Kadar Zakat Fitrah 2023 Setiap Negeri Di Malaysia

Berapakah Kadar Zakat Fitrah Di Malaysia?

Secara umum, kadar bayaran zakat fitrah di Malaysia berbeza mengikut negeri masing-masing.

Di bawah kami kongsikan jadual lengkap kadar zakat fitrah mengikut negeri.

Pembayaran zakat fitrah boleh dibuat secara online melalui pautan yang kami sediakan.

KADAR ZAKAT FITRAH 2023 BAGI SETIAP NEGERI DI MALAYSIA

Menurut syarak, Zakat Fitrah hendaklah ditunaikan sepanjang bulan Ramadan dimana waktu atau masa bagi tujuan menunaikannya adalah bermula dari awal sehingga akhir bulan Ramadan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang zakat ini dan kadarnya bagi setiap negeri di Malaysia.

Tempoh Bayaran

WAKTU-WAKTU UNTUK MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.”[1] (Riwayat Muslim: 984)

Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.

  • Yang pertama adalah HARUS iaitu membayar zakat fitrah setelah masuknya bulan Ramadan.
  • Waktu WAJIB pula ialah pada malam satu Syawal.
  • Afdal / Sunat membayar pada pagi hari raya iaitu setelah terbitnya matahari sebelum menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.
  • Manakala selepas selesai solat sunat Aidilfitri hukumnya adalah MAKRUH.
  • Melewatkan pembayaran sehingga luput 1 Syawal hukumnya adalah HARAM.

Kadar Zakat Fitrah 2023

Menurut ulama, asal kadar zakat fitrah adalah satu gantang beras dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 10 Jun 2003 menetapkan harga zakat fitrah adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan mengikut timbangan satu gantang Baghdad (bersamaan 2.60 – 2.70kg).

Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri.

Tahun ini, banyak Majlis Agama Islam Negeri dilihat menetapkan lebih daripada satu kadar harga zakat fitrah, bagi memberi ruang kepada golongan kurang berkemampuan untuk turut menunaikan kewajipan berzakat mereka.

Berikut ialah kadar Zakat Fitrah tahun 1444H/2023 bagi setiap negeri di Malaysia mengikut kadar beras yang dimakan.

Di negeri yang mempunyai lebih daripada 1 kadar, pembayar boleh memilih kadar harga mengikut kemampuan atau kadar bayaran itu dipilih berdasarkan gred atau harga beras yang menjadi makanan harian mereka.

  • Perlis – RM7
  • Kedah – RM6.50, RM7, RM14, RM 21
  • Pulau Pinang – RM7, RM 13, RM20
  • Perak – RM7, RM14, RM21
  • Selangor – RM7, RM14, RM21
  • Wilayah Persekutuan – RM7, RM14, RM21
  • Negeri Sembilan – RM7, RM10, RM21
  • Melaka – RM7, RM14, RM21
  • Johor – RM7, RM13
  • Pahang – RM7, RM14, RM21
  • Terengganu – RM8, RM10, RM24
  • Kelantan – RM7, RM14, RM 21
  • Sarawak – RM7
  • Sabah – RM7
zakat fitrah 2023
Sumber: Berita RTM

NOTA:

Beras Super Special Tempatan : RM6.50 / RM7.00 / RM8.00

Super Import / Perang / Pulut / Herba Poni / Wangi / Calrose / Poney : RM10.00 / RM13.00 / RM14.00

Basmathi / Jepun / Merah : RM20 / RM21

Cara Bayaran Zakat Fitrah Online

Perlis

Pulau Pinang

Kedah

Perak

Selangor

Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan)

Melaka

Johor

Pahang

Terengganu

Kelantan

Sarawak

Sabah

Negeri Sembilan