Kit Duta Sahsiah KPM: Konsep, Tugas, & Proses Pemilihan

kit duta sahsiah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 13 Oktober 2023 telah melancarkan Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Kebangsaan secara serentak di semua institusi pendidikan bawah KPM.

Objektif utama pelantikan duta ini adalah bagi melahirkan lebih ramai murid yang mempunyai sahsiah baik di sekolah.

Penetapan sahsiah ini adalah berdasarkan Garis Panduan Salah Laku Seksual di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malavsia dan Garis Panduan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Konsep Duta Sahsiah

Duta sahsiah merupakan rakan pendamping yang dapat membimbing, membantu, mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam pelakuan yang menyalahi undang-undang dan tidak bermoral.

Selain itu, mereka juga merupakan individu yang dilantik untuk mempromosikan dan mempraktikkan nilai-nilai dan perilaku positif dalam institusi pendidikan.

Duta tersebut akan berperanan melalui pelaksanaan aktiviti pembangunan sahsiah, kurikulum dan kokurikulum di institusi pendidikan yang akan membantu murid lain memahami, menghayati dan belajar daripada pengalaman mereka dan menerokai potensi diri (experiential learning).

Tugas Duta Sahsiah

Tugas utama seorang duta sahsiah termasuk:

  • Memodelkan Perilaku Positif: Menunjukkan teladan dalam tingkah laku, etika dan nilai-nilai yang baik seperti berdikari, hemah tinggi, kasih sayang, keebasan, bermasyarakat, rasional, keberanian, kesederhanaan, kerajinan, kejujuran, tanggungjawab, kerjasama, hormat-menghormati, keadilan, kesyukuran dan sikap positif yang lain.
  • Menyebarluaskan Nilai: Mempromosikan nilai-nilai dan prinsip-prinsip tertentu dalam kalangan rakan sebaya dalam institusi pendidikan. Mereka mungkin terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti ceramah, bengkel, atau kempen kesedaran.
  • Membantu Dalam Pendidikan: Menyokong program-program pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan sahsiah atau akhlak, seperti memberikan bimbingan kepada murid atau menyertai program-program pembangunan diri.
  • Menggalakkan Sikap Positif: Mendorong orang lain untuk mengamalkan sikap dan tingkah laku yang membina serta memberikan motivasi kepada mereka untuk mencapai potensi penuh mereka.

Proses Pemilihan Duta Sahsiah

Duta ini boleh dipilih dalam kalangan pemimpin murid seperti:

  • Pengawas sekolah
  • Pengawas pusat sumber
  • Pembimbing rakan sebaya
  • Ketua kelas
  • Pemimpin asrama
  • Pemimpin kokurikulum
  • Atlet sukan
  • Murid-murid lain yang berpotensi.

Proses pemilihan adalah seperti berikut:

  1. Kriteria Pemilihan: Menetapkan kriteria yang jelas untuk pemilihan, seperti kemahiran kepimpinan,sikappositif, prestasi akademik dan kebolehandalam berkomunikasi serta mempengaruhi orang lain.
  2. Pengumuman dan Pencalonan: Mengumumkan peluang untuk menjadi duta sahsiah dan mempelawa individu yang berminat untuk mencalonkan diri atau dicalonkan oleh murid, guru atau pihak lain yang berkaitan.
  3. Permohonan dan Penilaian Awal: Meminta calon untuk mengemukakan permohonan. Penilaian awal mungkin melibatkan penilaian prestasi akademik, rekod tingkah laku dan sumbangan kepada sekolah.
  4. Temu Duga atau Ujian: Mengadakan temu duga atau ujian untuk menilai kemahiran komunikasi, kepimpinan dan pemahaman calon mengenai nilai-nilai sahsiah. Hal ini juga mungkin termasuk simulasi situasi untuk melihat bagaimana calonmenangani cabaran atau mempengaruhi orang lain.
  5. Rujukan dan Penilaian: Mendapatkan rujukan daripada guru, mentor, atau pihak lain yang boleh memberikan pandangan tentang kelayakan dan potensi calon. Hal ini membantu memberikan gambaran menyeluruh tentang karakter dan prestasi calon.
  6. Pemilihan Akhir: Menilai semua maklumatyang diperoleh dan membuat keputusan akhir mengenai calon yang paling sesuai untuk dilantik sebagai duta sahsiah. Pemilihan akhir dilakukan oleh Pengetua atau Guru Besar (PGB).
  7. Pengumuman dan Latihan: Mengumumkan pemilihan duta sahsiah dan menyediakan latihan atau orientasi untukmembimbing mereka dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Latihan ini mungkin merangkumi teknik bimbingan dan pemahaman tentang nilai-nilai dalam memodelkan perilaku positif serta kemahiran lain yang diperlukan.
  8. Penilaian Berterusan: Pelantikan duta sahsiah ini adalah tidak kekal. Prestasi duta sahsiah dinilai secara berterusan untuk memastikan tanggungjawab dilaksanakan dan sentiasa beretika. Sokongan dan bimbingan akan diberikan untuk perkembangan potensi diri mereka.

Cadangan Aktiviti

Cadangan aktiviti duta ini adalah tertumpu kepada penerapan elemen adab dan sahsiah melalui aktiviti semasa seperti:

  • Perhimpunan rasmi mingguan sekolah
  • TVPSS
  • Aktiviti rasmi
  • Asrama
  • Kelas
  • Waktu rehat

Muat Turun Kit Duta Sahsiah

Kita Duta Sahsiah ini boleh dimuat turun menerusi file di bawah:

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kit ini, sila layari laman web https://www.moe.gov.my.

Baca juga: SSDM KPM: Login Sistem Sahsiah Diri Murid & Panduan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut