SISTEM JANJI TEMU KLINIK KESIHATAN KKM DI PORTAL KERAJAAN MALAYSIA / MYSEJAHTERA
Bermula 1 Januari 2023, kesemua perkhidmatan klinik kesihatan di bawah KKM boleh ditempah sebagai janji temu melalui aplikasi MySejahtera.
KKM sentiasa komited dalam usaha ke arah pendigitalan sistem kesihatan agar sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021 – 2025 KKM di bawah Teras Strategik 2 iaitu Pemantapan Teknologi Baharu.
Penawaran perkhidmatan secara dalam talian oleh Agensi Kerajaan kepada rakyat menerusi pelbagai saluran dalam merapatkan jurang digital dengan kerjasama pelbagai pihak merangkumi pihak swasta dan komuniti.
Sistem janji temu melalui Aplikasi MySejahtera yang sedia ada di semua fasiliti kesihatan primer akan diperluaskan kepada perkhidmatan kesihatan primer sebagai langkah mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan dan akses klien di fasiliti kesihatan primer.
Perkhidmatan yang akan dimasukkan dalam sistem janji temu adalah seperti dikongsikan.
Berikut cara menempah slot temujanji melalui MySejahtera atau aplikasi Sistem Janji Temu Klinik Kesihatan KKM.
Apakah Sistem Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM?
Ia merupakan sebuah inisiatif KKM kepada pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan di klinik-klinik seluruh Malaysia.
Tujuan memperkenalkan sistem ini antaranya termasuklah:
- Mengurangkan tempoh menunggu masa pelanggan di kaunter pendaftaran
- Mengurangkan bilangan pelanggan yang berkunjung ke klinik pada hari dan waktu yang sama
- Memberi kemudahan kepada pelanggan membuat janji temu secara atas talian
- Memberi kemudahan kepada pentadbir klinik untuk membuat temujanji bagi pihak pelanggan
Baca juga: mySikap JPJ: Panduan Pendaftaran Online & Login Kali Pertama
Rawatan / Temujanji Yang Boleh Ditempah Secara Online
Perkhidmatan kesihatan yang boleh ditempah melalui fungsi ini adalah seperti yang berikut :
- I) Rawatan Pesakit Luar
- II) Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
- III) Saringan Kesihatan PeKa B40
- IV) Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian
- V) Saringan Pra-Perkahwinan
- VI) Khidmat Berhenti Merokok
- VII) Perkhidmatan Perancang Keluarga
- VIII) Prosedur (rawatan luka, penukaran tiub, dll)
Cara Buat Tempahan Janji Temu Klinik KKM Melalui MySejahtera
Untuk membuat tempahan slot temujanji klinik kesihatan, sila ikuti langkah berikut:
- Buka aplikasi MySejahtera
- Pergi ke menu ‘Appointment’ / ‘Temujanji’
- Muat turun aplikasi (Pilih Android, iOS atau Huawei)
- Pilih individu yang ingin hadir ke klinik.
- Pilih perkhidmatan yang ditawarkan.
- Pilih lokasi Klinik Kesihatan.
- Tetapkan tarikh janji temu selewat-lewatnya 24 jam sebelum tarikh yang dipilih.
- Isikan butiran diri anda selengkapnya mengikut ruang yang disediakan.
- Sila sahkan maklumat sebelum tekan butang ‘Hantar’.
- Pastikan hadir mengikut waktu janji temu yang ditetapkan.
Anda akan menerima notifikasi temujanji anda.
RUJUK LANGKAH-LANGKAH MELALUI VIDEO KKM DI BAWAH UNTUK LEBIH JELAS.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lazim, sila rujuk pautan berikut: https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/janji-temu/soalan-lazim
Sistem janji temu melalui Aplikasi MySejahtera telah boleh diakses oleh semua bermula 1 Januari 2023. Dikongsikan infografik Soalan Lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera untuk rujukan semua.
Sumber: https://jknns.moh.gov.my/
TERKINI : Perkhidmatan Temujanji Rawatan Gigi Klinik Kesihatan Melalui MySejahtera
Mulai 15 Mei 2023, sistem janji temu secara dalam talian melalui aplikasi MySejahtera diperluas kepada perkhidmatan kesihatan pergigian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata peluasan ini akan mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan pergigian dan kemudahan akses ke klinik pergigian, selain daripada kaedah ‘walk-in’.
Untuk membuat temujanji klinik gigi melalui MySejahtera, sila rujuk panduan berikut: Cara Buat Temujanji Klinik Gigi Kerajaan Di MySejahtera