Kampung Angkat Madani: Program & Senarai Kampung

program kampung angkat madani
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kampung Angkat MADANI merupakan program bawah Dana Komuniti MADANI (DKM) yang bertujuan untuk membantu komuniti desa memulakan projek ekonomi sendiri.

Sejumlah dana telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pelaksanaan program ini yang memberikan peluang kepada komuniti untuk menentukan projek ekonomi sendiri yang ingin dibangunkan oleh mereka.

Kewujudan Kampung Angkat MADANI ini adalah bagi menoktahkan masalah kemiskinan selain memastikan kemudahan serta prasarana asas di kawasan desa dapat dilengkapkan. 

Tidak menafikan peranan setiap wakil rakyat atau ketua kampung bagi membantu masyarakat sebaliknya ia memerlukan penglibatan pelbagai pihak bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan projek serta mencapai objektif yang disasarkan. 

Manfaat

manfaat kampung madani

Sebanyak 42 kampung di seluruh negara terpilih sebagai Kampung Angkat Madani membabitkan peruntukan RM100 juta.

Program kampung angkat merupakan antara kaedah bagi memudahcara dan mempercepat pelaksanaan projek kecil di kampung.

Kriteria Pemilihan Kampung Angkat Madani 2024

Kriteria pemilihan kampung adalah kampung yang mempunyai liputan kemudahan bawah 50 peratus atau mempunyai kemudahan asas daif dan tidak lengkap serta memerlukan perhatian khusus.

“Setiap kampung menerima agihan peruntukan maksimum sehingga RM2.5 juta. Sehingga 10 Julai lalu, Kementerian Kewangan salurkan RM86.3 juta kepada agensi terlibat meliputi 35 kampung,” kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menurut sebuah portal berita tempatan.

Amir Hamzah menambah, terdapat dua jenis penumpuan yang diberikan kepada Kampung Angkat Madani iaitu berbentuk fizikal dan bukan fizikal.

Jelasnya, projek fizikal membabitkan penambahbaikan jalan kampung, lampu jalan, bekalan air, capaian Internet, membaiki jambatan atau titi dan sebagainya.

“Manakala projek bukan fizikal pula adalah seperti bantuan pengesahan di kawasan setempat seperti pendaftaran program bantuan, perkhidmatan saringan kesihatan dan program bimbingan,” katanya.

Program Kampung Angkat Madani merupakan inisiatif kerajaan Malaysia Madani bagi merapatkan jurang kemudahan asas di luar bandar dengan bandar, menumpukan pada melengkapkan kemudahan asas termasuk bekalan air dan elektrik, jalan dan lampu jalan, perkhidmatan masyarakat dan akses internet di kawasan desa dan kampung terpinggir dapat dipertingkatkan melalui pendekatan ‘Whole of Government’.

Setiap kampung menerima agihan peruntukan maksimum sehingga RM2.5 juta. 

Objektif Projek

Terdapat dua jenis penumpuan yang diberikan kepada Kampung Angkat Madani iaitu berbentuk fizikal dan bukan fizikal.

Menurutnya, projek fizikal adalah seperti menambah baik jalan kampung, lampu jalan kampung, bekalan air, bekalan elektrik, kemudahan capaian internet, gotong-royong membina atau membaiki titi dan jambatan dan membina paip atau saliran air.

Projek lain temasuklah membina pondok atau balai raya, menyediakan kemudahan akses kepada pendidikan dan kesihatan serta program bimbingan bagi menggalakkan dan mewujudkan sumber makanan dan sumber pendapatan.

Manakala Projek Bukan Fizikal pula adalah seperti bantuan pengesahan (verification) di kawasan setempat seperti pendaftaran JKM, e-Kasih, STR, SARA, perkhidmatan bergerak Kerajaan seperti saringan kesihatan, pergigian, bank bergerak, program Mekar dan Budi Madani serta program bimbingan kanak-kanak dan remaja yang keciciran dalam pelajaran.

Artikkel berkaitan: Belanjawan Madani 2025 Pembentangan & Intipati

Senarai Kampung Angkat Madani

Kampung Angkat Madani

*Senarai penuh 42 kampung yang terpilih untuk projek Kampung Angkat Madani belum dikeluarkan secara rasmi.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut