Untuk pelajar Tingkatan 4 atau Tingkatan 5 yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mengambil subjek perniagaan, anda perlu untuk membuat kerja kursus perniagaan sebagai salah satu tugasan wajib.
Oleh kerana itu, para pelajar mestilah mengetahui format kerja kursus ini bagi memastikan mereka dapat menyediakan kerja kursus dengan baik.
Mengenai Kerja Kursus Perniagaan
Kerja kursus ini merupakan tugasan wajib yang diberikan kepada pelajar yang mengambil mata pelajaran perniagaan terutamanya untuk Tingkatan 4 dan 5.
Kerja kursus ini dibuat untuk menilai pemahaman pelajar tentang konsep perniagaan, pengurusan, dan operasi perniagaan, serta kemahiran mereka dalam menjalankan penyelidikan, analisis, dan penulisan laporan.
Umumnya, kerja kursus ini adalah sama seperti rancangan perniagaan yang bakal dilaksanakan pelajar dan pelajar perlu untuk menulis rancangan perniagaan mereka seperti yang dimahukan.
Tujuan Kerja Kursus
Tujuan kerja kursus ini dilakukan adalah untuk:
- Memahami asas yang dipelajari dalam subjek perniagaan.
- Melatih pelajar untuk menganalisis rancangan untuk melaksanakan perniagaan dan organisasi
- Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari dariipada subjek ini.
- Melatih pelajar dalam menjalankan penyelidikan dan penulisan.
Format Kerja Kursus Perniagaan
Format kerja kursus ini adalah seperti berikut:
- Ringkasan Eksekutif
- Pengenalan
- Latar Belakang
- Rancangan Pentadbiran
- Rancangan Organisasi
- Rancangan Pemasaran
- Rancangan Kewangan
- Penutup
- Lampiran
i-Ringkasan Eksekutif
Rancangan eksekutif ini mestilah ditulis dalam bentuk perenggan merangkumi:
- Nama Perniagaan
- Kegiatan Utama Perniagaan
- Ringkasan Rancangan Perniagaan
- Ringkasan Rancangan Operasi
- Ringkasan Rancangan Pemasaran
- Ringkasan Rancangan Kewangan
- Modal Awal
ii- Pengenalan
Pengenalan mestilah ditulis dengan nama perniagaan dan kelebihan jenis perniagaan yang dipilih.
Di dalam pengenalan ini juga, pelajar perlulah menulis beberapa perkara penting iaitu:
- Jumlah pinjaman yang diperlukan
- Nama agensi pembiayaan/institusi
- Justifikasi sumber perniagaan yang dipilih
- Tujuan permohonan pinjaman
iii- Latar Belakang
Latar belakang perlu ditulis melibatkan latar belakang perniagaan dan pemilik:
a) Latar Belakang Perniagaan
- Nama perniagaan
- Alamat premis perniagaan
- No. tel dan faks
- Emel
- Bentuk milikan perniagaan
- Modal awal
- Tarikh pendaftaran perniagaan
- Tarikh mula perniagaan
- No. Pendaftaran perniagaan (SSM). Contohnya: 202203123456
- Nama bank perniagaan
- No. akaun bank perniagaan (akaun semasa)
b) Latar Belakang Pemilik
- No kad pengenalan
- Tarikh lahir
- Umur
- Status perkahwinan
- Alamat penuh
- No. telefon peribadi
- Emel
- Kelulusan akademik
- Kemahiran
- Pengalaman
iv- Rancangan Pentadbiran
Rancangan pentadbiran mestilah mempunyai maklumat berikut:
- Logo perniagaan
- Visi,misi dan objektif
- Carta organisasi perniagaan
- Diskripsi tugas pentadbiran
- Penggajian
– Jadual imbuhan dan gaji termasuk kwsp dan perkeso semua pekerja
– Bentuk insentif pekerja (wajib 4 insentif termasuk kwsp dan perkeso) - Kos pentadbiran (senarai kos-kos pentadbiran mengikut keperluan perniagaan)
v- Rancangan Operasi
- Jenis produk (huraian produk)
- 1 Carta alir proses perniagaan (ikut format simbol yang betul)
- Waktu operasi perniagaan
- Diskripsi tugas operasi
- Kedudukan premis
– Alamat
– Pelan lokasi
– Justifikasi/sebab/alasan pemilihan lokasi - Susun atur ruang premis perniagaan
- Keperluan perniagaan/rakan strategik/niaga
- Kos operasi
– Kos belian stok/inventori
– Kos-kos lain - Pengurusan sumber fizikal dan teknologi
– Justifikasi/alasan penggunaan
– 2 sumber fizikal dan 2 sumber teknologi
– Prosedur mengurus sumber fizikal dan sumber teknologi
vi- Rancangan Pemasaran
Untuk rancangan pemasaran, pelajar perlulah menulis perkara-perkara berikut:
- Analisis industri
– 2 kekuatan dan 2 kelemahan perniagaan
– 2 tandingan produk dengan 2 pesaing
– 2 strategi harga dengan 2 pesaing
– 2 strategi promosi perniagaan - Analisis pasaran
– Penentuan harga jualan seunit
– Sasaran jualan
– Syer pasaran dengan 2 pesaing - Penerangan sasaran pelanggan
vii- Rancangan Kewangan
Rancangan kewangan yang perlu ditulis adalah:
- Menghintung keperluan modal perniagaan (kelengkapan dan bank)
- Penyata kewangan Proforma
– Penyata aliran tunai
– Baki tunai akhir setiap tempoh
– Penyata pendapatan - Kunci kira-kira
viii- Penutup
Untuk penutup, pelajar perlu menulis kembali secara umum mengenai perniagaan ini dan perlu menulis mengenai jangkaan perniagaan ini untuk masa hadapan.
Muat Turun Contoh Kerja Kursus
Contoh kerja kursus ini boleh dimuat turun menerusi file di bawah:
Baca juga: Panduan & Contoh Folio (Kerja Kursus)