Kurma Butter Viral : Kalori, Khasiat & Cadangan Hidangan KKM

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kurma dibuang biji kemudian diletakkan butter di tengahnya. Menu begini nampaknya kembali popular setiap kali menjelang Ramadan.

Ramai kata menu sahur yang tengah viral ni mengenyangkan dan sesuai pula untuk orang yang susah nak makan kurma. Ada juga kata makanan ini merupakan sunnah Nabi. Betul ke?

Apakah khasiat hidangan ini?

Jom kami kongsikan serba sedikit.

Hadis Berkaitan

Pertama sekali, benarkah makanan ini merupakan makanan sunnah?

Menurut sumber dari Maktabah Al-Bakri, tamar (kurma kering) dan mentega memang kegemaran Rasulullah SAW!

Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata:

دخل علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم «فقدمنا زبدا وتمرا وكان يحب الزبد والتمر»

“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.”
(Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

kurma butter viral
Sumber : Facebook Maktabah Al-Bakri

Kalori, Khasiat & Cadangan Hidangan Kurma + Butter (KKM)

KURMA BUTTER ‘VIRAL’

Ada yang dah mencuba mengambil kurma bersama mentega?

Memang benar gabungan kurma dan mentega sememangnya membantu memberikan tenaga yang anda perlukan. Namun, perlu diingatkan pengambilannya juga haruslah secara sederhana dan tidak berlebihan terutamanya dengan gaya hidup rakyat Malaysia yang tidak aktif.

Sebaiknya, ambil dengan kuantiti yang sedikit dan utamakan pengambilan hidangan lebih seimbang yang lengkap dengan sumber karbohidrat, protein serta sayur dan buah. Ianya bukan sahaja dapat memberikan tenaga malah memenuhi keperluan nutrien lain yang diperlukan badan.

kurma butter viral
Sumber: Nutritionist KKM

Memang ramai yang cakap makan kurma yang diisi dengan mentega / pure butter ni rasa nikmat sangat, rasa manis dan lembut kurma bergabung dalam mulut dengan rasa masin-masin dan lemak butter.

Nak lagi sedap, ada yang tambah pula dengan badam / kekacang yang rangup!

Berapa kalori makanan ni?

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Tahukah anda, menurut KKM, berikut adalah kalori bagi sebiji kurma + butter yang dimakan:

  • 1 sajian kurma (3 biji sederhana 30g) = 90 kcal
  • 1 sudu teh butter / mentega = 50 kcal
  • 1 sudu besar butter / mentega = 100 kcal
  • Jumlah jika diambil bersama (3 biji) = 140 kcal – 190 kcal

(Sumber: Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah)

Jika dibandingkan dengan nilai kurma butter ini dengan kalori nasi putih, ia hampir sama dengan 1 senduk nasi.

Sumber: Nutritionist Perak via Public Health Malaysia

Menurut penjelasan KKM, memang benar gabungan kurma dan mentega sememangnya membantu memberikan tenaga yang anda perlukan. Namun, perlu diingatkan pengambilannya juga haruslah secara sederhana dan tidak berlebihan terutamanya dengan gaya hidup rakyat Malaysia yang tidak aktif.

Sebaiknya, ambil dengan kuantiti yang sedikit dan utamakan pengambilan hidangan lebih seimbang yang lengkap dengan sumber karbohidrat, protein serta sayur dan buah. Ianya bukan sahaja dapat memberikan tenaga malah memenuhi keperluan nutrien lain yang diperlukan badan

Kesimpulan

Boleh je nak makan macam ni, tapi jangan terlajak tau. Kalori butter boleh tahan tinggi juga tu kan?

Nak makan apa pun berpada-pada ya!

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut