2023 (Rabu/Wednesday)

Slim River – Genting Highlands

Laluan Terlibat/Effected Route

Jalan Dato’ Mohd Khusairi, Slim River – Behrang Stesen – Kampung Keliang – Kerling – Rasa – Kuala Kubu Baharu – Batang Kali – Serendah – Rawang By Pass – Jalan Batu Caves – Jalan Gombak – Genting Sempah (opposite carriage way) – Gohtong Jaya – Genting Highlands.

Peringkat 5

Rabu – 27 September 2023.

Slim River > Genting Highlands – 126. 4km

STAGE 6 (28 September 2023)

Peringkat ke-6 PETRONAS Le Tour de Langkawi 2023 edisi ke 27

KARAK – MELAKA

Pada peringkat ke-6 hari ini, jarak laluan yang bakal ditempuhi oleh para pelumba adalah sejauh 174.5km dimana para pelumba akan dilepaskan di DATARAN NIAGA, KARAK & akan menamatkan perlumbaan di DATARAN PAHLAWAN, MELAKA.

Pada peringkat ke-6 ini juga, para pelumba akan melalui 3 zon pecutan & 2 zon pendakian. Berikut adalah zon-zon tersebut:

KOM 1 GAPOI (Cat 4 / 176m)

  • Sprint 1 PELANGAI
  • Sprint 2 BATU KIKIR
  • Sprint 3 KUALA PILAH

KOM 2 LUAK INAS (CAT 3 / 312m)

  • Start Location : DATARAN NIAGA, KARAK
  • Finish Location : DATARAN PAHLAWAN, MELAKA
  • Distance : 174.5km
  • Neutral zone : 7.8km
  • Flag off : 10.00
  • Race finish (ETA) : 14.19

Stage 7 (29 September 2023)

Peringkat ke-7 PETRONAS Le Tour de Langkawi 2023 edisi ke 27

MUAR – SEREMBAN 2

Pada peringkat ke-7 hari ini, para pelumba akan melalui laluan landai dimana tiada KOM akan dilalui. Jarak laluan yang bakal ditempuhi oleh para pelumba adalah sejauh 123.8km dimana para pelumba akan dilepaskan di DATARAN TANJUNG EMAS, MUAR & akan menamatkan perlumbaan di DATARAN CENTRIO, SEREMBAN 2.

Pada peringkat ke-7 ini, para pelumba akan melalui 3 zon pecutan. Berikut adalah zon-zon tersebut:

  • Sprint 1 UMBAI
  • Sprint 2 CHENG
  • Sprint 3 LINGGI

Start Location : DATARAN TANJUNG EMAS, MUAR

Finish Location : DATARAN CENTRIO, SEREMBAN 2.

  • Distance : 123.8km
  • Neutral zone : 6.0km
  • Flag off : 9.00
  • Race finish (ETA) : 12.01
LE TOUR DE LANGKAWI LTDL
LE TOUR DE LANGKAWI LTDL

Stage 8 (30 September 2023)

Peringkat 8 : Sabtu | 30 September 2023

Setia Alam > Kuala Lumpur (KLCC) – 156. 5km

Sebaik sahaja peringkat kelapan ini berakhir, maka LTdL2023 secara rasmi menutup aksinya.

Senarai Pasukan Bertanding

Berikut merupakan senarai pasukan-pasukan profesional dan kebangsaan yang telah mengesahkan penyertaan mereka bagi Le Tour de Langkawi 2023 tahun ini.

BIL.PASUKANKATEGORINEGARA DIDAFTARKAN
1ASTANA QAZAQSTAN TEAMUCI WORLD TEAMKAZAKHSTAN
2EF EDUCATION-EASYPOSTUCI WORLD TEAMUSA
3CAJA RURAL-SEGUROS RGAUCI PROTEAMSEPANYOL
4EQUIPO KERN PHARMAUCI PROTEAMSEPANYOL
5EUSKALTEL – EUSKADIUCI PROTEAMSEPANYOL
6GREEN PROJECT – BARDIANI CSF – FAIZANEUCI PROTEAMITALI
7TEAM CORRATEC – SELLE ITALIAUCI PROTEAMITALI
8HUMAN POWERED HEALTHUCI PROTEAMUSA
9TUDOR PRO CYCLING TEAMUCI PROTEAMSWITZERLAND
10BOLTON EQUITIES BLACK SPOKE PRO CYCLINGUCI PROTEAMNEW ZEALAND
11TERENGGANU POLYGON CYCLING TEAMUCI CONTINENTALMALAYSIA
127ELEVEN CLIQQ – AIR21 BY ROADBIKE PHILIPPINESUCI CONTINENTALFILIPINA
13NUSANTARA CYCLING TEAMUCI CONTINENTALINDONESIA
14HENGXIANG CYCLING TEAMUCI CONTINENTALCHINA
15LI NING STARUCI CONTINENTALCHINA
16GIANT CYCLING TEAMUCI CONTINENTALCHINA
17ST GEORGE CONTINENTAL CYCLING TEAMUCI CONTINENTALAUSTRALIA
18KSPO PROFESSIONALUCI CONTINENTALKOREA SELATAN
19JCL TEAM UKYOUCI CONTINENTALJEPUN
20ROOJAI ONLINE INSURANCEUCI CONTINENTALTHAILAND
21THAILAND CONTINENTAL CYCLING TEAMUCI CONTINENTALTHAILAND
22MALAYSIA NATIONAL TEAMCONTINENTALKEBANGSAAN

Keputusan & Perkembangan Terkini

Keputusan terkini bagi setiap peringkat boleh didapati melalui laman web rasmi LTdL : https://www.letourdelangkawi.my/results-2023/

Le Tour de Langkawi 2023 ltdl

Bagi yang berminat untuk mengikuti perkembangan terbaru Le Tour de Langkawi 2023, anda boleh ikuti sumber-sumber berikut:

Baca juga:

Dapatkan pelbagai kelengkapan berbasikal dengan harga terendah di SINI!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!