Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) ialah Koperasi pelaburan yang menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan dan global yang dinamik dan pelbagai.
Bagi yang tidak tahu, konsep asas koperasi pelaburan adalah sebuah syarikat koperasi yang menjalankan aktiviti perniagaan bagi menjana pendapatan tambahan hanya untuk ahlinya sahaja.
KAPB adalah sebuah syarikat koperasi pelaburan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Oleh itu, modal perniagaan syarikat koperasi akan diambil daripada dana yang dicarumkan oleh setiap ahli dan keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan akan dibahagikan kepada setiap ahli dalam bentuk dividen tahunan.
Pendekatan pelaburan KAPB mengutamakan perkongsian dan kerjasama dengan syarikat terkemuka dan komitmen terhadap standard tadbir urus tertinggi.
Sejak penubuhannya, KAPB telah berjaya mengekalkan pembayaran dividen kepada lebih 4,000 ahlinya pada kadar yang sangat kompetitif dan KAPB menyasarkan untuk mencapai seramai 100,000 ahli berdaftar dengan modal saham RM500 juta menjelang tahun 2020.
Kenali Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB)
Koperasi Amanah Pelaburan Berhad telah ditubuhkan pada 14 November 2014 untuk merealisasikan visi Pengerusi Eksekutif dan pengasasnya, Yg Bhg Dato’ Ilyas Mohamed – yang membayangkan sebuah koperasi sebagai salah satu “kuasa pelaburan” terkemuka di Malaysia, menyumbang ke arah transformasi ekonomi dan pembangunan sosial negara.
Dipimpin oleh sekumpulan ikon perniagaan korporat dan pakar pelaburan, KAPB dianggap sebagai sebuah koperasi yang menguntungkan, inovatif, pelbagai dan mampan di Malaysia yang secara aktif melabur di peringkat global.
Sebagai sebuah koperasi pelaburan perintis di Malaysia, KAPB secara aktif memelihara dan menggunakan modal dengan integriti dan kepintaran untuk terus menyokong kepelbagaian ekonomi melalui pelaburan dan inovasi perniagaan dalam sektor strategik, mewujudkan nilai berkekalan untuk ahlinya.
Artikel berkaitan: Dividen Koperasi Tentera : Tarikh Pembayaran & Cara Semakan
Syarat keahlian Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB)
Sekiranya anda warganegara Malaysia dan beragama Islam, anda layak untuk memohon keanggotaan Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB). Di samping itu, anda juga mesti memenuhi syarat tambahan di bawah Akta Koperasi seperti berikut:
- Telah Mencapai umur lapan belas (18) tahun;
- Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi;
- Bukan seorang yang tidak upaya dari segi mental;
- Bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan;
- Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar; dan
- Bukan seorang yang telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta ini dan suatu tempoh selama satu (1) tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.
Pendaftaran sebagai ahli
Untuk pendaftaran sebaga ahli Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB), yuran kemasukan sebanyak RM50.00 akan dikenakan sebanyak RM50.00 dan ianya tidak akan dikembalikan jika anda buat keputusan untuk berhenti daripada menjadi ahli biasa.
Anda boleh mula melabur sebagai ahli biasa dengan nilai minimum sebanyak RM1,000 sehingga nilai maksimum sebanyak RM500,000.
Berikut merupakan langkah-langkah menjadi ahli:
Pendaftaran melalui Pejabat Pos Malaysia
- Langkah 1 : Lawati POS Malaysia yang terdekat
- Langkah 2 : Isikan butiran anda pada borang pendaftaran KAPB
- Langkah 3 : Lengkapkan pendaftaran dan pembayaran di kaunter
Pendaftaran secara Online
- Layari online.kapb.com.my dan tekan Register;
- Lengkapkan borang permohonan dalam talian;
- Muat naik salinan MyKad;
- Tekan Apply;
- KAPB akan memproses permohonan anda dalam masa tiga (3) hari bekerja di mana kakitangan pentadbiran kami akan menghubungi anda terlebih dahulu untuk pengesahan.
- Sebaik permohonan diluluskan dengan bersyarat, anda akan dihubungi oleh kakitangan pentadbiran kami untuk membuat bayaran yuran kemasukan dan pelaburan permulaan sepertimana yang dipohon.
Anda akan menerima pengesahan keanggotaan bersama dengan nama pengguna dan kata laluan melalui e-mel.
Bayar yuran kemasukan dan pelaburan permulaan melalui Pindahan Dana Antara Bank atau JomPay ke akaun KAPB dan e-melkan slip transaksi tersebut ke [email protected].
Lengkapkan pembayaran transaksi menggunakan informasi di bawah:
Bank Penerima: CIMB BANK BERHAD (akaun bank KAB)
Nombor akaun: 8010485204 (nombor akaun bank KAB)
Amaun: Yuran Penyertaan + Pelaburan Permulaan
iaitu: RM1,050.00 (RM50.00 + RM1,000.00)
Nama penerima: KOPERASI AMANAH PELABURAN BERHAD
Rujukan / Butiran Pembayaran: Nombor Kad Pengenalan 12 digit (nombor Kad Pengenalan Pemohon tanpa tanda sempang “-“)
Alamat E-mel: [email protected] (e-mel permohonan KAB)
Pembayaran dividen
Dividen yang diberikan oleh Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) kepda ahlinya adalah bergantung kepada prestasi perniagaan dan pelaburan KAPB yang telah direka untuk memberikan nilai yang berpanjangan untuk semua anggota. Kami mensasarkan untuk mengekalkan pembayaran dividen sekurang-kurangnya pada kadar minimum 8% setahun.
Dividen bagi pelaburan yang diterima akan dikira bermula pada bulan seterusnya selepas pendaftaran baharu atau sebarang penambahan pelaburan dibuat.
Sebaik sahaja KAPB mengumumkan kadar dividen bagi tahun kewangan tersebut, ia akan dikreditkan ke akaun saham ahli KAPB dalam tempoh 14 hari bekerja.
Dividen akan dikreditkan ke dalam akaun peribadi ahli dalam tempoh 30 hari bekerja selepas kelulusan daripada Ahli Lembaga Pengarah.
Berikut merupakan rekod dividen yang pernah diberikan oleh Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB):
Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember | % Dividen Diterima |
2017 | 10% |
2018 | 10% |
2019 | 8% |
2020 | 8% |
2021 | 8% |
2022 | 8% |
2023 | 8% |
Pertanyaan dan maklumat lanjut
Anda boleh menghubungi pihak Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) di mana-mana saluran berikut :-
- Tel. : +60 3 3000 5501 / 5502 / 5503
- Email : [email protected]
- Menulis surat atau kunjungi pejabat KAPB di alamat Tingkat 36, MOF Inc Tower, No. 9, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan KL.