Langkah Memajukan Sektor Pertanian: Isi & Contoh Karangan

Bagi karangan bertajuk “Langkah Memajukan Sektor Pertanian,” berikut merupakan isi penting dan contoh karangan.

Para murid boleh merujuk isi penting dan contoh karangan tersebut sebagai rujukan.

Isi Penting Karangan Langkah Memajukan Sektor Pertanian

1. Reformasi Sektor Pertanian

  • Jika kaum petani masih mengekalkan cara tradisional untuk mengusahakan petanian, nescaya hasil tanaman atau ternakan mereka menghasilkan hasil yang sedikit.
  • Ini mengakibatkan petani terus dibelenggu kemiskinan.
  • Para petani perlu menggunakan ilmu sains dan teknologi yang canggih demi meningkatkan produktiviti hasil tanaman mereka.
  • Teknologi ini juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga dan meningkatkan hasil tanaman yang berkualiti tinggi.

2. Melakukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

  • Kerjasama Pusat Pengajian Tinggi (IPT) dan pakar pertanian berkomitmen juga amat diperlukan untuk mengkaji penggunaan ilmu sains dan teknologi dalam sektor pertanian dan penternakan.
  • Memastikan bahawa industri hiliran dapat dimajukan yang akan meningkatkan pendapatan kaum petani.
  • Contohnya, tanaman lada dapat dikomesilkan menjadi sos cili, ubat pelangsing dan ubat kesakitan sendi manakala sengkuang telah diproses sebagai bahan kosmetik dan sebagainya.
  • Bengkel atau kursus perlu diadakan bagi memberi khidmat nasihat serta membekalkan baka benih yang bermutu kepada para petani.

3. Penyediaan Skim Pinjaman dengan Kadar Faedah yang Rendah

  • Skim pinjaman yang berkadar faedah rendah perlu disediakan oleh bank terutamanya Agro Bank.
  • Pekebun dapat membeli mesin yang canggih dan bahan racun serangga serta baja kimia untuk menjalankan pertanian mereka.
  • Sebagai contoh, Agro Bank boleh menawarkan modal pembiayaan kepada petani untuk mengusahakan industri kecil dan sederhana (IKS) yang berasaskan pertanian.
  • Para petani dapat mengusahakankan pertanian atau penternakan secara komersial dan saintifik malah berupaya menjalankan IKS.
  • Kaum petani tidak akan digelar sebagai golongan miskin tetapi akan berpennan sebagai usahawan.

4. Sistem Pengagihan yang Adil

  • Penubuhan koperasi peladang adalah amat digalakkan untuk memainkan peranan sebagai pemborong dan pembekal kepada kaum petani.
  • Petani juga digalakkan menyertai Pasar Tani untuk meningkatkan pendapatan mereka selain pengguna juga dapat membeli hasil tanaman dan ternakan yang segar dengan harga yang berpatutan.
  • Pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) perlu mengaturkan strategi yang bersepadu dan bijaksana untuk menjamin pemasaran produk pertanian.

Contoh Karangan Langkah Memajukan Sektor Pertanian

i) PENDAHULUAN

Negara kita telah mengalami pembangunan yang pesat terutamanya dalam sektor perindustrian. Namun, kita perlu mengakui bawaha kerajaan juga memperuntukkan berbilion-bilion ringgit setiap tahun untuk mengimport makanan dari luar negara. Ini mengakibatkan kerajaan perlu mengeluarkan belanja yang sangat besar setiap tahun demi untuk memastikan sumber makanan di Malaysia mencukupu. Hakikatnya, banyak sumber makanan dapat dihasilkan di negara kita melalui sektor pertanian. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat meningkatkan sektor pertanian?

ii) ISI 1: REFORMASI SEKTOR PERTANIAN

Untuk memajukan sektor pertanian, kaum petani kita perlu bersedia membuat reformasi terhadap sektor pertanian. Jika kaum petani masih mengekalkan cara tradisional untuk mengusahakan petanian, nescaya hasil tanaman atau ternakan mereka menghasilkan hasil yang sedikit yang mengakibatkan mereka terus dibelenggu kemiskinan. Sejajar dengan perkembangan sektor industri pertanian kini, para petani perlu menggunakan ilmu sains dan teknologi yang canggih demi meningkatkan produktiviti hasil tanaman mereka. Teknologi ini juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga dan meningkatkan hasil tanaman yang berkualiti tinggi. Sebagai contoh, ilmu genetik perlu digunakan untuk mencari baka benih yang dapat menjamin hasil tanaman yang bermutu, seperti “padi hibird” dapat menjamin penghasilan padi yang banyak dan berkualiti.

iii) ISI 2: MELAKUKAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D)

Pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pertanian dan sektor swasta juga perlu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara menyeluruh terhadap sektor pertanian dalam negara. Kerjasama Pusat Pengajian Tinggi (IPT) dan pakar pertanian berkomitmen juga amat diperlukan untuk mengkaji penggunaan ilmu sains dan teknologi dalam sektor pertanian dan penternakan. Ini bagi memastikan bahawa industri hiliran dapat dimajukan yang akan meningkatkan pendapatan kaum petani. Contohnya, tanaman lada dapat dikomesilkan menjadi sos cili, ubat pelangsing dan ubat kesakitan sendi manakala sengkuang telah diproses sebagai bahan kosmetik dan sebagainya. Bengkel atau kursus perlu diadakan bagi memberi khidmat nasihat serta membekalkan baka benih yang bermutu kepada para petani di seluruh negara.

iv) ISI 3: PENYEDIAAN SKIM PINJAMAN DENGAN KADAR FAEDAH RENDAH

Untuk menjalankan pertanian secara besar-besaran dan komersial, skim pinjaman yang berkadar faedah rendah perlu disediakan oleh bank terutamanya Agro Bank. Dengan modal yang mencukupi, pekebun kita baru dapat membeli mesin yang canggih dan bahan racun serangga serta baja kimia untuk menjalankan pertanian mereka. Sebagai contoh, Agro Bank boleh menawarkan modal pembiayaan kepada petani untuk mengusahakan industri kecil dan sederhana (IKS) yang berasaskan pertanian. Dengan pembiayaan tersebut, para petani dapat mengusahakankan pertanian atau penternakan secara komersial dan saintifik malah berupaya menjalankan IKS. Hasilnya, kaum petani tidak akan digelar sebagai golongan miskin tetapi akan berpennan sebagai usahawan.

v) ISI 4: SISTEM PENGAGIHAN YANG ADIL

Selain itu, sistem pengagihan yang adil perlu disediakan oleh pihak berkuasa supaya kaum petani kita tidak lagi dianiayai oleh orang tengah. Penubuhan koperasi peladang adalah amat digalakkan untuk memainkan peranan sebagai pemborong dan pembekal kepada kaum petani. Tambahan pula, petani kita juga digalakkan menyertai Pasar Tani untuk meningkatkan pendapatan mereka selain pengguna juga dapat membeli hasil tanaman dan ternakan yang segar dengan harga yang berpatutan. Oleh kerana itulah, pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) perlu mengaturkan strategi yang bersepadu dan bijaksana untuk menjamin pemasaran produk pertanian kita.

vi) PENUTUP

Kemajuan sektor pertanian dalam negara kita mampu mengurangkan kebergantungan negara kepada pengimportan hasil pertanian. Semua pihak harus berganding bahu bagi sama-sama memajukan sektor pertanian negara bukan sahaja di pihak kerajaan tetapi juga pihak swasta. Jika semua pihak memberikan kerjasama dalam membangunkan sektor pertanian, tidak mustahil Malaysia akan dikenali sebagai salah sebuah negara yang terkehadapan dalam pengeluaran sektor pertanian utama di dunia.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!