Follow eCentral di WhatsApp Channel
Kata adjektif perasaan merujuk kepada kata yang menerangkan maksud perasaan atau kata yang menunjukkan perasaan sebagai penerang kata nama.
Kata adjektif ini juga akan diikuti oleh kata sendi nama seperti akan, dengan, terhadap dan sebagainya.
Contoh Kata Adjektif Perasaan
Antara contoh bagi kata adjektif perasaan adalah :
- Gembira
- Sedih
- Suka
- Risau
- Ragu
- Kecewa
- Takut
- Marah
- Bimbang
- Benci
- Gelisah
- Sayang
- Rindu
- Keliru
- Segan
- Cinta
- Terkejut
- Bangga
- Malu
Maksud dan Ayat Contoh Kata Adjektif Perasaan
Gembira
- Maksud : Sangat suka, besar hati, girang
- Ayat contoh : Anna gembira kerana mendapat sepasang kasut baharu daripada ibunya.
Keliru
- Maksud : Celaru, khilaf, salah anggap
- Ayat contoh : Sidek masih keliru dengan soalan tadi.
Marah
- Maksud : Murka, berang, perasaan panas hati
- Ayat contoh : Ahmad berasa sangat marah kerana ditipu oleh kawannya.
Sedih
- Maksud : Sayu, duka, hiba, berasa susah hati
- Contoh ayat : Alia sedih kerana kucing kesayangannya sudah hilang.
Malu
- Maksud : Segan, aib, tidak selesa
- Contoh ayat : Maria malu kerana diejek oleh rakan-rakannya.
Sayang
- Maksud : Mencintai, mengasihi
- Contoh ayat : Mak Teh sangat sayang akan anak-anaknya.
Benci
Trending sekarang
- Maksud : Tidak suka
- Contoh : Azman sangat benci pada orang yang merokok di tempat awam.
Takut
- Maksud : Tidak berani, gerun, gentar
- Contoh : Ismail takut kerana tidak sengaja merosakkan pasu kesayangan ibunya.
Bangga
- Maksud : besar hati, megah
- Contoh ayat : Amar berasa bangga apabila dilantik sebagai ketua kelas.
Kagum
- Maksud : Takjub, hairan, berasa sangat tertarik
- Contoh ayat : Syafiq cukup kagum dengan persembahan penyanyi kegemarannya.
Bimbang
- Maksud : Risau, gelisah, khuatir, cemas
- Contoh ayat : Ayah risau akan keselamatan anaknya yang masih belum pulang dari bandar.
Pelik
- Maksud : Ganjil, aneh, tidak biasa, hairan
- Contoh ayat : Daud berasa pelik dengan kelakuan wanita tua itu.
Ragu
- Maksud : Syak, bingung, sangsi, was-was
- Contoh ayat : Siti berasa ragu untuk menerima pelawaan daripada orang yang tidak dikenalinya itu.
Kecewa
- Maksud : Dukacita, hampa
- Contoh ayat : Abu kecewa kerana permohonan kerjanya ditolak.
Suka
- Maksud : Senang hati, girang
- Contoh ayat : Salwa sangat suka akan hadiah hari jadinya.
Terkejut
- Maksud : Tersentak, terperanjat
- Contoh ayat : Ali terkejut apabila dapat tahu sahabat karibnya mengalami kemalangan jalan raya.
Contoh Latihan
- Adik berasa ______ apabila melihat anjing liar di tepi jalan.
- Ibu berasa sangat ______ terhadap anak-anaknya.
- Amir ______ apabila mendengar bunyi dentuman kuat tiba-tiba.
- Dia berasa ______ apabila kawan-kawan mengejeknya.
- Kami semua ______ apabila melihat pelangi muncul di langit.
- Rina berasa ______ kerana dapat markah penuh dalam ujian.
- Ayah berasa ______ kerana bas yang ditunggu masih belum sampai.
- Cikgu ______ apabila murid-murid datang awal ke sekolah.
- Kami berasa ______ apabila melihat filem seram itu.
- Dia ______ kerana kucing kesayangannya hilang.
- Mereka ______ apabila taman permainan itu penuh dengan sampah.
- Farid ______ apabila dimarahi oleh guru di hadapan kelas.
- Adik ______ apabila seekor belalang hinggap di atas kepalanya.
- Kami berasa ______ apabila hujan turun ketika mahu bermain bola.
- Kakak ______ apabila dapat hadiah dari rakan baiknya.
- Ibu ______ kerana anak-anak tidak mendengar nasihat.
- Kami semua ______ apabila guru besar memuji persembahan kelas kami.
- Aisyah ______ dengan kelakuan teman baiknya sejak akhir-akhir ini.
- Adam ______ apabila terjumpa seekor anak kucing di dalam semak.
- Adik ______ apabila berjaya menunggang basikal tanpa bantuan.
Jawapan:
Trending sekarang
- gembira
- takut
- sayang
- terkejut
- benci
- gembira
- bangga
- bimbang
- bangga
- takut
- sedih
- benci
- malu
- takut
- kecewa
- gembira
- marah
- bangga
- pelik
- terkejut
Follow eCentral di WhatsApp Channel