Kalam Jamaie 2024: Tema, Syarat & Pemarkahan

Kalam Jamaie 2024: Tema, Syarat & Pemarkahan

Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah (ILSS) merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk memperkukuhkan nilai insaniah, membangunkan modal insan kamil, serta mengukuhkan kemahiran Al-Quran dan syiar Islam dalam kalangan pelajar sekolah. 

Antara acara yang dipertandingkan dalam program ini adalah Kalam Jamaie.

BACA JUGA: Kalam Arabiy 2024: Tema, Syarat & Pemarkahan

Pengenalan Kalam Jamaie

Pertandingan ini bertujuan untuk mengembangkan potensi murid Islam dalam bidang seni berbicara dalam bahasa Arab berasaskan kurikulum Bahasa Arab Tahun 1 hingga Tahun 6.

Persembahan yang disampaikan adalah dalam keadaan kreatif dan menarik perhatian pendengar.

Terma Dan Syarat

Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam sekolah KPM pada sesi persekolahan tahun semasa.

Kategori

Sekolah rendah – Terbuka (Tahun 1-6)

Tema Persembahan

Kalam Jamaie 2024: Tema, Syarat & Pemarkahan

Kandungan teks hendaklah menggunakan uslub bahasa Arab yang sesuai dengan tahap murid sekolah rendah dan menggunakan daftar kata (mufradat) yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Buku Teks Bahasa Arab Tahun 1 hingga Tahun 6. 

Penyertaan

  1. Setiap kumpulan hanya terdiri daripada satu jenis jantina sahaja  (kumpulan lelaki atau kumpulan perempuan).
  2. Setiap peserta adalah warganegara Malaysia.
  3. Setiap peserta hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.

Bilangan Peserta

Bilangan peserta setiap kumpulan adalah 13 orang sahaja termasuk

seorang konduktor.

Pakaian

  1. Pakaian peserta hendaklah sopan dan menutup aurat.
  2. Pakaian peserta tidak boleh melambangkan negeri yang diwakili.
  3. Baju kurung dan bertudung sempurna bagi peserta perempuan.
  4. Hiasan dan solekan adalah sederhana dan tidak melampau serta bersesuaian dengan peraturan dan garis panduan berpakaian yang  dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  5. Konduktor tidak dibenarkan memakai blazer.

Masa Persembahan

  1. Setiap kumpulan diberi masa selama 8 – 10 minit sahaja untuk membuat persembahan.
  2. Masa akan dikira apabila kalam bermula di atas pentas.
  3. Markah akan dipotong jika persembahan kurang daripada 8 minit atau melebihi 10 minit.

Bahasa

  1. Penggunaan bahasa arab fasahah yang terang dan jelas serta
  2. makhraj huruf yang betul.
  3. Penggunaan dialek ammiah atau bahasa pasar tidak dibenarkan.
  4. Istilah khas bukan bahasa arab dibenarkan tidak melebihi 10 patah
  5. perkataan.
  6. Kata nama khas dan nama tempat tidak perlu diterjemah kepada bahasa Arab.

Penyampaian

  • Peserta tidak dibenarkan membaca nota atau teks semasa persembahan.
  • Cara persembahan:
  1. Diketuai oleh seorang konduktor
    1. Kedudukan konduktor tidak membelakangi juri;
    2. Konduktor tidak dibenarkan bersuara sepanjang
    3. persembahan; dan
    4. Konduktor tidak dibenarkan membuat pergerakan yang
    5. keterlaluan dan kurang sopan.
  2. Mementingkan aspek pertuturan dan percakapan.
  3. Penggunaan elemen keseniaan seperti nasyid/ qasidah/ zikir/selawat/ syair hanya dibenarkan 3 kali sahaja dalam persembahan.
  4. Panjang setiap elemen tersebut tidak boleh mendominasi keseluruhan persembahan.
  5. Memek muka dan intonasi suara yang baik.
  6. Pergerakkan sopan yang dibenarkan hanyalah daripada paras pinggang ke atas.
    1. Kaki: tidak boleh diangkat atau dihentak tetapi boleh dijengketkan tanpa mengubah kedudukan;
    2. Lutut: tidak boleh dibengkokkan;
    3. Badan: dibenarkan memusingkan badan ke kiri dan ke kanan tanpa menggerakkan kaki atau tunduk melebihi rukuk;
    4. Tangan: bebas digerakkan tetapi tidak melebihi paras kepala (kecuali konduktor); dan
    5. Kepala: pergerakkan dibenarkan. 
  • Skrip:
  1. Skrip hendaklah ciptaan baru dan asli.
  2. Empat (4) salinan skrip hendaklah diserahkan kepada urusetia  pertandingan semasa pertandingan.
  3. Skrip hendaklah bertaip komputer berdasarkan kriteria seperti
  4. berikut:
    1. Huruf “Traditional Arabic”;
    2. Bersaiz 22;
    3. Jarak langkau 1.0 baris;
    4. Berbaris; dan
    5. Muka depan hanya perlu dinyatakan tema, tajuk dan nama kumpulan sahaja.
  5. Isu-isu sensitif berkaitan dengan agama, bangsa, politik, 
  6. kebudayaan atau pun menyentuh peribadi seseorang adalah 
  7. dilarang.
  8. Tiada pengenalan kumpulan dalam skrip (nama sekolah, nama 
  9. negeri dan sebagainya).
  10. Sumber rujukan skrip perlu dinyatakan.
  • Tidak dibenarkan menggunakan sebarang peralatan sokongan semasa persembahan.
  • Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat  pertandingan.

Penilaian Juri

Setiap kumpulan akan dijuri mengikut aspek-aspek berikut:

  1. Suara (30 markah)
  • Intonasi dan tekanan sebutan;
  • Lontaran suara yang jelas dan difahami; dan
  • Keharmonian dan kesepaduan suara.
  • Tempo yang bersesuaian;
  • Keharmonian eleman kesenian; dan
  • Suara dinamik dan bervariasi.
  1. Persembahan (30 markah)
  • Persembahan yang meyakinkan;
  • Pergerakan yang harmoni dan seragam;
  • Kelancaran;
  • Memek muka yang bersesuaian;
  • Pergerakan konduktor yang sesuai;
  • Kesopanan (pakaian dan pergerakan); dan
  • Variasi pergerakan dan kreatif.
  1. Isi (25 Markah)
  • Isi bersesuaian dengan tajuk;
  • Idea yang tersusun; dan
  • Pengolahan isi yang baik.
  1. Bahasa (15 Markah)
  • Bahasa Arab fusahah;
  • Makhraj yang jelas dan tepat;
  • Tatabahasa yang tepat; dan
  • Uslub.

Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan pertandingan, seterusnya tempat kedua,ketiga,keempat dan kelima.

Sekiranya berlaku persamaan markah, maka penentuan pemenang akan dirujuk kepada markah suara, seterusnya markah persembahan dan jika masih berlaku persamaan, dirujuk kepada markah isi dan seterusnya markah bahasa.

Sekiranya masih berlaku persamaan markah, jemaah juri akan bersidang untuk menentukan pemenang.

Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau 

bantahan tidak akan dipertimbangkan.

Contoh Video Persembahan 

Sumber: TV3MALAYSIA Official
Sumber: Azman Ad-Damanhouri
Sumber: Yunus Malik
Sumber: TVPSS IBNU SINA
Bantu kami share artikel ini: