Kata Ganda: Jenis & Contoh Ayat

Di dalam tatabahasa Bahasa Melayu, salah satu pelajaran yang perlu dikuasai murid dalah Kata Ganda.

Berikut adalah maklumat mengenai kata ini berserta contoh ayat.

Mengenai Kata Ganda

Kata ganda merupakan proses pengulangan perkataan.

Dalam erti kata lain, kata ini bermaksud kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.

Proses pengulangan ini berlaku bagi seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.

Pembahagian Jenis

Kata ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

  • Penggandaan penuh
  • Penggandaan separa
  • Penggandaan berentak

Penggandaan Penuh

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan atau tidak.

Penggandaan penuh terbahagi kepada dua iaitu :

  • Penggandaan penuh kata tunggal
  • Penggandaan penuh kata berimbuhan

i) Penggandaan Penuh Kata Tunggal

Antara contoh perkataan bagi Penggandaan Penuh Kata Tunggal ialah meja-meja, sekolah-sekolah, dan budak-budak.

Contoh ayat bagi penggandaan ini adalah seperti berikut:

Sekolah-sekolah di Kuala Lumpur ditutup hari ini kerana jerebu.

ii) Penggandaan Penuh Kata Berimbuhan

Antara contoh perkataan bagi penggandaan ini adalah:

Dengan AwalanDengan AkhiranDengan Apitan
Pelatih-pelatihJualan-jualanPersatuan-persatuan
Pekedai-pekedaiAmalan-amalanPermainan-permainan

Contoh ayat bagi penggandaan ini adalah seperti berikut:

– Banyak persatuan-persatuan sukan terpaksa mencari dana sendiri akibat penularan wabak COVID-19.

Penggandaan Separa

Penggandaan Separa atau Kata Ganda Separa merupakan suatu proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.

Bagi kata ini, kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan.

Penggandaan separa ini terbahagi kepada dua iaitu :

  • Penggandaan separa kata tunggal
  • Penggandaan separa kata berimbuhan

i) Penggandaan Separa Kata Tunggal

Antara contoh perkataan bagi penggandaan ini adalah:

Kata GandaKata Ganda Separa
PohonPepohon
TikusTetikus
GelangGegelang

Contoh ayat bagi penggandaan ini adalah seperti berikut:

Pepohon buluh itu sudah semakin besar sejak saya berpindah dari sini.

ii) Penggandaan Separa Kata Berimbuhan

AwalanAkhiranApitan
Berlari-lariJadi-jadianBersalam-salaman
Sepandai-pandaiRisik-risikanKekuning-kuningan

Contoh ayat adalah seperti di bawah:

Sepandai-pandai pencuri itu mencuri, akhirnya dia ditangkap tengah malam tadi.
– Buah itu sudah kuning-keningan menandakan ianya sudah hampir masak.

Penggandaan Berentak

Penggandaan berentakmerupakan suatu proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu.

Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.

Contoh kata ganda berentak adalah :

JenisKata NamaKata KerjaKata Adjektif
Pengulangan VokalSayur-mayurCerai-beraiHiruk-pikuk
Pengulangan KonsonanGunung-ganangDolak-dalikHuru-hara
BebasAnak-pinakUlang-alikLintang-pukang

Contoh ayat adalah seperti berikut:

Gunung-ganang di negara Jepun semuanya indah belaka.
– Berlaku huru-hara di negara Afrika akibat salah faham antara kaum.

Sumber: https://app.pandai.org/note/read/kssr-y4-bm-05-11/kssr-y4-bm-05/kata-ganda

Bantu kami share artikel ini: