Kepentingan Keluarga Bahagia: Isi Penting & Contoh Karangan

kepentingan keluarga bahagia
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Karangan bertajuk “Kepentingan Keluarga Bahagia” boleh dirujuk seperti di bawah.

Isi penting dan contoh karangan boleh menjadi panduan kepada para murid dan pelajar untuk menjawab di dalam peperiksaan.

Isi Penting

1. Menjamin Kesihatan Ahli Keluarga yang Terjamin

  • Membentuk kesihatan keluarga terjamin serta sihat dari segi fizikal, spiritual, dan mental.
  • Keluarga yang bahagia akan menjamin hidup aman damai dan gembira malah stres juga dapat dihindarkan.
  • Kebahagiaan dapat menghindarkan daripada stres, kemurungan, dan penyakit kronik yang lain seperti hipertensi, penyakit kardiovaskular dan angin ahmar atau strok.

2. Menjamin Kesejahteraan Masyarakat

  • Keluarga yang hidup bahagia di dalam sesebuah komuniti akan menjalinkan tali persaudaraan dan perhubungan yang akrab.
  • Bersama-sama dalam menjayakan sesuatu projek kemasyarakatan seperti mengadakan hari keluarga, rumah terbuka ataupun rukun tetangga.
  • Selalu mengadakan kunjung-mengunjungi, bertegur sapa, bertukar-tukar fikiran, dan sebagainya.
  • Kesejahteraan, keamanan, dan kedamaian masyarakat akan lebih terjamin apabila adanya keluarga-keluarga yang bahagia dalam sesebuah masyarakat.

3. Menyumbang Kepada Kemajuan Negara

  • Ibu bapa yang menitik berat mengenai kebahagiaan keluarga akan memastikan anak-anak hidup harmoni dan seterusnya melahirkan anak-anak yang berminda kelas pertama.
  • Generasi muda yang maju dari segi mental, rohani dan fizikal akan menyumbang kepada kualiti modal insan dalam pembangunan ekonomi negara.
  • Pembangunan ekonomi dapat menjamin sosioekonomi rakyat kerana banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan kekayaan negara dapat diagihkan.
  • Ini berlaku hasil daripada wujudnya keluarga yang bahagia di dalam sesebuah negara.

4. Mengurangkan Kes Jenayah

  • Kes-kes jenayah yang sering dilakukan oleh individu yang mempunyai masalah dengan keluarganya.
  • Kajian-kajian yang dijalankan sebelum ini yang membuktikan faktor utama penjenayah melakukan jenayah adalah disebabkan masalah kekeluargaan.
  • Mereka melakukan perkara tersebut akibat hilang pertimbangan dan tekanan sehingga melakukan jenayah.
  • Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memberikan pendidikan dan kasih sayang agar anak-anak mereka dapat dijauhkan daripada melakukan kes-kes jenayah.

Contoh Karangan Kepentingan Keluarga Bahagia

i) PENDAHULUAN

Semua insan mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia. Malah, dalam konteks negara, keluarga juga merupakan satu elemen penting dalam membentuk masyarakat yang harmoni. Keluarga yang bahagia dan harmoni amat penting dalam memastikan pembentukan generasi akan datang yang cemerlang. Oleh kerana itulah, sesebuah keluarga perlulah mempunyai nilai kasih sayang, pengertian, dan saling menghargai antara satu sama lain. Setiap pihak perlu mengetahui akan kepentingan memiliki keluarga yang bahagia.

ii) ISI 1: MENJAMIN KESIHATAN AHLI KELUARGA YANG TERJAMIN

Keluarga yang bahagia juga dapat membentuk kesihatan keluarga terjamin serta sihat dari segi fizikal, spiritual, dan mental. Keluarga yang bahagia akan menjamin hidup aman damai dan gembira malah stres juga dapat dihindarkan, sekaligus kesihatan keluarga akan lebih terjamin. Tidak dapat dinafikan, kebahagiaan dapat menghindarkan daripada stres, kemurungan, dan penyakit kronik yang lain seperti hipertensi, penyakit kardiovaskular dan angin ahmar atau strok. Oleh kerana itulah, keluarga yang bahagia penting bagi menjamin kesihatan anggota keluarga yang lain.

iii) ISI 2: MENJAMIN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

Bukan itu sahaja, keluarga yang bahagia juga menjamin kesejahteraan masyarakat. Keluarga yang hidup bahagia di dalam sesebuah komuniti akan menjalinkan tali persaudaraan dan perhubungan yang akrab. Mereka akan bersama-sama dalam menjayakan sesuatu projek kemasyarakatan seperti mengadakan hari keluarga, rumah terbuka ataupun rukun tetangga. Mereka juga akan selalu mengadakan kunjung-mengunjungi, bertegur sapa, bertukar-tukar fikiran, dan sebagainya. Dengan erti kata lain, kesejahteraan, keamanan, dan kedamaian masyarakat akan lebih terjamin apabila adanya keluarga-keluarga yang bahagia dalam sesebuah masyarakat.

iv) ISI 3: MENYUMBANG KEPADA KEMAJUAN NEGARA

Keluarga yang bahagia juga tidak dapat disangkal menyumbang kepada kemajuan negara. Ibu bapa yang menitik berat mengenai kebahagiaan keluarga akan memastikan anak-anak hidup harmoni dan seterusnya melahirkan anak-anak yang berminda kelas pertama. Generasi muda yang maju dari segi mental, rohani dan fizikal akan menyumbang kepada kualiti modal insan dalam pembangunan ekonomi negara. Pembangunan ekonomi dapat menjamin sosioekonomi rakyat kerana banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan kekayaan negara dapat diagihkan. Semua ini berlaku hasil daripada wujudnya keluarga yang bahagia di dalam sesebuah negara.

v) ISI 4: MENGURANGKAN KES JENAYAH

Selain itu, keluarga yang bahagia juga akan menyumbang kepada pengurangan kes jenayah di dalam negara. Kes-kes jenayah yang sering dilakukan oleh individu yang mempunyai masalah dengan keluarganya. Ini berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan sebelum ini yang membuktikan faktor utama penjenayah melakukan jenayah adalah disebabkan masalah kekeluargaan. Mereka melakukan perkara tersebut akibat hilang pertimbangan dan tekanan sehingga melakukan jenayah. Keadaan ini mampu dibendung jika semua keluarga berupaya memainkan peranan dalam membentuk suasana kekeluargaan yang baik. Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memberikan pendidikan dan kasih sayang agar anak-anak mereka dapat dijauhkan daripada melakukan kes-kes jenayah.

vi) PENUTUP

Tuntasnya, keluarga yang bahagia dapat melahirkan generasi yang cemerlang, menjamin keamanan, dan mengurangkan gejala sosial yang dapat menjejaskan kemakmuran negara. Jika institusi keluarga porak-peranda atau kucar-kacir, kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara akan terjejas. Menyedari hakikat ini, ibu bapa hendaklah memasikan rumah tangga mereka sentiasa berada dalam keadaan yang bahagia dan harmoni.

Menarik! ENSIKLOPEDIA KELUARGA BAHAGIA by Ustazah Asma Harun

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut