Janna Nick : Biodata, Perkahwinan & Perkembangan Terkini

janna nick
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Janna Nick, atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner, adalah seorang selebriti serba boleh di Malaysia yang telah mencipta nama dalam bidang lakonan, nyanyian, pengacaraan, pengarahan, dan penerbitan

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu dikenali ramai, Janna Nick.

Baca juga:

Latar Belakang

Janna Nick
Kredit: IG @jannanick
NamaNurul Jannah binti Muner 
Nama PanggilanJanna Nick
Tarikh Lahir1 Jun 1995
Tempat LahirSungai Petani, Kedah
PekerjaanPelakon, pengacara, penyanyi, pengarah, penerbit
Akaun Media SosialInstagram @jannanick
YouTube @jannanickofficial
TikTok @jannanickofficial

Kehidupan Peribadi

Janna Nick telah berumah tangga dengan pelakon, Dini Schatzmann pada 10 Jun 2023 dalam majlis pernikahan di Langkawi.

Janna menerima mas kahwin sebanyak RM2,603 berserta seutas rantai emas.

Janna Nick
Kredit: IG @jannanick
Janna Nick
Kredit: IG @jannanick
Kredit: IG @jannanick

Kerjaya & Profesional

Janna Nick memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2012 dengan watak pembantu dalam telefilem “Cinta Vlog”.

Beliau mula mendapat perhatian melalui watak utama dalam drama “Syurga Nur” (2015) dan “Kau Aku Kita” (2015), yang melayakkan beliau memenangi Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016.

Selain berlakon, Janna juga menceburi bidang muzik dengan single pertama “Mungkin Saja” pada 2016 dan “Akan Bercinta” pada 2017

Filem

  • Kimchi Untuk Awak (2017)
  • Kerja Kahwin (2017)
  • Pasal Kau! (2020)
  • Selamat Hari Jadi X Jadi (2021)
  • Juang (2022)
  • Jemputan Ke Neraka (2023)

Drama

TahunTajukSaluran TV
2012IkatanTV2
2013Jodoh (Musim 1)Astro Ria
2013Tanah Kubur (Musim 8)Astro Oasis
2013Syurga Di WajahmuTV1
2013Dan Calonnya AdalahTonton
2013Di Penghujung DendamTV1
2013Istidraj CintaTV3
2014Jodoh (Musim 2)Astro Ria
2014Kasih BerbisikTV3
2015Keluarga KaraokeAstro Mustika HD
2015Puasa Oh Puasa (Musim 2)Astro Ceria
2015Bila Hati Telah HitamAstro Oasis
2015Anak Ke-5TV9
2015Syurga NurTV3
2015Abang Sado Jemur KainTV3
2015Si MontelHyppTV
2015Terlanjur MencintaimuTV2
2015Kau Aku KitaTV3
2016Anakku DivaTV3
2016Kopi Sentul Mocha SantoriniTV1
2016Jawatankuasa Kampung Kalut (J.K.K.)TV3
2016Suami Tanpa CintaAstro Ria
20162000km Ke Al-HaramTV1
2016Biar Aku Jadi PenungguTV3
2017Cerita Dari MastikaAstro Prima
2017DiaTV3
2017My Coffee PrinceAstro Ria
2018Isteri Untuk DiiktirafTV1
2018Janji ArissaMediacorp Suria
2018Semerah Cinta HumairahTV3
2019Leftenan ZanaTV3
2019Cari Aku Di SyurgaTV3
2019Bukan Cinta AkuTV3
2019Demi RindumuTV3
2019Diari TularTV2
2020Misteri MonaTV3
2021Melastik Ke HatimuTV3
2021Marry Me SenoritaAstro Ria
2021A.I in LoveTV1
2021Yo Lah Tu!TV9
2021Malaysian Ghost StoriesAstro Ria
2022ShakiraTV3
2022Lockdown 2Astro Ria
2023Bukan Puteri Lindungan BulanTV3
2023Cik PA Tuan AshTV3
2023Melastik Ke Hatimu 2TV3
2023Surat Dari TuhanTV3
2023EntitledPrime Video
2024Pinjaman SyurgaTV3

Telefilem

TahunTajukSaluran TV
2012Cinta VlogTV9
2014Aku Bukan Orang GajiTV1
2015BejalaiTV1
2015Bila Cinta BerbungaTV1
2015Sayang SuriaTV3
2015Cinta & CoklatTV1
2016Isteriku Miss SallyTV1
2016Hilangnya KasihTV9
2016Anak Ibu Buangan IbuTV3
2016Mek KelateTV3
2016Suami Tanpa Cinta RayaAstro Ria
2016Tragedi Duit RayaAstro Prima
2016Kau Aku Kita RayaTV3
2016Mat Salleh SangatTV1
2016Gadis Kampung Paling PopularTV3
2016Tangisan IzaraTV3
2016Tribute P. Ramlee : Aku dan DiaTV1
2017Di Pintu SyurgaTV3
2017Tesis Cinta Untuk BTV2
2017TraumaTV3
2017BobajetAstro First Eksklusif
2017Menantu MaterialHypp Sensasi
2018EnamAstro Citra
2018Wan Peah Balik BerayaTV3
2019Tok SiahAstro Citra
2019Dosa SemalamTV3
2019Kisah Seram HostelAstro Citra
2020Tuhan Lebih Tahu AkuTV Okey
2020Rahsia Malam JumaatTV3
2021DelenAstro Citra
2021JetiTV3
2021Perfect RayaAstro Ria
2021Misteri Mona: Kuserumu KembaliTV3
2022IstikharahkuTV3
2022Peti Ais MakAstro Ria
2022Secret AdmirerAstro Citra
2022London With LoveSooka

Teater

  • Zombie La La LA (2016)
  • Pawana Isabella (2019)
  • Siti Di Alam Fantasi (2019)

Televisyen

TahunTajukSaluran TV
2016CCTV (Suami Tanpa Cinta Special)Astro Ria
2016Pernah Makan Tak?TV9
2016Ketuk-Ketuk SyawalTV1
2016Sembang Teh Tarik KawAstro Warna
2016Kelab Komedi (Musim 2)TV9
2018-2021MelodiTV3
2019I Can See Your Voice Malaysia (Musim 2)TV3
2020Studio Drama SangatTV3
2020The Masked Singer Malaysia (musim 1)Astro Warna
2021Banteras Covid-19TV1
2022Sampaikan RayaTV3
2022I Can See Your Voice Malaysia (Musim 5)TV3
2022Famili Duo (musim 2)TV3
2023Famili Duo (musim 3)TV3
2024Famili Duo (musim 4)TV3

Siniar

  • Studio Sembang (2023)

Muzik Video

  • Kayangan – Hyper Act (2013)
  • Mikraj Cinta – Dato’ Siti Nurhaliza (2015)

Single Lagu

  • Mungkiin Saja – OST Suami Tanpa Cinta (2016)
  • Akan Bercinta – OST My Coffe Prince (2017)
  • Gatal (2022)
  • Mentari Setia (2022)
  • Rasa Cinta (2024)

Janna Nick Buat IVF, Redha Soal Anak

Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan zuriat untuk menyempurnakan rumah tangga mereka. Begitu juga dengan pasangan pelakon ini.

Namun soal zuriat, ianya kembali kepada rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. Itulah yang diluahkan oleh Janna, beliau memberitahu telah mencuba pelbagai cara namun belum dikurniakan rezeki.

Apa yang lebih mengecewakan pelakon ini, adalah tuduhan liar dan komen netizen yang dilemparkan kepada suaminya.

Menurut Janna, ada individu meninggalkan komen tuduhan terhadap Dini dengan mengatakan dia mengalami masalah hormon wanita terlebih yang menjadi punca pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

“Selalunya, saya tidak terlalu mengambil hati bila orang bertanya soal anak, tetapi komen kali ini memang kurang ajar. Mereka kata Dini banyak ‘hormon perempuan’ sebab itulah susah nak dapat anak” luah Janna dengan nada sebak.

Janna turut mendedah telah menjalani proses IVF selama setahun dan turut melakukan pelbagai ujian kehamilan dan keputusaanya tidak menunjukkan sebarang masalah termasuk tahap kesihatan sperm suaminya.

Namun, semasa proses IVF yang terbaharu Janna memberitahu bahawa dia mengalami masalah uterus terbalik.

“Saya hanya menghasilkan lima telur sahaja dan telur lain semuanya rosak. Untuk usia I, jumlah telur sebanyak itu adalah teruk dan I kena ubah gaya hidup dan pemakanan,” luahnya.

Menjawab tuduhan itu juga, Janna turut memberitahu bahawa zuriat adalah rezeki dari Allah. Sekiranya ada RM100,000 sekalipun dan mampu buat IVF sehingga lima kali, jika Allah belum mengizinkan kita untuk memiliki zuriat, maka ia tidak akan terjadi.

Pencapaian Janna Nick

Anugerah

TahunAnugerahKategori
2016Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016Aktres Pilihan (Kau Aku Kita)
2016Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29Pasangan Pilihan (bersama Saharul Ridzwan)
2017Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30Pelakon TV Wanita Popular
2017Anugerah Telenovela 2017Pelakon Wanita Sensasi
2018Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018Aktres Pilihan (Biar Aku Jadi Penunggu)
2019Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019Aktres Pilihan (Semerah Cinta Humairah)
2019Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32Artis Versatil Popular
2021Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34Pelakon Filem Wanita Popular
2021Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34Pengacara TV Popular
2021Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34Bintang Paling Popular
2021Anugerah Drama Sangat 2021Pelakon Wanita Terbaik (Misteri Mona)
2022Anugerah Stail EH!Video Muzik Paling Stylish (Lagu Gatal)
2022Anugerah Industri Muzik ke-23Video Muzik Terbaik (Lagu Gatal)

Fakta Menarik Mengenai Janna Nick

  • Pada April 2021, Janna mendedahkan bahawa beliau didiagnosis dengan gangguan bipolar dan pernah cuba membunuh diri dua kali semasa remaja.
  • Beliau mempunyai darah kacukan Melayu, Cina, Pakistan, dan Thai.
  • Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik dan pernah menetap di Amsterdam, Belanda selama tiga tahun semasa kecil.

Tahniah Janna Nick! Semoga bakat dan kejayaan anda terus menjadi inspirasi kepada anak-anak muda di luar sana dan terus memartabatkan industri seni tanah air kita.

Sumber:

  1. Instagram @jannanick
  2. TikTok @jannanickofficial
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut