Kemaskini STR 2025 – Panduan & Maklumat Penting

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kemaskini STR 2025 – Maklumat yang Perlu Dikemaskini & Caranya

Bagi pemohon yang LAYAK dan berstatus LULUS menerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025, anda perlu mengemaskini maklumat tertentu untuk memastikan anda terus layak menerima bantuan ini.

Jadi, kepada penerima STR yang mempunyai perubahan data atau belum pernah melakukan kemaskini secara tiga tahun berturut-turut, anda perlu kemaskini STR 2025.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Permohonan STR 2025 – Syarat Kelayakan & Cara Memohon

Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025?

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. 

Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya. 

Kemaskini STR 2025

Kemaskini STR 2025 - Maklumat yang Perlu Dikemaskini & Caranya

Bagi penerima yang layak menerima STR 2025 dan berstatus lulus, anda diminta untuk melakukan kemaskini akaun anda sekiranya terdapat sebarang perubahan data atau, anda belum pernah melakukan kemas kini selama 3 tahun berturut-turut.

Anda perlu mengemaskini maklumat asas seperti berikut:

  • No. Telefon Rumah 
  • No. Telefon Bimbit 
  • Maklumat Alamat Surat Menyurat 
  • Alamat e-Mel
  • Maklumat No Telefon Pasangan 
  • Maklumat Akaun Bank Pemohon / Pasangan 
  • Maklumat Waris 

Tempoh Kemaskini STR 2025

Kemas kini maklumat Permohonan STR boleh dilakukan bermula 19 Oktober 2024. Tarikh akhir permohonan / kemaskini maklumat secara dalam talian bagi kelayakan STR 2025 Fasa 1 adalah pada 30 November 2024.

Jadi, jom kemaskini cepat bagi memastikan anda dapat menerima STR Fasa 1 untuk tahun 2025 tanpa sebarang masalah. 

Cara Kemaskini STR 2025

Anda boleh melakukan kemaskini maklumat permohonan STR melalui dua cara, iaitu:

  1. Secara dalam talian di Portal Rasmi STR LHDNM di pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Penghantaran Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC). Borang Kemaskini Maklumat Permohonan STR boleh didapati melalui Portal Rasmi STR atau di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC). 

Anda adalah digalakkan untuk membuat kemaskini maklumat Permohonan STR secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat. 

Panduan Kemaskini STR 2025 Secara Online

Rujuk panduan kemaskini STR 2025 secara dalam talian melalui portal rasmi STR di bawah:

1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/   

2. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Log Masuk. Sahkan kod keselamatan dan masukkan kata laluan anda. Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu. 

3. Untuk sebarang perubahan maklumat asas, pilih menu “Perubahan Maklumat Asas”. 

Kemaskini STR 2025 - Maklumat yang Perlu Dikemaskini & Caranya

4. Kemaskini maklumat asas seperti berikut dengan maklumat terkini:

  • No. Telefon Rumah 
  • No. Telefon Bimbit 
  • Maklumat Alamat Surat Menyurat 
  • Alamat e-Mel
  • Maklumat No Telefon Pasangan 
  • Maklumat Waris 

5. Kemudian, klik “Simpan”. Selesai.

BACA JUGA: Lupa Kata Laluan STR 2025, Ini Cara Dapatkan Semula Password

Soalan Lazim (FAQ) – Kemaskini STR 2025 

S: Permohonan STR saya berstatus lulus dan ingin mengemaskini maklumat waris. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan?   

J: Sekiranya permohonan berstatus lulus dan ingin mengemaskini maklumat waris (maklumat asas) anda perlu Log Masuk MySTR dan klik menu Perubahan Maklumat Asas.    

S: Saya adalah pemohon dan tidak mendaftarkan maklumat akaun bank pemohon dan pasangan semasa tempoh pendaftaran STR, adakah saya boleh menambah maklumat akaun bank semasa tempoh kemaskini maklumat dibuka?     

Ya. Anda boleh menambah maklumat akaun bank pemohon atau pasangan sekiranya tiada maklumat akaun bank pemohon atau pasangan pada borang permohonan STR 2025.  Pengemaskinian maklumat akaun bank juga dibenarkan sekiranya bayaran STR fasa terkini bukan melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank pemohon / pasangan tersebut.    

S: Saya adalah penerima bayaran STR secara pengkreditan ke akaun bank dan status pembayaran adalah Berjaya Kredit, adakah saya boleh mengemaskini maklumat akaun bank saya?     

J: Tidak. Kemas kini maklumat akaun bank penerima tidak dibenarkan sekiranya status bayaran fasa sebelumnya adalah Berjaya Kredit.    

S: Kaedah pembayaran STR saya adalah secara kredit ke akaun bank pasangan semasa fasa pembayaran sebelumnya. Sekiranya status akaun bank tersebut adalah tidak aktif sebelum pembayaran fasa seterusnya bermula, adakah saya boleh membuat kemas kini maklumat akaun bank pasangan saya?     

J: Kemas kini maklumat akaun bank pasangan hanya dibenarkan sekiranya status bayaran STR semasa fasa pembayaran sebelumnya adalah: Gagal Kredit atau Tunai. 

S: Permohonan STR 2025 saya berstatus Lulus dan saya telah membuat Permohonan Rayuan Tambahan STR 2025 dengan menukar status kepada Kahwin. Bagaimanakah cara untuk saya mengemas kini maklumat akaun bank atau maklumat waris dalam Permohonan STR saya?     

J: Bagi Permohonan STR 2025 berstatus Lulus dan telah mengemukakan Permohonan Rayuan Tambahan, maklumat Permohonan STR pemohon tidak boleh dikemas kini pada menu Kemas Kini Maklumat Permohonan.  

S: Saya merupakan waris baharu yang ingin mengemas kini maklumat waris disebabkan waris yang berdaftarkan pada borang STR telah uzur / sakit / berada di dalam penjara. Bagaimanakah saya boleh mengemas kini maklumat waris bagi pihak pemohon yang telah meninggal dunia?     

J: Pengemaskinian maklumat waris bagi pemohon yang telah meninggal dunia perlu dilakukan di Pejabat LHDNM berdekatan. Waris baharu perlu melengkapkan Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan dan sertakan dokumen seperti di bawah: 

  • Kad pengenalan (asal) waris
  • Sijil Kematian (asal / salinan) Pemohon
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris

S: Sekiranya pemohon telah meninggal dunia dan tidak mendaftarkan waris, siapakah yang layak didaftarkan sebagai waris?     

J: Waris yang layak didaftarkan terhad kepada maklumat Pasangan / Anak yang wujud dalam Permohonan STR 2025 sahaja. Bagi permohonan STR 2025 yang tidak mempunyai maklumat pasangan, anak dan waris dalam rekod permohonan semasa, pendaftaran maklumat waris adalah tidak dibenarkan.  

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai STR 2025, anda boleh ikuti dan layari:

Info STR 2025 juga akan dikemaskini dari masa ke semasa di laman web ini, pastikan anda mengikuti kami di saluran Whatsapp untuk notifikasi maklumat terkini. 

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut