Jom Masuk Tentera: Permohonan ATM 2024 (jmt.mod.gov.my)

PERMOHONAN ATM : PENGAMBILAN PEGAWAI KADET LEPASAN IJAZAH (GRADUAN) DI DALAM SKIM PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) BAGI TAHUN 2024

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di :

  • Akademi Tentera Darat (ATD), Port Dickson, Negeri Sembilan,
  • Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1), Lumut, Perak, dan
  • Akademi Tentera Udara – Sekolah Latihan Pegawai (ATU-SLP), Alor Setar, Kedah

Syarat-syarat Pemilihan adalah seperti di dalam iklan.

Permohonan adalah secara dalam talian melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi tahun 2024.

Pemohon adalah diingatkan agar mengemaskini maklumat peribadi dan memastikan semua maklumat yang di isi adalah tepat dan betul. Sebarang permasalah berkaitan permohonan sila hubungi pihak kami.

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 29 Februari 2024.

Berikut dikongsikan syarat kelayakan cara permohonan online melalui portal Jom Masuk Tentera bagi pengambilan ini.

Apakah Portal Jom Masuk Tentera (JMT)?

Portal Jom Masuk Tentera (JMT), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuka peluang kepada rakyat Malaysia terutamanya calon lepasan Ijazah Sarjana Muda menyertai  Perkhidmatan Tentera sebagai  Tentera Darat (TDM), Tentera Laut (TLDM) atau Tentera Udara (TUDM).

Calon boleh mengisi dan menghantar permohonan untuk menyertai Tentera secara atas talian pada bila-bila masa di mana sahaja. Calon boleh menyemak keputusan permohonan melalui atas talian sahaja.

Portal JMT juga dibangunkan menggunakan teknologi terkini dan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 September 2020.   

Syarat Kelayakan

Antara syarat utama bagi pengambilan ATM 2024 ini adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 27 tahun ke bawah
  3. CGPA wajib 2.70 ke atas
  4. Jurusan ada ditawarkan perkhidmatan
  5. SPM 3 subjek wajib kredit sekurang-kurangnya C-

Syarat-syarat pengambilan yang lebih spesifik dinyatakan seperti di dalam iklan di bawah:

pengambilan atm 2024

Berikut dikongsikan Gaji Permulaan Pegawai serta kemudahan-kemudahan yang akan dinikmati bagi mereka yang menyertai Angkatan Tentera Malaysia.

GAJI PERMULAAN PEGAWAI

KEMUDAHAN DALAM ATM

PERMOHONAN ATM 2023

Permohonan adalah secara dalam talian melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi tahun 2024 iaitu https://jmt.mod.gov.my/index.php

Cara Permohonan Pengambilan Pegawai ATM Online (Portal Jom Masuk Tentera)

Permohonan adalah secara dalam talian melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi tahun 2024.

Sila scan QR code di atas atau terus ke pautan Jom Masuk Tentera di:

Sila rujuk video cara permohonan di bawah:

MAKLUMAN PENTING :

  • Untuk permohonan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi Tahun 2024 melalui sistem Jom Masuk Tentera (JMT), calon yang ingin memohon perlu mendaftar akaun baharu. Jika pernah mendaftar sebelum ini, akaun sedia ada telah dilupuskan bagi mengurangkan data yang overload.
  • Calon boleh menggunakan emel yang sama untuk membuka semula akaun baharu.

Tarikh Tutup Permohonan ATM 2023

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 29 Februari 2024.

Semakan Status

Untuk membuat semakan status permohon, sila login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.

permohonan atm 2023

Keputusan status permohonan anda akan dipaparkan seperti berikut:

semakan tentera permohonan atm

Sekiranya berjaya, sila semak tarikh kehadiran pemilihan akhir dan hadir ke lokasi mengikut tarikh yang ditetapkan.

Jangan lupa bawa bersama dokumen yang berkaitan semasa hadir.

Sila muat naik surat kelulusan dan cetak.

Baca juga: KT Online: Pendaftaran & Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:

Baca juga: TSOI: Prosedur, Tips & Pengalaman Temuduga Online In-situ SPA (2021)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!