Kadar Zakat Fitrah 2025 Setiap Negeri Di Malaysia
Masuknya bulan Ramadan, umat Islam bolehlah mula menunaikan zakat fitrah. Berapa agaknya kadar zakat fitrah tahun ini bagi negeri-negeri di Malaysia?
Berikut dikongsikan info sepenuhnya untuk rujukan bersama.
Tempoh Bayaran
WAKTU-WAKTU UNTUK MEMBAYAR ZAKAT FITRAH
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.”[1] (Riwayat Muslim: 984)
Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.
- Harus – Masuknya 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa.
- Wajib – Pada hari akhir Ramadan ketika waktu senja terbenamnya matahari pada hari berkenaan.
- Afdal – Waktu pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya ditunaikan.
- Makruh – Setelah selesai solat sunat hari raya.
- Haram – Waktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal.
Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri 2025
Berikut dikongsikan kadar bagi bayaran zakat fitrah yang diwajibkan bagi umat Islam untuk tahun 2025 mengikut negeri-negeri di Malaysia.
Untuk negeri-negeri yang tidak dinyatakan kadar zakat fitrah, kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa mengikut pengumuman yang akan dibuat nanti.
Negeri | Kadar Minimum / Wajib | Kadar Lain |
---|---|---|
Perlis | RM9 | |
Kedah | RM7 | RM14 |
Pulau Pinang | RM7 / RM10 | RM15 / RM25 |
Perak | RM10 | RM16 / RM27 |
Selangor | RM7 | RM15 / RM22 |
Negeri Sembilan | RM7.50 | RM12 / RM22 |
Melaka | RM7 | RM15 / RM22 |
Johor | RM7 | RM12 / RM20 |
Pahang | RM7 | RM14 / RM21 |
Terengganu | RM10 | RM21 |
Kelantan | RM8 | RM14 / RM21 |
Sabah | RM7.50 | |
Sarawak | RM7.50 | |
Wilayah Persekutuan | RM7 | RM15 / RM22 |
NOTA:
- KADAR WAJIB / MINIMUM : Berasa Super Spesial Tempatan
- KADAR LAIN : Berasa Super Import / Perang / Pulut / Herba Ponni / Wangi / Calrose / Poney / Beras Basmathi / Jepun / Merah
WILAYAH PERSEKUTUAN
Kadar Zakat Fitrah bagi Ramadan 1446H /2025M untuk seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan telah ditetapkan pada kadar RM7, RM15 dan RM22.
PULAU PINANG
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menetapkan kadar zakat fitrah kepada empat kategori iaitu sebanyak RM7, RM10, RM15, dan RM25.
Kadar minimum perlu dibayar oleh setia individu berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah ialah RM7 bagi kumpulan yang memakan beras jenis super special tempatan lima peratus dan beras hancur manakala RM10 bagi beras putih import.
Bagi mereka yang memakan beras rebus, Thai white rice (beras siam), dan beras perang, kadar ditetapkan ialah RM15 manakala RM25 untuk beras wangi, beras pulut, beras herba ponni, beras calrose, beras mentah import dan beras basmati.
TERENGGANU
Kadar zakat fitrah negeri Terengganu bagi tahun 1446H/2025M dikeluarkan dengan wang tunai sahaja ditetapkan pada dua (2) kadar iaitu tidak kurang RM10.00 bagi setiap seorang. Manakala, bagi mana-mana orang yang memakan beras jenis Basmathi atau yang setara, kadar zakat fitrah adalah RM21.00 bagi setiap seorang.
PERAK
KADAR DAN KAEDAH BAYARAN ZAKAT FITRAH TAHUN 1446H / 2025M NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
- Beras Madani, beras special tempatan (5%hancur kebawah), beras putih super import dan seumpama dengannya : RM 10
- Beras perang, beras wangi dan seumpama dan setara dengannya : RM 16
- Beras basmati, beras pulut dan seumpama dan setara dengannya : RM 27
PAHANG
Kadar Zakat Fitrah di Negeri Pahang pada Tahun 1446H/ 2025M kekal dengan tiga kadar iaitu RM7.00; RM14.00 dan RM21.00.
PERLIS
Kadar zakat fitrah bagi umat Islam di Perlis bagi tahun 1446H/2025M ditetapkan RM9 seperti diperkenankan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
MELAKA
Penetapan Kadar Zakat Fitrah di Negeri Melaka pada Tahun 1446H/ 2025M berubah dengan tiga kadar iaitu RM7.00; RM15.00 dan RM22.00.
KELANTAN
Kadar zakat fitrah negeri Kelantan ditetapkan pada kadar RM8.00 / RM14.00 / RM21.00.
KEDAH
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun 1446H /2025 iaitu harga RM 7.00, dan RM 14.00.
SABAH
Kadar zakat fitrah di Sabah ditetapkan RM7.50 seorang yang perlu dibayar umat Islam menetap di negeri ini sepanjang bulan Ramadan 1446 Hijrah / 2025.
SARAWAK
Kadar zakat fitrah di Sarawak kekal RM7.50 seorang bagi bulan Ramadan 1446 Hijrah / 2025.
JOHOR
Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor bagi Tahun 1445 Hijriah/2024Masihi.
- RM 7.00 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya dari jenis Super Spesial Tempatan
- RM 12.00 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya dari jenis selain Super Spesial Tempatan (Beras Import)
- RM 20.00 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya dari jenis selain Super Spesial Tempatan (Beras Import) seperti Beras Basmati Import & Super Wangi
NEGERI SEMBILAN
Kadar Zakat Fitrah bagi Ramadan 1446H /2025M untuk seluruh Negeri Sembilan telah ditetapkan pada kadar RM7.50, RM12 dan RM22.
SELANGOR
Kadar Zakat Fitrah di Negeri Selangor pada bulan Ramadan tahun 2025 bersamaan 1446 Hijrah adalah RM7, RM15 dan RM22 mengikut jenis beras yang dimakan.
Baca juga: Niat Puasa Ramadan – Lafaz Niat Harian / Sebulan (JAKIM)
Cara Bayaran Zakat Fitrah Online
- Negeri Johor
- Negeri Kedah
- Pautan : https://www.zakatkedah.com.my/
- Negeri Melaka
- Pautan : Zakat Melaka
- Negeri Kelantan
- Negeri Pahang
- Negeri Sembilan
- Pautan : e-Payment eFitrah Online MAINS
- Pulau Pinang
- Negeri Perlis
- Pautan : https://www.maips.gov.my/
- Negeri Perak
- Negeri Sabah
- Pautan : Log Masuk Orang Awam (sabah.gov.my)
- Negeri Sarawak
- Negeri Selangor
- Pautan : ezakatPAY (zakatselangor.com.my)
- Negeri Terengganu
- Pautan : ePay@MAIDAM
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Pautan : Bayar Zakat Fitrah Secara Online