Panduan & Contoh Folio (Kerja Kursus)

Pelajar perlulah bersedia sekiranya mereka dikehendaki untuk membuat folio dengan merujuk contoh folio yang ada.

Folio memerlukan pelajar untuk melakukan kajian mengenai sesuatu tajuk sebelum dijilidkan seperti sebuah buku.

Maksud Folio

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, folio didefinasikan sebagai sukatan besar buku atau satu lembar kertas yang dilipat dua sehingga mempunyai empat muka.

Namun, secara umumnya, folio merupakan dokumen yang menerangkan hasil kajian secara ringkas mengenai sesuatu tajuk.

Panduan Penulisan Folio

Folio ini mestilah mempunyai beberapa perkara penting iaitu:

1) Muka depan: Mengandungi maklumat seperti Nama Sekolah, Nama Kumpulan, Senarai Ahli kumpulan, Tajuk Tugasan dan maklumat-maklumat lain yang perlu dimaklumkan kepada pemeriksa tugasan.

2) Tajuk: Lampirkan helaian Kertas Tugasan yang telah diberikan (jika ada)

3) Isi kandungan: Senarai bilangan/isi-isi kandungan serta muka surat.

4) Penghargaan: Tulis penghargaan dengan ucapan terima kasih kepada pihak yang banyak membantu.

5) Pendahuluan (jika diperlukan): Lazimnya berhubungkait tentang diri dan alasan untuk projek ini dikaji.

6) Hasil kajian / Isi-isi penting kajian: Huraikan hasil kajian dengan subtopik sama ada dalam bentuk esei, jadual, graf, carta pai dan lain-lain.

7) Kesimpulan- Ringkaskan tentang hasil kajian.

8) Lampiran: Gambar, Dokumen dan lain-lain.

9) Rujukan: Tulis rujukan yang telah anda rujuk seperti buku atau laman web yang dirujuk.

Contoh Folio

Antara contoh folio yang boleh dijadikan rujukan adalah seperti berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!