Bagi penerima bantuan MyKasih di Perlis, anda boleh menyemak Kedai MyKasih Perlis untuk membeli barangan bantuan ini.
Program MyKasih, inisiatif kerajaan Malaysia, direka untuk meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah dan B40 dengan menyediakan bantuan bersubsidi untuk pembelian barangan keperluan asas.
Program ini berfungsi melalui penggunaan MyKad, di mana peruntukan kewangan disalurkan terus kepada penerima untuk digunakan di kedai-kedai MyKasih yang telah ditetapkan.
Kedai MyKasih: Rangkaian Rakan Kongsi
Kedai MyKasih merujuk kepada rangkaian pasar raya dan kedai runcit yang telah bekerjasama dengan program MyKasih.
Kedai-kedai ini boleh dikenal pasti dengan logo MyKasih yang dipaparkan dengan jelas. Antara rakan kongsi utama termasuk pasar raya besar seperti Mydin, Giant, Econsave, dan Tesco (kini Lotus’s).
Selain itu, beberapa kedai runcit kecil dan kedai serbaneka turut menjadi sebahagian daripada rangkaian ini bagi memastikan capaian yang lebih luas, terutamanya di kawasan luar bandar.
Pemilihan kedai-kedai ini adalah penting untuk memastikan penerima mempunyai akses mudah kepada pelbagai barangan keperluan pada harga yang berpatutan.
Ini termasuk barangan makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung, telur, dan roti, serta barangan kebersihan diri.
Anda boleh membeli barangan keperluan ini di kesemua Kedai MyKasih Perlis.
Senarai Kedai MyKasih Perlis 2025
Berikut merupakan senarai kedai MyKasih di Perlis bagi tahun 2025 yang telah disusun mengikut kawasan pentadbiran utama:
Kangar
- The Store (Kangar Kayangan Square)
Kayangan Square Shopping Complex, Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis - Pasaraya Karim
Lot 3169, Jalan Kampung Surau Titi Chai, Utan Aji, 01000 Kangar, Perlis - Pasaraya Econo (Titi Chai)
No. 7, 9, 11 & 13, Jalan 1, Taman Sri Sentang, 01000 Kangar, Perlis - Giant Superstore (Kangar)
PT-4819, Taman Putra Utara, Jalan Raja Syed Alwi, 01000 Kangar, Perlis - Pasaraya Eco Jimat
No. 381, 383, 385, 387, 389, Jalan Bukit Keteri, Taman Emas, 02400 Beseri, Perlis - Azhar & Family Fresh Mart
No. 24, Tingkat Bawah, Jalan Medan Beseri Indah, 02400 Kangar, Perlis - Walanmart (M) Sdn Bhd
No. 65A, Kampung Abi Kubang Badak, 01000 Kangar, Perlis - Pasaraya Econo (Beseri)
Lot 4474A-F, Batu 7 1/2, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis - Pasaraya Econo (Kuala Perlis)
No. 51, Jalan Sarawak, Taman Bukit Kubu Jaya, 02000 Kuala Perlis, Perlis - Pasaraya Ekonomi (Perlis) A-Wang Sdn. Bhd.
Dewan M.P.K., Simpang Empat, 02700 Simpang Empat, Perlis
Arau
- D’Putra Mart
Tingkat Bawah, No. 1 & 3, Jalan Satu, Taman Desa Ulu Pauh, 02600 Arau, Perlis - C-Mart (Arau)
Lot 3968, Kompleks Arau, 02600 Arau, Perlis
Padang Besar
- Super Gmart Mini Market
8-A, Kampung Baru, 02100 Padang Besar, Perlis - Agrobazaar Rakyat (Borong Wann)
No. 1, Kompleks Perniagaan Felcra Lubuk Sireh, 02100 Kaki Bukit, Perlis
Artikel berkaitan: Kedai MyKasih Setiap Negeri 2025 (Senarai Lengkap)
Cara Membuat Semakan
Untuk mengetahui status penerima, individu boleh membuat semakan seperti berikut:
- Layari laman web https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan no kad pengenalan.
- Klik butang ‘Semakan Status.’
- Status penerima dipaparkan.
Soalan Lazim
Apakah syarat kelayakan bantuan ini untuk tahun 2025?
Syarat utama adalah penerima mesti tergolong dalam golongan B40 atau M40 dan berdaftar dengan eKasih atau STR.
Bagaimanakah untuk membuat semakan online?
Anda boleh buat semakan online di portal rasmi atau menggunakan aplikasi MyKasih.
Bilakah tarikh pembayaran bantuan ini?
Bantuan biasanya dikreditkan setiap awal bulan bermula dari bulan Mei hingga Disember 2025.
Bolehkah bantuan hanya boleh digunakan untuk membeli selain daripada barang dari senarai?
Tidak, bantuan hanya boleh digunakan untuk barangan asas yang telah disenaraikan sahaja.
Apakah yang perlu dilakukan jika bantuan tidak diterima?
Hubungi pusat khidmat pelanggan MyKasih atau pejabat kebajikan sosial terdekat untuk bantuan lanjut.
Kedai mana boleh guna MyKasih di Perlis?
Kebanyakan pasar raya seperti Econsave, Lotuss, GS Mart, Mydin, Billion, Speedmart dan banyak lagi kedai terpilih yang berdaftar boleh menggunakan MyKasih. Sila rujuk senarai lengkap di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
Di mana boleh dapatkan senarai kedai MyKasih Perlis?
Sila rujuk senarai lengkap di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
Info Lanjut Kedai MyKasih di Perlis
Info lanjut mengenai Kedai atau Program MyKasih di Perlis, sila layari laman web https://mykasih.my.