Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara : Syarat, Cara Mohon

Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Dalam usaha menggalakkan penganjuran sukan di Malaysia, geran Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) diteruskan lagi bagi tahun 2025.

KWASN merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha menyokong persatuan sukan dalam menganjurkan pertandingan bagi mempersiapkan atlet beraksi ke kejohanan antarabangsa.

KWASN bertujuan untuk menyediakan geran kepada NGO yang berkelayakan untuk menganjurkan program/ aktiviti sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuk penyertaan atlet (sama ada yang bernaung di bawah persatuan sukan ataupun persendirian) dalam kejohanan bertaraf antarabangsa di luar negara khususnya membantu menaikkan kedudukan ranking atlet negara.

Takwim permohonan

Permohonan bagi geran Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) bagi tahun 2025 dibuka sepanjang tahun dan pemohon yang berminat perlulah memasti permohonn dihantar sebelum tarikh tutup permohonan seperti berikut:

TARIKH PROGRAMTARIKH TUTUP PERMOHONANKEPUTUSAN (SEBELUM / PADA)CATATAN
1 Januari – 28 Februari 202515 November 202415 Disember 2024Permohonan secara manual melalui serahan borang.
1 Mac – 30 April 2025
1 Mei – 30 Jun 2025
1 Januari 2025 – 1 Mac 202531 Januari 2025 – 31 Mac 2025Permohonan secara atas talian
1 Julai – 31 Ogos 20251 Mei 202531 Mei 2025Permohonan secara atas talian
1 September – 31 Oktober 2025
1 November – 31 Disember 2025
1 Julai 2025 – 1 September 202531 Julai 2025 –
30 September 2025
Permohonan secara atas talian

Syarat permohonan

Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara
did you know interesting fact background design

Pemberian geran kewangan di bawah Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN)  bagi penganjuran atau penyertaan kejohanan sukan mensasarkan kepada:

  • Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Badan sukan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997; dan
  • Atlet (individu/berpasukan) yang bernaung di bawah persatuan/ badan sukan; dan
  • Atlet persendirian (individu/berpasukan).

Berikut merupakan kriteria permohonan penganjuran sukan yang dibenarkan:

geran KWASN
did you know interesting fact background design

i.    Penganjuran kejohanan sukan peringkat antarabangsa atau kebangsaan: 

  1. Kebangsaan bermaksud kejohanan sukan di peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) atau mana-mana entiti yang telah mendapat sanksi dari PSK.
  2. Antarabangsa bermaksud kejohanan sukan di peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh PSK atau mana-mana entiti yang telah mendapat sanksi dari PSK tertakluk kepada syarat mendapat kelulusan di bawah seksyen 33 Akta 576.

ii.    Bagi (a) dan (b) di atas, terhad kepada sukan-sukan kategori 1 sahaja dan hanya 1 sukan untuk 1 kejohanan (kebangsaan atau antarabangsa) sama ada dianjurkan oleh PSK atau entiti yang diberi sanksi oleh PSK. 

iii.    Jika kejohanan bersiri hanya layak dipertimbangkan untuk 1 siri sahaja.

iv.    Had maksimum untuk penganjuran kejohanan RM500,000.00 untuk antarabangsa manakala RM200,000.00 untuk kebangsaan.

Artikel berkaitan: Apakah BRI ? – Cara Mengukur Berat Badan Dengan Lebih Tepat

Cara mohon Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) 

Borang permohonan asal dan dokumen sokongan perlu diterima Urus Setia KWASN sebelum tarikh tutup permohonan sepertimana yang dinyatakan pada takwim permohonan KWASN seperti berikut:

  1. Tarikh program Januari – Februari : permohonan dikemukakan secara serahan tangan atau pos ke alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan
Jabatan Belia dan Sukan Negara
Aras 2, Menara KBS
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 PUTRAJAYA
(u.p: Urus Setia Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara)

      ii.    Tarikh program Mac – Disember : permohonan dikemukakan secara dalam talian melalui laman web KWASN di https://www.kbs.gov.my/utama-kwasn

Pertanyaan dan soalan

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN), sila hubungi 03 8871 3268 / 3720 / 3721 / 3287 atau emel kepada [email protected]

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut