Apakah kebaikan chia seed yang boleh anda perolehi untuk membina kesihatan tubuh badan yang sempurna dan sihat untuk jangka panjang?
Chia seed adalah biji kecil yang berasa dari tumbuhan Salvia hispanica, sejenis tumbuhan berbunga dalam keluarga mint, yang berasal dari Amerika Tengah dan Selatan.
Walaupun kecil, namun kebaikan chia seed atau biji chia cukup banyak. Bijian ini dikatakan telah diambil sejak zaman lampau iaitu oleh puak Aztecs dan Maya suatu ketika dahulu sebagai sumber tenaga. Dalam bahasa Maya, “chia” bermaksud kekuatan, yang mencerminkan manfaat pemakanan dan tenaga yang ditawarkan oleh biji ini.
Ia juga cukup popular dalam kalangan individu yang sedang berdiet dan sering menjadi ramuan pilihan dalam penyediaan overnight oat.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda dengan lebih lanjut tentang 10 kebaikan chia seed untuk kesihatan tubuh anda.
Bacaa juga:
- 15 Khasiat Sengkuang : Ubi Rendah Kalori Kaya Nutrisi
- 15 Khasiat Buah Delima Yang Wajib Anda Tahu
- 15 Khasiat Kacang Kuda Untuk Kesihatan Tubuh
1. Tinggi Dengan Kandungan Antioksida
Chia seed merupakan sumber antioksida yang sangat baik. Menurut National Center for Biotechnology Information, kandungan antioksidan dalam chia seed berfungsi sebagai agen pelindung yang kuat untuk kesihatan sel.
Sesetengah komponen antioksida khusus dalam bijian ini seperti asid caffeic, quercetin, dan kaempferol, yang membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas.
Antioksidan ini juga mempunyai sifat anti-radang, yang membantu mengurangkan keradangan kronik yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti arthritis, penyakit jantung, dan kanser.
2. Baik Untuk Kesihatan Jantung
Bercakap dengan kesihatan jantung, siapa sangka bahawa kebaikan chia seed ini sebenarnya padat dengan khasiat serat dan omega-3, terutamanya ALA (alpha-linolenic acid).
Omega-3 inilah yang memainkan peranan penting dalam menurunkan tahap trigliserida dan kolesterol LDL (kolesterol jahat) dalam darah, sekaligus meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik).
Kajian yag diterbitkan dalam International Journal of Molecular Sciences pada tahun 2023 mendapati bahawa pengambilan ALA secara teratur dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.
Menariknya lagi, omega-3 dari chia seed juga mampu menyokong fungsi otak, membantu mencegah masalah neurodegeneratif seperti Alzheimer dan memperbaiki daya tumpuan.
3. Mampu Menyokong Penurunan Berat Badan
Chia seed adalah makanan rendah kalori tetapi tinggi nutrisi, menjadikannya sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. 28 gram biji chia mempunyai sehingga 10 gram serat. Seperti yang kita tahu, makanan yang kaya dengan serat dapat membantu mengatasi masalah berat badan.
Kandungan serat larut dalam chia seed membantu meningkatkan rasa kenyang dengan melambatkan pencernaan.
Protein dalam bijian ini juga menyumbang kepada rasa kenyang, sekaligus mengurangkan keinginan untuk makanan ringan. Kajian dalam Journal of Obesity & Metabolic Syndrome, menunjukkan bahawa diet tinggi serat dan protein dapat mengurangkan pengambilan kalori harian dan menyokong penurunan berat badan secara beransur-ansur.
4. Baik Untuk Kesihatan Tulang
Kebaikan Chia seed juga tinggi dengan beberapa nutrisi penting untuk kekuatan tulang dan gigi seperti mangnesium, kalsium dan fosforus. Menurut data dari U.S Department of Agriculture, dalam setiap 28 gram biji ini terdapat kira-kira 18% keperluan kalsium harian dan 30% magnesium harian.
Kalsium membantu dalam pembentukan dan pemeliharaan tulang, manakala magnesium memainkan peranan penting dalam menyokong penyerapan kalsium.
Kandungan alpha-liphoic acid (ALA) yang terkandung dalam bijian ini juga dikatakan mempunyai peranan penting dalam kesihatan tulang.
Kajian dalam International Journal of Woman’s Health, menunjukkan bahawa diet kaya kalsium dan magnesium dapat mengurangkan risiko osteoporosis, terutama di kalangan wanita pasca-menopaus. Oleh itu, chia seed adalah tambahan yang baik untuk menyokong kesihatan tulang.
5. Melancarkan Sistem Pencernaan
Chia seed merupakan sumebr serat yang sangat kaya, dengan setiap 28 gram mengandungi sekitar 11 gram serat, bersamaan dengan 40% keperluan harian anda.
Serat larut yang terdapat dalam chia seed menyerap air dan membentuk gel dalam sistem penghadaman, yang membantu melancarkan pergerakan usus dan mencegah sembelit.
Dalam masa yang sama juga, serat larut yang terkandung di dalamnya berfungsi sebagai prebiotik yang menyuburkan bakteria baik dalam usus, penting untuk mengekalkan keseimbangan mikrobiota usus.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Food Science & Nutrition pada tahun 2022 mendapati bahawa, diet tinggi serat dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit seperti sindrom metabolik, obesiti, dan diebetes jenis 2.
Oleh itu, pengambilan chia seed secara konsisten dapat memperbaiki kesihatan penghadaman anda dan melindungi usus daripada penyakit.
6. Mengawal Paras Gula Dalam Darah
Chia seed mempunyai indeks glisemik yang sangat rendah, menjadikannya makanan yang ideal untuk mengawal paras gula darah. Apabila chia seed direndam, ia membentuk gel yang melambatkan penyerapa gula ke dalam darah, mencegah lonjakan gula darah yang berbahaya.
Kajian dalam Bangladesh Journal of Endocrinology and Metabolisme menunjukkan bahawa, diet tinggi serat larut seperti yang terdapat dalam chia seed, dapat membantu mengurangakn resistensi insulin dan meningkatkan pengawalan gula darah, terutama bagi pesakit diabetes jenis 2.
7. Meningkatkan Penghidratan
Salah satu sifat unik chia seed ialah kemampuannya menyerap air sehingga 12 kali ganda beratnya, membentuk gel yang membantu mengekalkan penghidratan dalam tubuh.
Kajian dalam National Center for Biotechnology Information, menunjukkan bahawa chia seed boleh menjadi pengganti elektrolit semula jadi untuk mengekalkan stamina. Ini sangat bermanfaat bagi atlet atau individu yang aktif, kerana ia membantu mengekalkan keseimbangan cecair semasa aktiviti fizikal yang intensif.
8. Meningkatkan Kesihatan Kulit
Kandungan omega-3, antioksidan, dan mineral dalam chia seed membantu mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan sihat.
Omega-3 membantu mengurangkan keradangan pada kulit, manakala antioksidan melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV.
Kajian dalam National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa, pengambilan omega-3 boleh mengurangkan simptom kulit kering dan ekzema, menjadikan chia seed sebagai tambahan yang baik untuk kecantikan kulit secara dalama
9. Meningkatkan Tenaga dan Pemulihan Otot
Chia seed mengandungi sekitar 15-20% protein, menjadikannya sumber protein tumbuhan yang sangat baik, terutama bagi mereka yang mengamalkan diet vegetarian atau vegan.
Protein dalam chia seed mengandungi pelbagai jenis asid amino penting yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu otot, terutama selepas aktiviti fizikal.
10. Meningkatkan Kesihatan Jangka Panjang
Chia seed mengandungi pelbagai nutrien penting seperti zink, besi, fosforus, dan vitamin B kompleks. Nutrisi ini menyokong pelbagai fungsi tubuh termasuk penghasilan tenaga, pembentukan sel darah merah, dan fungsi sistem saraf.
Dengan hanya satu sudu besar chia seed, anda mendapat campuran nutrien yang membantu meningkatkan kesihatan keseluruhan secara panjang, Kajian dalam Journal of Food Sceience and Technology menekankan bahawa chia seed adalah antara superfood terbaik untuk menyokong gaya hidup sihat.
Kesimpulan
Kesimpulannya, chia seed adalah superfood kecil yang kaya dengan serat, omega-3, protein, vitamin, mineral, dan antioksidan, menjadikannya bermanfaat untuk kesihatan jantung, otak, penghadaman, dan tulang.
Sifatnya yang serbaguna dan mudah digunakan menjadikannya pilihan ideal untuk diet sihat. Dengan khasiat yang menyeluruh, chia seed adalah tambahan berharga untuk gaya hidup seimbang dan tubuh yang bertenaga.
Sumber:
- Chia Seeds Nutrition Facts, Benefits, and Downsides. Healthline
- Health-promoting Approaches of The Use of Chia Seeds. Journal of Functional Foods