Konsep “Karamah Insaniah” KPM – Maksud & Konsep Pelaksanaan

“Karamah Insaniah” merupaka satu konsep yang diperkenalkan dan ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Konsep Karamah Insaniah yang ditekankan menerangkan konsep menyatukan antara segmen Rukun Negara dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Oleh itu, konsep manusiawi turut diperkenalkan iaitu setiap pelajar mempunyai perasaan empati dan kasih sayang antara satu sama lain.

Pengenalan Konsep Karamah Insaniah KPM

Karamah Insaniah secara tidak langsung mengangkat maruah dan harga diri (human dignity) setiap orang anak didik dalam konteks Falsafah Pendidikan Negara.

Aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti serta kebajikan guru perlu dijadikan teras keberkesanan penyampaian pendidikan. 

MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian(BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menganjurkan Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.

Pelancaran ini akan mengangkat murid sebagai duta yang merupakan pemegang taruh terbesar selain guru, jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD).

Program kerjasama ini dahulu dikenali sebagai Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM: Jom Ke Sekolah dan kini telah dijenamakan semula sejajar dengan aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti.

Penganjuran majlis ini bertujuan memantapkan kerjasama antara KPM dengan PDRM. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah melalui penglibatan pegawai PDRM sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM dalam membantu menangani isu salah laku disiplin murid sekolah. Sehubungan dengan itu,

Pelantikan murid sebagai Duta Sahsiah pada peringkat sekolah dapat menggagaskan optik lebih jelas mengenai hala tuju sahsiah murid dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku Seksual di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Garis Panduan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Memahami Konsep “Karamah Insaniah”

Kemahiran karamah insaniah merujuk kepada kemahiran yang berkaitan dengan pembangunan diri dan kemahiran interpersonal.

Ia mencakupi kemahiran seperti keberanian, ketabahan, kesabaran, keterampilan berkomunikasi, kepimpinan, kerjasama, kreativiti dan lain-lain lagi.

Karamah insaniah adalah konsep penting dalam Islam dan nilai-nilai ini dapat diaplikasikan dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk dalam kalangan pelajar. 

Bagi menghadapi cabaran memartabatkan karamah insaniah ini, asas asas keintelektualan dalam kalangan pelajar perlu diperkukuhkan.

Artikel berkaitan: Biodata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

Slogan ABC – “ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK”

‘ABC’ merupakan sebuah slogan yang sering diungkapkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato Hj Pkharuddin Hj Ghazali.

Ia bukan sahaja memfokuskan kepada kaedah untuk melahirkan murid yang cerdik semata-mata, tetapi mempunyai sahsiah diri yang baik.

Slogan ini dihasilkan sebagai usaha KPM untuk memberikan pemahaman yang mudah diterima oleh semua masyaratkat untuk dihayati.

Melalui konsep ABC, bukan sekadar belajar di sekolah, murid-murid kini dididik untuk menjadi modal insan berilmu dan berakhlak mulia sebagai pewaris negara pada masa hadapan.

Berikut merupakan 4 asas utama melahirkan generasi “Anak Yang Baik lagi Cerdik”:

  • Hati – Bekerja dari Hati
  • Ibadah – Bekerja sebagai Ibadah
  • Trust and Inspirasi – Saling mempercayai dan memberi inspirasi
  • Manfaat – Sentiasa bermanfaat

Konsep “Anak Yang Baik lagi Cerdik” (ABC) ini juga selari dengan 7 teras utama yang menjadi tunjang KPM, iaitu aspek “Karamah Insaniah” melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti dalam diri seseorang murid.

Anak Yang Baik lagi Cerdik

7 Teras Utama KPM

Karamah Insaniah merupakan aspek yang ditekankan dalam tujuh teras utama KPM seperti yang berikut:

  1. Menjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus
  2. Memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti
  3. Memberi perhatian terhadap isu kemiskinan multidimensi murid daripada keluarga B40 termasuklah dari aspek malnutrisi, peranti dan ruang pembelajaran
  4. Memberi perhatian kepada isu keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi
  5. Memberi fokus kepada kebajikan guru
  6. Memberi tumpuan kepada usaha untuk mengubah suai dan menaik taraf sekolah yang mempunyai bangunan daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak
  7. Meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah

Baca lagi: 7 Teras Utama KPM Dalam Menerajui Sistem Pendidikan Negara

Strategi KPM

Dalam pembentukan karamah insaniah, KPM telah mengadakan pelbagai program untuk membentuk murid-murid agar mempunyai jati diri, keperibadian yang luhur, keterampilan, kepemimpinan yang berilmu, amanah, cekap, integriti,proaktif dan lain-lain.

Antara program yang telah dilaksanakan oleh KPM adalah:

  1. Simposium Hal Ehwal Murid (SHEM) peringkat kebangsaan – memberikan pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang melaksanakan amalan terbaik disiplin, kaunseling dan hak asasi manusia sebagai perkongsian kepada semua sekolah KPM.
  2.  Program Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah – Bertujuan melatih pemimpin-pemimpin dalam kalangan murid dengan memberi fokus kepada modul kepemimpinan Islam.
  3. Menyedia dan melaksanakan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni Dalam Kalangan Murid di semua sekolah KPM yang menekankan kepada pembangunan sahsiah, pengukuhan jati diri dan kekuatan akal.
  4. Program dan penilaian Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di sekolah menengah yang menekankan kepada tiga teras utama iaitu berbudi bahasa, penampilan diri dan jati diri.
  5. Menyediakan modul yang dilaksanakan dalam Kem Jati Diri dan Kem Pemantapan Sahsiah di sekolah KPM untuk melahirkan insan beradab mithali.
  6. Menerbitkan Modul Pembentukan Karakter dan Nilai (MPKN) pada tahun 2022 bagi memperkasakan penerapan nilai dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
  7. Melalui kurikulum Pendidikan Moral, KPM telah mengambil beberapa pendekatan dalam melahirkan murid yang mempunyai jati diri tinggi.
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!