Kesan Buli dan Impak Jangka Masa Panjang Pada Mangsa

Kesan buli boleh dialami oleh mangsa di setiap peringkat umur sama ada kanak-kanak, pelajar mahupun dewasa.

Ia tidak hanya menjejaskan emosi mangsa, malah ia boleh memberi kepada kepada kesihatan mental dan fizikal secara negatif.

Buli boleh mengakibatkan kesan serius termasuk kematian. Kira-kira 85% dari mangsa buli menderitai kesan psikologi jangka panjang serta mengalami penyakit berkaitan tekanan dalam kehidupan pada masa akan datang.

Kesan Buli Kepada Mangsa

Berikut merupakan antara kesan buli yang boleh dikenalpasti pada mangsa :

Tiada Keyakinan Diri dan Rasa Rendah Diri

Memetik perkongsian dari Healthline, individu yang dibuli sering merasa rendah diri akibat tohmahan serta tindakan negatif daripada pihak yang membulinya.

Mangsa juga cenderung untuk berfikiran secara negatif tentang diri sendiri sehingga membuatkan diri rasa tidak berharga dan tiada harapan untuk hidup.

Anxiety dan Kemurugan

Stres yang dialami akibat dibuli boleh mencetuskan pelbagai perasaan negatif seperti sedih, ketakutan dan risau.

Sekiranya stres dan punca buli tidak ditangani, ia boleh mengakibatkan stres yang kronik, kemurungan dan anxiety sehinggalah mangsa beranjak dewasa.

Menunjukkan Simptom Psikosomatik

Disebabkan kemurungan psikologi (psychological distress), mangsa boleh menunjukkan beberapa simptom psikomatik akibat dibuli seperti :

  • Sakit kepala
  • Sakit perut
  • Sakit-sakit lain yang sukar untuk dijelaskan

Masalah Tidur

Mangsa buli juga boleh mengalami masalah tidur seperti insomnia, sering mengalami mimpi ngeri dan tidur terganggu.

Kualiti tidur yang terjejas seterusnya boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal mangsa termasuk sistem imun lemah dan mudah jatuh sakit.

Prestasi Merosot

Kesan buli juga boleh dilihat pada prestasi yang merosot sama ada di sekolah atau tempat kerja.

Pada kebanyakan masa, mangsa yang dibuli akan mengalami kesukaran untuk fokus sehingga menyebabkan prestasi mereka terjejas.  

kesan buli

Sukar Untuk Menyesuaikan Diri dan Bersosial

Untuk mengelakkan terus dibuli, mangsa juga cenderung untuk mengelak daripada bertemu orang.

Pengasingan sosial ini membuatkan mangsa sukar untuk membina hubungan dan bersosial.

Dalam jangka masa panjang, ia boleh membuatkan mangsa kesunyian dan kemurungan seorang diri.

Kesan Buli Pada Jangka Masa Panjang

Masalah Kesihatan Kronik

Menurut WebMD, stres yang berpanjangan akibat dibuli boleh mengakibatkan beberapa masalah kesihatan kronik seperti darah tinggi, masalah jantung dan diabetes.

Di samping itu, impak pada kesihatan mental akibat dibuli pula boleh menjejaskan fungsi badan untuk berfungsi secara optimum.

Masalah Keluarga

Kesan berpanjangan juga boleh dialami oleh keluarga mangsa buli. Sekiranya mangsa dibuli sejak kecil, individu tersebut bakal berdepan dengan masalah untuk mendidik serta membesarkan anak.

Kes seperti penderaan atau pengabaian anak juga cenderung untuk berlaku disebabkan oleh trauma masa lalu.

kesan buli

Kesimpulannya, kesan buli boleh dilihat dalam pelbagai aspek iaitu kesihatan mental, fizikal serta kemampuan untuk bersosial.

Dengan mengenalpasti punca serta impaknya, anda atau pihak terdekat seperti keluarga, pihak sekolah atau majikan boleh membantu mangsa buli untuk mengatasi masalah yang dialami.

Ia juga perlulah ditangani segera bagi mengelakkan kesan jangka panjang yang lebih serius terhadap mangsa.

Sumber : myhealth.gov.my, WebMD, healthline.com

Bantu kami share artikel ini: