Kadar Fidyah Setiap Negeri & Cara Bayaran Online – JAKIM

TAK SEMPAT GANTI PUASA TAHUN LALU ATAU SEBELUMNYA? INI KADAR FIDYAH YANG PERLU DIBAYAR

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah BALIGH kerana meninggalkan puasa WAJIB atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada) Ramadan.

Adakah anda tak sempat ganti puasa tahun lalu?

Anda tak pasti sama ada kena bayar fidyah atau tidak?

Jom kami kongsikan maklumat berikut.

Apakah Itu Fidyah?

Pembayaran fidyah hukumnya wajib. Ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Sekiranya tidak dilaksanakan, ia akan menjadi satu tanggungan atau hutang kepada Allah SWT.

fidyah 2023

DALIL PENSYARIATAN FIDYAH

 i) Al-Quran

Firman Allah SWT:

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Yang bermaksud: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”  (Surah al-Baqarah: 184)

ii) Al-Hadis

Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا

Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)

Kadar Fidyah Setiap Negeri

Berikut adalah Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2023

  1. Kedah: RM1.80
    • Gandaan : Pilihan atas kemampuan
  2. Perlis: RM5.00
    • Gandaan : Tidak dikenakan
  3. Pulau Pinang: RM1.75
    • Gandaan : Ya
  4. Perak: RM1.90
    • Gandaan : Ya
  5. Selangor: RM2.00 (*RM2.00 / RM4.00 / RM6.00 ikut jenis beras dimakan)
    • Gandaan : Ya
  6. Wilayah Persekutuan: RM4.00
    • Gandaan : Pilihan Ikut Kemampuan
  7. Negeri Sembilan: RM1.75
    • Gandaan : Ya
  8. Melaka: RM1.80
    • Gandaan: Ya
  9. Johor: RM1.75 (*Kadar RM1.75 / RM3.25 ikut jenis beras dimakan)
    • Gandaan : Ya
  10. Pahang: RM1.75
    • Gandaan : Ya
  11. Terengganu: RM1.75
    • Gandaan : Ya
  12. Kelantan: RM1.75
    • Gandaan : Ya
  13. Sarawak: RM1.75
    • Gandaan : Ya
  14. Sabah: RM1.75
    • Gandaan : Ya
Sumber: JAKIM

Senarai link untuk pembayaran fidyah secara online:

Cara Kira Fidyah

Harga bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak.

Harga tersebut berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat.

Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.

Bagi mengira fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti formula di bawah :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah = Fidyah yang perlu dibayar.

Kadar Fidyah Yang Perlu Dibayar : Apa Itu Gandaan Fidyah?

Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.

Sebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2016 (1437 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2017 (1438 H) sehingga 2022 (1443 H).

Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:

Tahun pertama 1437 H hingga 1438 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadhan berikutnya.

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar

Semoga bermafaat dan jangan lupa membayar fidyah!

Baca juga :

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!